Selasa, 26 Julai 2011

KPT MENJAWAB PUNCA PELAJAR LEPASAN MATRIKULASI TERCICIR KE IPTA

Tidak bersetuju menerima tawaran program bukan pilihan menjadi penyebab pelajar lepasan matrikulasi tercicir daripada kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam, demikian ulasan pihak Kementerian Pengajian Tinggi Kenyataan tersebut dibuat bagi mengulas surat pembaca dalam ruangan Forum Utusan Malaysia baru-baru ini yang mahu penjelasan berkenaan isu punca pelajar matrikulasi tercicir dan tidak terpilih ke IPTA walaupun memiliki CGPA melebihi 3.00.

Calon yang memohon akan di beri pilihan sama ada bersetuju atau tidak untuk menerima tawaran selain daripada 8 pilihan program pengajian yang di mohon. Sekiranya bersetuju, mereka yang mendapat purata mata gred keseluruhan (CGPA) tinggi tapi tidak mendapat tempat akan ditawarkan program pengajian yang mirip dengan pemohonan di IPTA yang mempunyai kekosongan.

Bagaimanapun,sekiranya calon memilih tidak bersetuju, maka pihak kementerian tidak akan menimbangkan walaupun masih ada kekosongan tempat untuk program pengajian lain kerana tidak mahu memaksa pelajar memasuki sesuatu program pengajian.

Kementerian juga berkata, pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baru selesai pada awal September 2011, permohonan rayuan juga mesti memenuhi syarat am, syarat khas program dan kriteria pemilihan yang di tetapkan oleh kementerian.

Tiada ulasan: