Khamis, 13 September 2012

LAGI BUKTI PAS TIDAK PEJUANGKAN ISLAM

Kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, bahawa Parti PAS tidak akan campurtangan dalam  isu bekas timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dengan Karpal Singh membuktikan bahawa PAS tidak berminat mempertahankan apa yang di perjuangkan oleh Nasharuddin walaupun seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa tindakkan Nasharuddin itu adalah untuk mempertahankan Isu Hudud dan Islam.

Sikap dan pendirian Parti PAS ini amat MENJENGKELKAN, MEMALUKAN DAN AMAT TIDAK BERMARUAH. Selama ini parti lambang bulan penuh itu menipu seluruh rakyat kononnya parti mereka memperjuang dan mempertahankan Islam tapi dengan kenyataan ini nyata bahawa mereka hanya retorik sahaja,mereka pengecut untuk kedepan mempertahankan kesucian Islam membiarkan Ustaz Nasharuddin bersendirian.

Mustafa Ali mengangap isu hudud dan Islam yang di bangkitkan oleh Nasharuddin hanya soal peribadi.Inilah banjingan yang sering memperalatkan Islam untuk kepentingan Politiknya. Kepada penyokong PAS bukalah mata hati kamu untuk melihat perkara ini dengan tenungan iman yang tajam. Keluarlah beramai-ramai, fasakhkan lah diri kamu dari jemaah PAS itu. Keluarlah dari lingkaran bulatan itu, Kembali lah ke jalan yang benar dan lurus bersama kami dalam Barisan Nasional

Tiada ulasan: