Jumaat, 20 Februari 2015

SUARA KELDAIAN TUMPANG TUI, DENGAN CERITA DARI SG.BULUH

Papa dipaksa menyanyi lagu negaraku tetapi enggan berbuat demikian kerana beliau adalah mangsa tahanan politik, cerita Nurul Nuha Anwar apabila diminta realiti kehidupan Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim di penjara Sungai Buluh.

Nuha memberitahu papanya menceritakan perkara itu semasa pertama kali melawatnya, pada 13 Februari lalu. Selain dipaksa menyanyi Anwar juga diminta mengucapkan ‘Selamat Pagi Cikgu’ setiap kali tahanan berkawad.

“Mereka mahu papa diperlakukan seperti tahanan lain sedangkan papa merupakan mangsa tahanan politik,” kata Nuha dengan air mata bergenang. Bercerita lanjut mengenai keadaan papanya di penjara, Nuha dengan nada tersekat-sekat menahan sebak walaupun tahu papanya cuba menyembunyikan apa yang dilaluinya di jeriji besi itu daripada pengetahuan beliau dan adik-beradikya.

Sambung Nuha, ketika pertemuan itu, papanya tidak ubah seperti kebiasaannya, menonjolkan watak seorang periang, sentiasa tersenyum dan sempat bergurau bersama cucu-cucu, walaupun dalam masa singkat. “Bayangkan cuma dalam tempoh 45 minit ruang masa yang dibenarkan, kami dalam 10 orang anak beranak terpaksa melepaskan rindu dengan papa secara bergilir-gilir.

“Tak sampai 10 minit sorang dapat bercakap dengan papa melalui alat komunikasi yang disediakan pihak penjara di sebalik cermin yang memisahkan antara papa dan kami.“Paling sedih, pertemuan kami semalam apabila papa dibawa ke Mahkamah Jalan Duta di mana cucu-cucunya tidak puas untuk bersama ‘papa tok’nya.


“Sampaikan anak saya yang kedua ini tidak mahu melepaskan pelukannya,” cerita Nuha, di samping anaknya itu yang berusia setahun sebulan dan kadangkala merengek ketika wawancara ini berlangsung. Nuha yang terserlah sifat keibuannya melayan karenah anaknya itu berkata, mereka sekeluarga dibenarkan melawat papanya cuma sekali dalam sebulan, dan tempoh
itu katanya terlalu lama untuk mereka memendam rindu.


Untuk mendapatkan cerita lanjut tentang pandangan Nuha berkenaan politik dan kecekalan beliau dan adik-beradik dalam mengharungi fitnah ini, sila dapatkan
naskah bercetak Suara Keadilan(Bil 213) pada selasa 24 Februari depan. - Keadilan Daily


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahanan politik korak mu. Tulah org suruh bsumpah tak buat tak nak..terimalah hakikatnya bukti sdh mancukupi. Tak pyhlah jaja cerita sana sini...org sdh tahu. Aku dan rakyat lain dah meluat dgn cerita2 begini. Betul kata org kamu tu keluarga yg bmasalah..dr bapa..enak smpai ke anak2..sepatutnya anak2 x pyh bersubahat dlm hal ini.x pyh nak pusing2 cerita. Ingat ada pmbalasannya..x d dunia tetap d akhirat nanti. Tak pernah aku doakan pd org begini..tp kali ini biarlah papamu cepat2 mampos..supaya x mengusahkan rakyat malaysia..

Tanpa Nama berkata...

Mmy dear Nuha, rules must be followed by every person who is undergoing punishment. Your father is no exception. Ccucu or anak is no different. What about other prisoners who have cucus and anak. What about others? Ini semua drama Korea!!!

Tanpa Nama berkata...

Mcm2 cerita keluar nak ambil simpati. X payahlah. Salah tetap salah. S3mua org tahu..x pyhlah nak pusing2 @ buat2 cerita.x pyhlah nak libatkan cucu cicit plak..

Tanpa Nama berkata...

Seorang lagi anak keturunan puaka melalak. Papa kamu adalah banduan. Kenapa harus ada perbezaan dengan banduan lain? Kami Hakim Rakyat mahu Anwar diberi layanan sama seperti banduan lain.

Tanpa Nama berkata...

Pintu gerbang penjara pudu di bukit bintang dikekalkan, dulu ada stesen shell kat situ betul tak.

Amisha berkata...


Saya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.

Nama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.

Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 600 juta rupiah (Rp600.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.

Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (Suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.

Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut