Anwar mendedahkan penemuan nama-nama pengundi yang didaftarkan didalam dua alamat rumah.1.)Murad Bin Hassan. No.1155 kg bagan serai PERMATANG PAUH 13500. B.worth 2.)Kamarudin bin Md Noor. No.1138 kg bagan serai PERMATANG PAUH 13500 B.worth..
Kononnya alamat rumah Murad ada 88 orang pengundi dan Rumah Kamaruddin ada 65 orang pengundi.
Penemuan umpama mengali kubur sendiri. Kerana perbuatan sendiri untuk menang kerusi Parlimen akhirnya SPR di persalahkan, SPR ke yang mendaftar Pengundi atau agen-agen Parti yang mendaftar?. Sebelum hari penamaan calon bukankah senarai daftar pengundi sudah di pamirkan, kalau tak puas hati kenapa tak bantah, atau memang semua pengundi yang di daftarkan di alamat tersebut adalah orang-orang kamu dan mengundi untuk kamu?. Pengundi tersebut mengundi di Pekan ke di Permatang Pauh?. Alamat tersebut di Parlimen Pekan ke Parlimen Permatang Pauh?.
Makin lama makin banyak kebusukan yang di lakukan semasa berkuasa dahulu terbongkar bila dah tak berkuasa atau bila cuba untuk berkuasa semula. Rasuah Politik, Nepotisme, Kroni semuanya terdedah bila sudah di tendang keluar, bila sudah di buang kerja, bila sudah jadi cabut kedudukan,pangkat dan darjat. Ingatlah,sedarlah bahawa Allah S.W.T sedang menunjukkan bukti-bukti kepada mereka yang di beri hidayah dan petunjuk kebenaran setelah beribu-ribu umat Islam menunaikan Solat Hajat memohon petunjuk. Kenapa dah tak ramai yang tidak mahu bersembahyang hajat untuk mendapat petunjuk siapa sebenarnya lelaki yang melanggan wanita cina dalam video Datuk "T" tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan