Ahli keluarga bekas menteri besar
Kelantan dan Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat hari
ini merayu orang ramai yang terambil atau tersimpan barang-barang yang
diguna semasa majlis pengkebumian beliau Jumaat lalu agar memulangkan
barang-barang berkenaan.
Barang-barang tersebut berupa selimut putih, kain hitam penutup keranda,
toto (tilam nipis) merah kuning dan bantal, kata anak perempuan
Allahyarham, Nik Asma’ Salsabila Nik Aziz melalui akaun Facebook beliau
dan dilaporkan portal berita rasmi PAS, Harakahdaily, Rabu.
“Kami semua setuju ianya adalah bahagian bonda kami, orang yang paling dicintai ayahanda selepas kedua ibu bapanya.
“Setiap masa bonda bertanya jika barang-barang tersebut sudah dijumpai.
“Sekiranya ada yang ambil untuk kenangan atau mahu berkat Tok Guru,
ketahuilah bahawa tidak ada keberkatan pada barang yang diambil tanpa
keizinan tuan empunya. Mohon dipulangkan,” kata anak Allahyarham Nik
Aziz itu dalam posting Facebook beliau.
"Orang dahulu berjuang, pertama hilang, kedua terbilang, tetapi orang sekarang berjuang, pertama cari menang, sudah menang cari wang, dapat wang jatuhkan orang,hidup di awang-awang, akhirnya jatuh terlentang". ~Tan Sri Abdul Aziz Tapa
Jumaat, 20 Februari 2015
SUARA KELDAIAN TUMPANG TUI, DENGAN CERITA DARI SG.BULUH
Papa dipaksa menyanyi lagu negaraku tetapi enggan berbuat demikian
kerana beliau adalah mangsa tahanan politik, cerita Nurul Nuha Anwar apabila diminta realiti kehidupan Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim di penjara Sungai Buluh.
Nuha memberitahu papanya menceritakan perkara itu semasa pertama kali melawatnya, pada 13 Februari lalu. Selain dipaksa menyanyi Anwar juga diminta mengucapkan ‘Selamat Pagi Cikgu’ setiap kali tahanan berkawad.
“Mereka mahu papa diperlakukan seperti tahanan lain sedangkan papa merupakan mangsa tahanan politik,” kata Nuha dengan air mata bergenang. Bercerita lanjut mengenai keadaan papanya di penjara, Nuha dengan nada tersekat-sekat menahan sebak walaupun tahu papanya cuba menyembunyikan apa yang dilaluinya di jeriji besi itu daripada pengetahuan beliau dan adik-beradikya.
Sambung Nuha, ketika pertemuan itu, papanya tidak ubah seperti kebiasaannya, menonjolkan watak seorang periang, sentiasa tersenyum dan sempat bergurau bersama cucu-cucu, walaupun dalam masa singkat. “Bayangkan cuma dalam tempoh 45 minit ruang masa yang dibenarkan, kami dalam 10 orang anak beranak terpaksa melepaskan rindu dengan papa secara bergilir-gilir.
“Tak sampai 10 minit sorang dapat bercakap dengan papa melalui alat komunikasi yang disediakan pihak penjara di sebalik cermin yang memisahkan antara papa dan kami.“Paling sedih, pertemuan kami semalam apabila papa dibawa ke Mahkamah Jalan Duta di mana cucu-cucunya tidak puas untuk bersama ‘papa tok’nya.
“Sampaikan anak saya yang kedua ini tidak mahu melepaskan pelukannya,” cerita Nuha, di samping anaknya itu yang berusia setahun sebulan dan kadangkala merengek ketika wawancara ini berlangsung. Nuha yang terserlah sifat keibuannya melayan karenah anaknya itu berkata, mereka sekeluarga dibenarkan melawat papanya cuma sekali dalam sebulan, dan tempoh
itu katanya terlalu lama untuk mereka memendam rindu.
Untuk mendapatkan cerita lanjut tentang pandangan Nuha berkenaan politik dan kecekalan beliau dan adik-beradik dalam mengharungi fitnah ini, sila dapatkan
naskah bercetak Suara Keadilan(Bil 213) pada selasa 24 Februari depan. - Keadilan Daily

Khamis, 19 Februari 2015
KHAIRY TIDAK PERCAYA PADA JENTERA PENERANGAN UMNO?
Nampaknya Sdr.Khairy Jamaluddin termakan dengan provokasi dari puak puak yang tidak puas hati (di bayar untuk lakukan aksi tidak puas hati) terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan. Benar selama lebih 6 tahun UMNO di tuduh berkonspirasi untuk menjatuhkan Anuwar dengan isu liwat II tapi adakah kerana dendam di tuduh berkonspirasi Sdr.Khairy sanggup memperalatkan pendakwaraya (sistem kehakiman) untuk turun menjaja isu ini ke seluruh negara. Bukankah hakim telah jelaskan bahawa tiada bukti "prima facie" yang mensabitkan tuduhan konspirasi politik dalam isu ini.
Sdr Khairy sebagai pemimpin muda UMNO harus BIJAK dalam isu ini, jangan campur aduk kan semua sistem pentadbiran negara kita. Ingat dalam sistem pentadbiran negara kita ada 3 BADAN UTAMA yang antara satu sama lain tidak boleh melangkaui batas dan hak masing masing. 1. BADAN PERUNDANGAN 2. BADAN PENTADBIRAN 3. BADAN KEHAKIMAN
SISTEM PEMERINTAHAN MALAYSIA
Nampaknya Sdr.Ketua Pemuda UMNO ini harus belajar dan memahami prinsip rukun negara. Persoalannya mana perginya jentera penerangan pemuda UMNO untuk membawa penerangan terhadap isu ini?
Sabtu, 14 Februari 2015
SANGGUPKAH ANUWAR MENGAKU SALAH DI HADAPAN LEMBAGA PENGAMPUNAN?
Selepas keputusan hakim mahkamah persekutuan yang mensabitkan ketua pembangkang bersalah meliwat, Maka Anuwar dan peguam peguam upahannya tidak boleh lagi menjaja kes liwatnya ke mana mana mahkamah lagi dalam ertikata yang mudah penjara Sg.Buluhlah tempat kediamannya untuk 5 tahun mendatang.
Apapun cuma ada satu kaedah untuk mengurangkan tempoh tersebut atau melangkaui keputusan hakim mahkamah persekutuan tersebut iaitu dengan cara pengampunan daripada Sultan atau Raja-Raja. Oleh kerana kes liwat berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur maka pengampunan hanya boleh di lakukan oleh Kebawah duli Yang Di pertuan Agong Sahaja.
Pengampunan dari Yang Di Pertuan Agong tertakluk kepada perlembagaan persekutuan bahagian iv :Perkara 42 : TEKAN SINI
Memanggil Obama atau kerajaan Amerika campurtangan dalam keputusan Mahkamah Persekutuan adalah sia-sia.APAPUN SEBELUM MINTA AMPUN SESEORANG ITU MESTI MENGAKU KESALAHANNYA DAHULU. SANGGUPKAH ANUWAR MENGAKU KESALAHANNYA DI HADAPAN LEMBAGA PENGAMPUNAN?

Langgan:
Catatan (Atom)