Selasa, 21 Disember 2010

PROGRAM 100 HARI PR MENJAHANAMKAN NEGARA - RAKYAT TERGADAI




Salam, pada posting kali ini MPG berkongsi baca dengan pengunjung blog ini satu tulisan Nurani Sdr.Zulkefli Hamzah.

 Menang secupak, rugi segantang

Adalah tidak sihat kepada sebuah kerajaan apabila hanya mahu mendengar pujian semata-mata. Tentu sekali sama tidak sihatnya apabila yang tidak memerintah hanya tahu memperlekeh hasil positif kerajaan. Begitu juga dalam hal mengkritik, ia adalah sihat sama seperti reaksi terhadap kritikan itu. Tetapi yang selalu berlaku ialah yang dikritik dan mengkritik terbelenggu dengan perilaku untuk memusnahkan. Mereka sengaja menempatkan diri sebagai seteru walaupun mengaku mewakili suara rakyat.

Inilah yang sedang dilakukan oleh pakatan pembangkang. Tidak pernah dalam sejarah 53 tahun Malaysia - sejak Mac 2008 - kita terpaksa makan, minum dan tidur dengan gembar-gembur politik. Semua hal dan peristiwa mahu disalut dengan kepentingan politik.

Lihatlah di Dewan Rakyat, yang sepatutnya menjadi tempat mulia menyuarakan hati nurani rakyat, didominasi dengan pertengkaran penuh keegoan dan aksi ala demonstrasi. Suara pemeriksa dan pengimbang jarang-jarang kedengaran. Mereka menggunakan tipu helah bersuara rakyat tetapi yang dijaja sebenarnya adalah kepentingan peribadi, kelompok dan nafsu memburu kekuasaan.

Mereka bersuara tidak diberi keadilan tetapi realitinya merekalah yang meranapkan keadilan. Mungkinkah adil bagi mereka jika boleh sesuka hati menyalahgunakan Dewan yang mulia? Mungkinkah adil bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Azmin Ali (PKR - Gombak); R Sivarasa (PKR - Subang) dan Karpal Singh (DAP - Bukit Gelugor) jika boleh berbuat apa sahaja perbuatan yang melanggar peraturan. Bagaimana pula wakil rakyat di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor yang juga telah dikenakan tindakan gantung daripada menghadiri sidang Dewan? Apakah itu bukan keadilan atau ia menggambarkan demokrasi telah runtuh?

Lihatlah di Dewan Undangan Negeri Perak, kerajaan yang disahkan oleh mahkamah dan Perlembagaan serta diperkenan oleh Sultan, terus-menerus dikata tidak sah. Mereka tetap bangga menggunakan perkataan perampas, sedangkan pertukaran kerajaan berlaku kerana sikap mereka sendiri. Lihatlah politikus yang melenting dicap rasis, sedangkan mereka mudah menuduh orang lain sedemikian. Mereka berkata memperjuangkan kebebasan dan ketelusan tetapi media disekat daripada melaporkan perkara sebenar. Malah peruntukan negeri digunakan untuk menggerakkan propaganda parti, bukannya menyebar maklumat mengenai program kerajaan negeri.

Mereka marah dan tangkas mengumpulkan rakyat kononnya bagi menjelaskan fitnah dan konspirasi tuduhan liwat, sedangkan mahkamah telah memutuskan ia pernah berlaku tetapi tidak disabitkan kesalahan kerana masalah teknikal. Kumpulan ini juga marah digelar komunis tetapi sesenang hati mengata pemimpin lawan bukan rakyat Malaysia sebenar.

Dan terbaru, mereka melancarkan program 100 hari yang kononnya akan dilaksanakan jika PKR, Pas dan DAP berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak. Ia adalah janji terbaru pakatan pembangkang untuk melaksanakan reformasi menyeluruh pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan. Rupa-rupanya dalam sinikal memperlekeh Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan pembaharuan lain yang kini sedang rancak digerakkan, mereka cuba 'menculik' program negara dan rakyat itu. Mereka menjanjikan 'dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program itu."

Cuba kita imbas antara program 100 hari itu yang tujuannya mengajak rakyat Malaysia, pengundi yang berdaftar supaya 'ubah sekarang, selamatkan Malaysia':


* Reformasi institusi penting negara seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Pejabat Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.

* Mansuhkan ISA, mengarahkan Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk menyempurnakan pengambilalihan aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol.

* Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

* Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan sebanyak RM500 sebulan kepada setiap guru sebagai penghargaan.

* Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan dan menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.

* Membatalkan Felda Plantations bagi membuka ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga FELDA dan menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20 peratus.

* Menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di Sabah.


