SAYA ingin meluahkan pandangan apa yang akan
berlaku sekiranya orang Melayu di Malaysia tidak bersatu. Diharap tuan
dapat menyebarkan apa yang saya tulis ini.
Sudah terdapat berita yang DAP akan meletakkan calon yang ramai dalam
pilihan raya ke-13. Kalau ini betul dan mereka menang sudah tentu UMNO
akan kehilangan kerusi untuk memerintah.
Kita semua tahu DAP adalah kembar PAP dari dulu lagi. Sekarang
Singapura sudah dipenuhi dengan rakyat Cina dari PRC hingga berjuta dan
Singapura terlalu kecil.
Di mana hendak ditempatkan mereka bersama dengan rakyatnya sendiri?
Jadi kalaulah DAP berkuasa sudah tentu Singapura akan bercantum semula
dengan Malaysia dan apabila Singapura sudah bersatu dengan kerajaan DAP,
bayangkanlah apa yang akan berlaku?
Orang Melayu hilang kuasa dan yang paling menyedihkan ialah kita akan
kehilangan sebuah negara sama seperti apa yang berlaku apabila
Singapura keluar dari Malaysia dulu. Pilihan Raya Umum Ke-13 menjadi titik permulaan bagi kuasa orang
Melayu sama ada akan terus kekal dalam kuasa UMNO atau jatuh ke tangan
pembangkang.
Yang menghairankan ialah PKR dan Pas sanggup bersatu dengan DAP yang terang-terang musuh Melayu.
Saya bimbang kalau pembangkang menang kuasa tidak akan berada di
tangan PKR atau Pas, tengoklah nanti apa yang akan berlaku ini sama
seperti apa yang berlaku dalam sejarah di mana Melayu sendiri yang
jatuhkan Melayu.
Saya betul-betul takut kalau nasi akan menjadi bubur.
Saya menyampah betul dengan sikap Anwar Ibrahim yang begitu ghairah
sekali mahu tawan Putrajaya dan tidak sabar mahu menjadi PM. Kalau dia jadi PM dan masih menjaga negara seperti apa yang dilakukan
oleh UMNO atau lebih baik lagi mungkin kita boleh terima, tapi saya
tidak fikir Anwar atau orang Pas akan kekal sebagai PM.
DAP akan terus berjuang untuk jadi PM dan apa yang akan berlaku nanti
samalah seperti apa yang saya tulis di atas. Orang Melayu mesti sedar
dan berusaha untuk mengelakkan daripada kehilangan kuasa di negara
sendiri yang akhirnya menjadi peminta sedekah di tanah air sendiri. Menteri-Menteri, AP dan semua orang Melayu jangan pentingkan diri
sendiri tanpa memikirkan nasib anak-anak Melayu pada masa depan yang
akan hilang segala-galanya.
Ikhsan :Utusan Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan