Dewan Ulama PAS Pusat sebulat suara meluluskan usul supaya isu video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin tertinggi pakatan pembangkang dibawa dan dibahaskan dalam Muktamar Agung ke-57 parti itu Jumaat.
Usul itu akan dikemukakan anggota Dewan Ulama PAS Kelantan Nik Razi Nik Mat, iaitu adik bongsu kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan akan disokong oleh seorang perwakilan dari Kubang Pasu, Kedah.
Nik Razi berkata usul itu dibentang bagi membolehkan para perwakilan membahaskan motif sebenar ia disebarkan serta kaitannya dengan rancangan pihak tertentu untuk melemahkan pengaruh pakatan pembangkang.
Komen MPG
Baguslah moga para perwakilan muktamar kali ini dapat hidayah dari allah,sebelum membaca dan membahas usul tu elok lah sembahyang isytikharah dua rakaat, Jangan pula nanti di saman kerana menuduh Anwar Ibrahim sebagai pelaku dalam video tu....Datuk Eskay pun tak tuduh Anwar cuma kata mirip pemimpin kanan pembangkang, Tapi kalau betul Anwar pelakunya janganlah pulak teruskan sokongan kepada orang yang rendah moralnya....ingatlah kerana Kredibiliti PAS sebagai parti alternatif orang-orang melayu terhapus. Kembalilah kepada perjuangan asal,,,biarpun tak dapat tawan Putrajaya tapi harga diri tetap terpelihra....selamat bermuktamar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan