Oleh itu, momokan pembangkang kononnya kerajaan tidak prihatin adalah momokan ahli politik yang gila kuasa, bukannya hujah seorang muslim yang benar-benar memperjuangkan agama. Kerajaan BN telah ditohmah sebagai tidak menitikberatkan Islam kerana tidak memperincikan bajet untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR).
Sedangkan ini bukanlah satu
isu kerana Sekolah Agama Rakyat bukanlah di bawah tanggungan kerajaan
tetapi milik persendirian. Justeru, adalah tidak munasabah meminta
kerajaan menanggung kos operasi SAR yang ditubuhkan oleh orang atau
pertubuhan persendirian. Logiknya, jika tidak mampu menubuhkan sekolah,
kenapa mesti ditubuhkan juga sehingga menjejaskan masa depan
murid-murid akibat pembelajaran tidak berkualiti dan keadaan sekolah
yang tidak sesuai dan mampu menganggu proses perkembangan minda.
Pun begitu, kerana prihatinnya kerajaan terhadap anak bangsa dan agama Islam, maka bantuan tetap diberikan di mana pada tahun 2011, sejumlah RM95 juta telah diperuntukkan kepada SAR. Malah, sebanyak 156 daripada 382 SAR di seluruh negara telah berdaftar dengan kementerian dan ditukar status kepada sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) yang mana mendapat peruntukan terus dibawah bajet pendidikan nasional.

Kedegilan
kebanyakan SAR untuk berdaftar dengan kerajaan juga merupakan satu
kemusykilan yang masih gagal difahami. Jika benar SAR ikhlas ingin
mengajar agama, kenapa perlu menolak untuk berdaftar dengan kerajaan dan
mendapat bantuan secara langsung? Kenapa perlu terasing dari
pendidikan nasional tetapi di masa yang sama melangut menunggu suapan
kerajaan?
Bukan rahsia bahawa kebanyakan SAR membawa fahaman PAS, iaitu fahaman pembangkang yang menentang kerajaan. SAR juga kerapkali dikaitkan dengan berbagai masalah moral sama ada di kalangan murid-murid mahupun guru. Ini mungkin antara sebab SAR tidak wajar diberi bantuan secara membuta tuli tetapi perlu dikaji dan disiasat dahulu agar tidak menjadi punca kepada kemusnahan ummah di masa depan.
Berdasarkan hakikat ini, kita tidak hairan kenapa Lim Guan Eng tidak teragak-agak untuk memasukkan SAR di dalam peruntukan hal ehwal agama Islam dalam Bajet Pulau Pinang. Guan Eng pasti sedia maklum bahawa SAR akan membantu melahirkan lebih ramai Melayu yang tidak mampu bersaing dan akhirnya hanya menjadi pak turut kepada DAP.

Puak-puak yang taksub dengan khaifah lantikan mereka ini begitu terkesima dengan jumlah yang di peruntukan tanpa membaca perincian terhadap budjet tersebut, menurut laporan Bajet negeri,
Kerajaan Pulau Pinang telah memperuntukkan RM13.84 juta untuk tahun 2013
meliputi pembangunan masjid, surau dan sekolah agama rakyat (SAR).
Maknanya, tiada perincian khas mengenai bantuan untuk SAR. RM13.84
juta.Dalam bajet tersebut juga menyatakan bahawa
keseluruhan peruntukan untuk tujuan keagamaan pada tahun hadapan adalah
RM46.42 juta. Klausa ‘tujuan keagamaan’ ini adalah terlalu umum di mana
kita tidak dapat pastikan sama ada agama yang dimaksudkan adalah Islam
atau semua agama lain? Jika ia membawa maksud semua agama lain juga
maka ini bermakna Islam mendapat peruntukan RM13.84 juta dan lebihan
RM32.58 juta lagi adalah untuk agama lain.
DAP memperjuangkan Negara
Sekular secara terang lagi jelas yang mana menghapuskan Islam sebagai
agama rasmi sekali gus meletakkan agama Islam sama dengan agama lain.
Jadi, di manakah prihatinnya DAP terhadap Islam? DAP langsung tidak
berselindung dalam hal ini dan tidak pula memutar-belitkannya. Tetapi,
PAS pula yang nampaknya begitu beria-ia membelitkannya untuk DAP
sehinggakan seorang pemimpin Pemuda PAS sanggup menggambarkan
seolah-olah Guan Eng lebih Islam dari Dato’ Seri Najib.
Sumber :Sudin Sahak.
Sumber :Sudin Sahak.

3 ulasan:
Pas tiada masalah, perjuangan untuk Islam mesti dipuji. Tapi piminan pas hari ini dah lari dari perjuangan pas. Parti dan ahli parti digunakan untuk nafsu individu tertentu. Agama digadai. Yg herannya ahli2 masih seperti lembu dicucuk hidung. Bersatulah umat Islam dan sokong UMNO/BN untuk kekutan Islam di Malaysia.
UMNO dan BN sudah memerintah Terengganu hampir 50 tahun..... Tapi Kenapa Pemuda UMNO, Puteri UMNO, Wanita UMNO dan Pemimpin2 UMNO Terengganu tetap BODOH?
2013 - Tahun Paling Malang Rakyat Terengganu........ Lihat sendiri bukti kalau tak percaya...
~ BUKTI 1 ~
~ BUKTI 2 ~
~ BUKTI 3 ~
~ BUKTI 4 ~
Saya mohon sangat2 agar semua anak2 muda mengundi PR pada PRU ke-13. Mesti undi PAS, PKR dan DAP. Kita mesti ambil serius soal ekonomi dan perpaduan kaum. BN telah meninggalkan banyak hutang di setiap negeri. Ini akan membebankan kita.. Percayalah. Lihat sendiri selangor, bila PR memerintah kurang 5 tahun, hutang berkurang. Bandingkan dengan Terengganu yang diperintah BN sejak 50 tahun dulu... Kat mana hebatnya Pemimpin UMNO yang menafikan kewibawaan Pemimpin Pakatan Rakyat? Mereka pun tahu tapi tetap mahu menafikannya.. sememangnya betul.. ( Buktikan kalau saya bercakap bohong)
Terang2 tak wujud perpaduan dalam BN. MCA dan MIC terang2 menolak BN.
Pastikan anda memberitahu rakan2, emak ayah dan saudara yang kurang tahu soal ekonomi dan perpaduan kaum.... Walaupun terpaksa berada dlm kem BN dan UMNO, pastikan undi anda tetap kpd PR....
~ (( Budaya Samseng )) - Ahli2 Mahu Lari Dari UMNO ~
Biarkan UMNO bersendirian... Mereka tidak mahu bersatu, kita boleh bersatu sesama kita... Mereka pentingkan perpecahan... Biarkan mereka... Mereka lebih mengutamakan keganasan untuk mengekalkan kuasa... Biarkan mereka..... Mereka hanya mahu jadi samseng... Biarkan mereka samseng selamanya....
Biarkan pemimpin2 UMNO memperbodohkan ahli2 mereka selamanya...
komen meroyan dari kononnya generasi terhebat Terengganu bangkit bla,bla,bla. Ingatlah janji Allah jika apa yang di tuduh itu tidak benar maka ia akan kembali kepada yang menuduh, dulu kata UMNO kafir sekarang apa dah jadi, dulu kata UMNO zalim sekarang apa dah jadi? Dulu kata UMNO kroni,rasuah sekaran apa dah jadi?. MPG ingat pesan ustaz Fathul Bahari malas nak bahasakan haramjadah nie. nanti kita jadi sama macam dia.Cuma doa MPG moga GTTB di redhakan Allah untuk memerima hidayah dan di bersihkan hati yang hitam berkatat tu.
Catat Ulasan