NAMPAKNYA SAMALAH "PARTI" BERSIH  AMBIGA NIE DENGAN HINDRAF DAN KOMUNIS
PUTRAJAYA 2 Julai -  Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengisytiharkan Gabungan Pilihan  Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram  berkuat kuasa semalam.
Pendaftar Pertubuhan Malaysia, Datuk Abdul Rahman Othman berkata,  siasatan mendapati Bersih bukan pertubuhan berdaftar tetapi telah  bergerak aktif dan mencetuskan suasana gelisah dan kebimbangan  masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Beliau berkata, siasatan Kementerian Dalam Negeri mendapati Bersih  telah menyebarkan propaganda menghasut rakyat bagi tujuan menjatuhkan  kerajaan dengan mengedarkan risalah-risalah tertentu.
‘‘Bersih melalui aktiviti-aktivitinya telah memberi kesan buruk  kepada imej negara, ia boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam,  keselamatan, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan negara.
‘‘Malah ia menjejaskan keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Abdul Rahman berkata, berikutan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk  Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mengisytiharkan Bersih sebagai  pertubuhan yang menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 5 Akta  Pertubuhan 1966.

 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan