Isnin, 24 September 2012

LEBUHRAYA EDL PEMBANGKANG JOHOR JADI BISU

Pembangkang di Johor pening lagi, semua isu yang hendak di jaja masa PRU 13 sudah tidak jadi isu lagi. Tahniah PM Najib yang berjaya membisukan mulut-mulut jahat pembangkang.

Tiada tol dikenakan di Lebuh Raya EDL - PM

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Kerajaan memberi jaminan bahawa tiada tol akan dikenakan di Lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL) di Johor Baharu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata cadangan pengambilalihan EDL di Johor Baharu oleh kerajaan daripada pemegang konsesi..

Ahad, 23 September 2012

INILAH SEJARAH BANGSA KITA

Artikel yang di ambil dari utusan melayu untuk bacaan anak-anakku. Pesanan dan ingatan ikhlas pemimpin melayu yang tidak mahu melihat bangsanya di hapuskan dari muka bumi ini. Baca, hayati dan fahamilah walau di mana juga kamu berada, Inilah sejarah bangsa kita.

Suara hati Dr. Mahathir

SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.

Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun. Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.

Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.
Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.
Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.

Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.
Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.

Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.

Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.

Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.

Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.
Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.

Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.
Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.

Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.
Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka. Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.

Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.

 

Sabtu, 22 September 2012

NIK AZIZ GESA TOLAK PRODUK YAHUDI, BELIAU BAKAL SENASIB DENGAN HASSAN ALI?

 Nik Aziz bakal di kenakan tindakkan  pecat dari Jawatan Mursydul Am PAS gara-gara muncung mulutnya yang tahu bercakap tapi tak tahu apa yang di cakapkan, lebih buruk dari burung tiong batu. Hari ini Nik Aziz dengan bangganya dan dengan panjang muncungnya mengesa rakyat Malaysia boikot produk Israel dan Yahudi. MPG tepuk dua-dua kepala lutut kerana sokong sesangat cadangan tersebut. CUMA........

MPG nak tanyalah sikit, OOOOiiiiiiii TOK GURU,  ANUWAR IBRAHIM TU BUKAN PRODUK YAHUDI KE?. Tolong Jawab sikit lebai-lebai lebih PAS.


Selasa, 18 September 2012

PEMBANGKANG DI MALAYSIA TAK MATANG?

Semua yang kerajaan UMNO/BN buat semuanya tak betul, semuanya salah , semuanya membazir,semuanya di tolak Pembangkang, kecuali PUTRAJAYA
 
 

Ahad, 16 September 2012

NAK TUNGGU APA LAGI HISHAMUDDIN?.

Soklan buat menteri KDN. "TAK MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA KE SUARAM TU?."
Berbuih dah menteri KPDNKK, Ngo-Ngo pro kerajaan bercakap pasal SUARAM, laporan polis dari TIBAI, malah dah banyak bukti dan fakta mengkaitkan pertubuhan haramjadah itu dengan kuasa asing yang menyalurkan dana untuk menghuru harakan Negara bermula dengan Fitnah terhadap PM, berkaitan pembunuhan Altantuya, isu kapal selam scorpene, yang di beli dari Perancis, isu memburukkan negara melalui penganjuran bersih 1,2 & 3., isu membiayai penyiasatan pesendirian yang penipu P.Balasubramaniam.

Nak tunggu bukti apa lagi?. wahai Hishamuddin?.

Khamis, 13 September 2012

LAGI BUKTI PAS TIDAK PEJUANGKAN ISLAM

Kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, bahawa Parti PAS tidak akan campurtangan dalam  isu bekas timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dengan Karpal Singh membuktikan bahawa PAS tidak berminat mempertahankan apa yang di perjuangkan oleh Nasharuddin walaupun seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa tindakkan Nasharuddin itu adalah untuk mempertahankan Isu Hudud dan Islam.

Sikap dan pendirian Parti PAS ini amat MENJENGKELKAN, MEMALUKAN DAN AMAT TIDAK BERMARUAH. Selama ini parti lambang bulan penuh itu menipu seluruh rakyat kononnya parti mereka memperjuang dan mempertahankan Islam tapi dengan kenyataan ini nyata bahawa mereka hanya retorik sahaja,mereka pengecut untuk kedepan mempertahankan kesucian Islam membiarkan Ustaz Nasharuddin bersendirian.

Mustafa Ali mengangap isu hudud dan Islam yang di bangkitkan oleh Nasharuddin hanya soal peribadi.Inilah banjingan yang sering memperalatkan Islam untuk kepentingan Politiknya. Kepada penyokong PAS bukalah mata hati kamu untuk melihat perkara ini dengan tenungan iman yang tajam. Keluarlah beramai-ramai, fasakhkan lah diri kamu dari jemaah PAS itu. Keluarlah dari lingkaran bulatan itu, Kembali lah ke jalan yang benar dan lurus bersama kami dalam Barisan Nasional

Rabu, 12 September 2012

HASIL TARBIYAH NIK AZIZ - IBADAH HAJI PUN NAK TIPU

Nie siapa yang mengajar dia nie, kalau MPG kutuk orang Kelantan tak adil pulak pasal ramai lagi rakyat kelantan tak buat camtu. tapi perangai jemaah Umrah dari Kelantan yang cuba MENIPU untuk menunaikan Haji, membuktikan bahawa mereka semua sudah keliru sejak Nik Aziz jadi Pemimpin Negeri.
Cerita lanjut KLIK SINI

Ahad, 9 September 2012

SETUJU KE PAS DENGAN AGENDA RAKANNYA DALAM PAKATAN?

Mengembalikan semula ingatan terhadap tuntutan puak-puak yang cuba menjajah negara. Jangan ingat perkara ini tengelam begitu sahaja. Kalau PRU 13 Pakatan Pembangkang menang 2/3, pasti ada tuntutan tersebut akan terlaksana kalau pun tidak semua. Kalau itu berlaku apakah pendirian kamu?


  1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa orang Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
  2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
  3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.
  4. Tidak perlu dicatatkan didalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
  5. Orang bukan Islam tidak perlu menganut agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
  6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk agama Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
  7. Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
  8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
  9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
  10. Bible dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
  11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar disemua sekolah.
  12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
  13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
  14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Rabu, 5 September 2012

PENJELASAN PAKAR SEJARAH BUKTI IDEOLOGI KOMUNIS MASIH BERTAPAK DI NEGARA INI

Dakwaan kumpulan yang mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya' pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka Khamis lalu bagi menggantikan Jalur Gemilang kononnya ia bendera asal Tanah Melayu disanggah pakar sejarah.

Bukan itu sahaja, pakar sejarah turut menggelar kumpulan tersebut sebagai jahil sejarah tanah air.

Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, Tanah Melayu tidak pernah menggunakan bendera tersebut sebagai bendera rasmi walaupun ketika dijajah.
Menurut beliau,warna merah putih yang dinamakan Sang Saka itu adalah bendera yang digunakan kumpulan menyokong pembentukan Indonesia Raya dan sentimennya dibawa pertama kali ke Tanah Melayu oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1938 pimpinan Ibrahim Yaakob.
 
"Perkara yang diperjuangkan kumpulan KMM ini adalah memerdekakan Tanah Melayu tetapi dengan cara bergabung dengan Republik Indonesia Raya atau Melayu Raya.

Namun majoriti orang melayu di Tanah Melayu ketika itu tidak bersetuju perjuangan mereka kerana orang Melayu mendukung institusi Raja-Raja Melayu dan Islam,kerana itu majoriti memilih perjuangan Umno," kata beliau.

Menurut beliau lagi, selepas KMM diharamkan, ideologi itu dibawa pula Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Mokhtaruddin Lasso, Dr Burhanuddin Helmi dan Ahmad Boestamam.
 
Mereka menggunakan bendera Sang Saka ini dalam ceramah mereka, namun perjuangan mereka ini ditolak majoriti rakyat Tanah Melayu tetapi saki baki pendukung ideologi itu hari ini cuba menghidupkannya semula," katanya.
 
Hishamuddin Rais dan A.Samad Said antara dua individu yang di percayai masih menebal ideologinya dengan perjuangan KMM dan PKMM.

Sabtu, 1 September 2012

AGENDA HAPUS ISLAM,MELAYU DAN RAJA TELAH TERLAKSANA


Memang benar sepertimana kata bekas pemimpin tertinggi PAS yang dizalimi iaitu Dato' Dr.Hassan Ali. Agenda pembangkang adalah untuk menghapuskan ISLAM, MELAYU DAN RAJA.

1. Hukum hudud Islam di permainkan, walaupun enekmen hukum syariah kelantan yang mengandungi hukum hudud telah di luluskan DUN Kelantan sejak 1993 namun hingga sekarang masih tidak di laksanakan. (Agenda Politik PAS memperalatkan Islam untuk tujuan politiknya).

Kerajaan Kelantan terus berdolak-dalik laksana hudud

KOTA BHARU 31 Ogos - Pelaksanaan undang-undang syariah, Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan atau hukum hudud di negeri ini kelihatan masih samar biarpun mendapat desakan banyak pihak supaya ia dikuatkuasakan sepenuhnya bagi mengatasi masalah sosial yang dikatakan semakin serius terutama membabitkan kes ragut.
Ia berdasarkan kenyataan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob bahawa pelaksanaan undang-undang tersebut masih di peringkat dalaman Jawatankuasa Teknikal Hudud.
Untuk rekod, jawatankuasa tersebut ditubuhkan pada 4 Oktober 2011 oleh kerajaan Pas Kelantan untuk mengkaji pelaksanaan enakmen itu dan sehingga hari ini ia masih belum bermesyuarat.
Ahmad yang juga pengerusi jawatankuasa tersebut berkata, pihaknya akan mengadakan sidang meja bulat terlebih dahulu bagi membincangkan semua perkara membabitkan pelaksanaan hukum Allah itu.
(Sumber : Utusan Malaysia)

2. Penghapusan Bangsa dengan menghapuskan panji-panji negara,lenyap jalur gemilang lenyap sejarah bangsa melayu.

Tindakan biadab peserta Himpunan Janji Bersih


KUALA LUMPUR 31 Ogos - Beberapa peserta Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka malam tadi bertindak kurang ajar apabila mengibarkan bendera yang mereka dakwa akan menggantikan Jalur Gemilang jika pembangkang berkuasa.Tindakan biadab dan mencemarkan kedaulatan negara itu dilakukan ketika sambutan ambang merdeka sempena Hari Kemerdekaan Ke-55.

Bendera merah putih seakan bendera Singapura itu dikibarkan di khalayak ramai termasuk pengedaran risalah menukar Jalur Gemilang kepada bendera tersebut. Risalah tersebut jelas mengajak rakyat untuk mengatakan ‘tidak’ kepada Jalur Gemilang dan menyokong bendera merah putih itu.
‘Tahukah kamu semua, rakyat negara lain hormat bendera sampaikan mereka tidak mahu bendera tersentuh bumi. Begitulah hormatnya rakyat negara lain kepada bendera mereka.
‘‘Kita pula, bendera dihina pun kita diamkan sahaja? Kalau negara lain, sudah tentu yang menghina bendera akan dikenakan tindakan berat,’’ katanya.

Inilah agenda DAP,menghapuskan lambang negara bangsa supaya bangsa kita juga terhapus.

3. Penghapusan Sultan / Raja.

Tidak maklum, jemput Tuanku amalan biasa - MB

SHAH ALAM 31 Ogos - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menganggap tindakan tidak memaklum serta menjemput Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat ke sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang dianjurkan kerajaan negeri adalah amalan biasa.
Menurutnya, baginda memang tiada dalam senarai tetamu kehormat yang dijemput kerajaan negeri untuk sambutan berkenaan yang dihadiri Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Penasihat Ekonomi Selangor.
"Untuk tidak menjemput Tuanku Sultan ini adalah memang biasa dalam setiap sambutan kerajaan negeri pada sambutan ulang tahun kemerdekaan," katanya.

Tuan punya negeri tidak di maklum/ di jemput lagi dalam majlis besar negeri.adakah ini amalan biasa?.