Isnin, 30 Julai 2012

ARTIS MINDA CELARU DI PERKOSA LEBAI PAS

“Saya tak sangka negeri yang terkenal sebagai sebuah negeri yang kaya-raya, pesat membangun rupa-rupanya indah khabar dari rupa,” ujar artis Dayangku Intan kepada HaraMkah.

Dayangku Intan kini berada di Johor sejak tiga minggu lalu bersama PKR negeri itu untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan miskin di negeri itu.

Katanya, rakyat negeri itu walaupun kawasan bandar hidup mereka begitu dhaif, lebih miskin dari masyarakat Kelantan.

“Saya heran media dan pemimpin BN dok kutuk Kelantan kononnya negeri itu dikatakan miskin, rakyat susah, tetapi sepanjang tiga minggu Intan di beberapa kawasan di negeri ini, sebenarnya indah khabar dari rupa.

“Negeri kaya, kaya dengan rasuah nak buat apa, tentu tak berkat,”ujarnya.

Menurutnya, dengan pendapatan RM150 sebulan sumbangan kerajaan negeri, mana mencukupi untuk mereka menyara hidup sebulan, apa lagi dengan harga barangan keperluan semakin tinggi.

Sambungnya, berlainan Kelantan negeri miskin tetapi rakyatnya kaya raya kerana keberkatan pemimpinnya yang berlandaskan Islam disamping menjaga harta rakyat

Ahad, 22 Julai 2012

BUKTI PKR TAK MAMPU URUS NEGARA

Selangor terlebih bayar RM100 juta

CHUA Tee Yong (tujuh dari kiri) melihat pelan tanah lombong yang dibeli oleh kerajaan negeri dengan harga yang tinggi dari harga pasaran di Bestari Jaya, Kuala Selangor, semalam.
 
KUALA SELANGOR 20 Julai - Bayaran terlebih bayar yang dibuat kerajaan negeri untuk membeli tanah daripada Talam Corporation Bhd. (Talam) di Bestari Jaya di sini, bukan sebanyak RM42 juta seperti yang didakwa sebelum ini sebaliknya RM100 juta lebih mahal.

Perkara itu didedahkan Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong hari ini sewaktu membawa sekumpulan media melihat sendiri tanah seluas 916 hektar berkenaan di Bestari Jaya, di sini.
Tee Yong mendakwa, maklumat itu diperoleh berdasarkan laporan kewangan Kumpulan Hartanah Sdn. Bhd. (KHSB) pada 2009 yang juga memiliki tanah di kawasan sama.

"Pada 2010, kerajaan negeri telah membeli tanah tersebut dengan harga RM181 juta atau bersamaan dengan RM80,000 seekar (0.4 hektar) sementara laporan kewangan KHSB yang juga memiliki tanah di kawasan sama pula menilai tanah tersebut pada 2009 dengan harga RM36,000 seekar.
"Sekiranya penilaian KHSB itu boleh dianggap tepat ia bermakna jumlah keseluruhan tanah tersebut adalah RM81 juta dan ini menunjukkan kerajaan negeri terlebih bayar sebanyak RM100 juta daripada harga pasaran," dakwanya.Hadir sama, Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bharu, Wong Koon Mun dan Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang), Budiman Mohd. Zohdi.

Pada 5 Julai lalu, Tee Yong mendakwa, kerajaan PKR Selangor membeli tanah sama dengan harga RM42 juta lebih tinggi berbanding harga pasaran dan dakwaan itu dibuat berdasarkan penilaian Talam sendiri.
Dua hari selepas itu, Ahli Parlimen DAP, Tony Pua pula mengakui perkara berkenaan.
Mengulas lanjut, Tee Yong berkata, apa yang lebih memeranjatkan jumlah keseluruhan tanah berkenaan sebanyak 438 ekar (177 hektar) daripadanya merupakan lombong yang dipenuhi dengan air dan 575 ekar (232.7 hektar) lagi didapati terletak dalam kawasan hutan simpan.Sehubungan itu, katanya, tanah tersebut langsung tidak memberi pulangan menguntungkan sebaliknya lebih banyak kerugian kepada kerajaan negeri.
"Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, kawasan tanah tersebut langsung tidak ada pembangunan atau infrastruktur asas," jelasnya.

Pada masa sama, Tee Yong mempersoalkan tindakan kerajaan PKR Selangor itu kerana ia merupakan pembaziran wang rakyat."Bagaimana kerajaan negeri membuat penilaian terhadap harga tanah terbabit dan mengapa mereka sanggup membuat pembayaran yang begitu mahal kepada Talam meskipun mengetahui tanah itu tidak memberi pulangan," soalnya.Tee Yong berkata, pihaknya bersedia mengemukakan bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya diminta untuk membantu siasatan.

Rabu, 18 Julai 2012

LUAHAN HATI ANAK MALAYSIA DARI LUAR NEGARA

SAYA ingin meluahkan pandangan apa yang akan berlaku sekiranya orang Melayu di Malaysia tidak bersatu. Diharap tuan dapat menyebarkan apa yang saya tulis ini.

Sudah terdapat berita yang DAP akan meletakkan calon yang ramai dalam pilihan raya ke-13. Kalau ini betul dan mereka menang sudah tentu UMNO akan kehilangan kerusi untuk memerintah.
Kita semua tahu DAP adalah kembar PAP dari dulu lagi. Sekarang Singapura sudah dipenuhi dengan rakyat Cina dari PRC hingga berjuta dan Singapura terlalu kecil.

Di mana hendak ditempatkan mereka bersama dengan rakyatnya sendiri? Jadi kalaulah DAP berkuasa sudah tentu Singapura akan bercantum semula dengan Malaysia dan apabila Singapura sudah bersatu dengan kerajaan DAP, bayangkanlah apa yang akan berlaku?

Orang Melayu hilang kuasa dan yang paling menyedihkan ialah kita akan kehilangan sebuah negara sama seperti apa yang berlaku apabila Singapura keluar dari Malaysia dulu. Pilihan Raya Umum Ke-13 menjadi titik permulaan bagi kuasa orang Melayu sama ada akan terus kekal dalam kuasa UMNO atau jatuh ke tangan pembangkang.

Yang menghairankan ialah PKR dan Pas sanggup bersatu dengan DAP yang terang-terang musuh Melayu.
Saya bimbang kalau pembangkang menang kuasa tidak akan berada di tangan PKR atau Pas, tengoklah nanti apa yang akan berlaku ini sama seperti apa yang berlaku dalam sejarah di mana Melayu sendiri yang jatuhkan Melayu.

Saya betul-betul takut kalau nasi akan menjadi bubur.
Saya menyampah betul dengan sikap Anwar Ibrahim yang begitu ghairah sekali mahu tawan Putrajaya dan tidak sabar mahu menjadi PM. Kalau dia jadi PM dan masih menjaga negara seperti apa yang dilakukan oleh UMNO atau lebih baik lagi mungkin kita boleh terima, tapi saya tidak fikir Anwar atau orang Pas akan kekal sebagai PM.

DAP akan terus berjuang untuk jadi PM dan apa yang akan berlaku nanti samalah seperti apa yang saya tulis di atas. Orang Melayu mesti sedar dan berusaha untuk mengelakkan daripada kehilangan kuasa di negara sendiri yang akhirnya menjadi peminta sedekah di tanah air sendiri. Menteri-Menteri, AP dan semua orang Melayu jangan pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan nasib anak-anak Melayu pada masa depan yang akan hilang segala-galanya.
Ikhsan :Utusan Malaysia.

Khamis, 5 Julai 2012

NYATA PKR SELANGOR PENGECUT, KHALID IBRAHIM CARI TEMPAT SEMBUNYI

Hanya dengan satu tumbukan manja dari Timbalan Menteri Pertanian dan asas tani Datuk Chua Tee Yong seorang profesional muda dari MCA. Khalid Ibrahim @ Khalid Gagap cepat-cepat tarik selimut.

Mohon nyawa berlindung di sebalik tiang mahkamah, kononnya kalau perkara ini dibawa ke mahkamah maka tiada seiapa yang boleh bercakap lagi secara bebas.

Ayuh anak Selangor segera bawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),pisau sudah di tangan.Buah sudah masak ranum,ayuh jangan tunggu lagi.ngap PKR Selangor.
 Cerita Sebenar Klik Sini Skandal RM 1B Selangor