Sebahagian besar daripada reformasi yang diimpikan untuk dilaksanakan pada hari pakatan pembangkang menawan Putrajaya itu, kini sudahpun digerakkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Mereka pun sedar perkara itu kerana sama ada di podium ceramah, Dewan dan media, merekalah antara pihak yang berterusan memperlekeh program mahupun projek transformasi berkenaan. Kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak telah berubah. Perubahan yang mengutamakan kehendak rakyat dan memperkasakan sistem penyampaian kerajaan sedang dilaksanakan, bukan lagi sekadar impian di atas kertas. Cuma, tentu sekali cara dan pendekatannya berbeza dengan reformasi pakatan pembangkang itu.

Lihatlah semasa BN mengakui era kerajaan tahu segala-galanya telah berakhir, pakatan pembangkang pula berfikir sebaliknya. Projek-projek dalam ETP umpamanya yang digarap hasil gabungan minda pelbagai pihak, telah pun disebarkan kepada umum melalui hari terbuka. Orang awam termasuk pembangkang boleh mengkritik, malah memperbetulkan jika masih ada kepincangan. Kerajaan sentiasa mengalu-alukan kritkan membina. Jelaslah program impian 100 hari yang mereka uar-uarkan pada konvensyen pekatan pembangkang Ahad lalu, bukanlah perkara baru. Begitulah cekapnya politikus 'menculik' program-program yang kini sedang dilaksanakan dan kemudian mengaku pula ia adalah perjuangan mereka.

Mungkin benar seperti nasihat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa berucap pada konvensyen pakatan pembangkang itu bahawa "janganlah kita untung secupak tetapi rugi segantang dalam pertimbangan..." Masih banyak kelemahan di negeri-negeri yang mereka tadbir - Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan. Perbaiki yang itu dulu dan tunjukkan prestasi. Perhalusilah ucapan Abdul Hadi bahawa 'pakatan pembangkang perlu bermuhasabah diri dengan pencapaian selama ini ketika memerintah beberapa negeri, selain menilai kelemahan dasar dan pelaksanaan masing-masing.

Tanpa diragui, pemimpin adalah pemain utama untuk membangun mahupun menghancurkan agama, bangsa dan negara. Baik pemimpin, baiklah negara. Jahat pemimpjn, ranaplah bangsa. Fikirkanlah.

WIKI LEAK YANG MENAMBAH PARAH SAKIT PINGGANG NIK AJIS

MPG tak kuasa nak cakap apa tengok aje lah video free nie VIDEO PENDEDAHAN USTAZ PAS

Ahad, 19 Disember 2010

BLOG SERIKANDI 7 WIKILEAK EDISI TEMPATAN YANG MEMBOCORKAN ANWAR.

MPG PASTE KAN DI BLOG INI TULISAN DARI SRIKANDI 7 UNTUK TATAPAN PEMBACA BLOG INI, MOGA PENJELASAN INI MEMBERI MANAFAAT KEPADA SEMUA YANG TERTIPU DAN CELARU.

Maka kita  ketemu kembali dilembaran yg semakin panas, panas, panas, kenapa menggelupur, relax lah siapa lah Ummi, bukan perdana menteri ,sekadar hamba Allah yg menjadi saksi kepada segala hipokrasi insan munafik yg tidar sedar-sedar diri bahawa jatuh bangun, kuasa kedudukan, rezeki, ajal maut semuanya dalam kekuasaan ilahi, kun fa ya kun, apabila Allah kata jadi, maka jadilah ya, jadi  mengapa begitu goyah menyuruh penyokong-penyokong tegar mu membelasah blog insan kerdil ini, tetapi sekiranya petunjuk dari mu masih berapi-rapi untuk menyerang kredibilitiku sebagai saksi, mungkin maaf akan ada ledakan bom hiroshima yg lebih dahsyat lagi dari sebelum ini.Mungkin ada bukti-bukti yg lebih ngeri yg tak pernah ku lampirkan sebelum ini.Tunggu................................tapi tak mainlah saksi-saksi palsu, surat-surat hantu, kenyataan-kenyataan merapu,kita berpaksikan ALLAH SWT.YG MAHA BERKUASA MENYAKSIKAN SETIAP PERBUATAN HAMBA-HAMBANYA WALAUPUN DI DALAM LIPATAN SELIMUT DI MALAM YG GELITA.HUH, PANAS, PANAS, PANAS.

Apa pun ada beberapa persoalan di sini, yg perlu kita FIKIR BERSAMA SEDALAM-DALAMNYA, KITA RENUNGKAN SEKETIKA DAN NILAIKAN DIMANA KESAHIHAN JALAN CERITA ATAU SIAPAKAH DIA YG ANDA DEWA-DEWAKAN? APAKAH DIA LAYAK MEMIMPIN KITA SUATU HARI NANTI ATAU MENJADI PENGKHIANAT DI ATAS MUKABUMI INI.
Hilangkan semua emosi benci yg berapi-rapi keatas insan kerdil ini, cuma minta dikupaskan hujah-hujah dan persoalan yg mencengkam hati dan nurani selama ini, kemudian nilaikan siapakah dia.Saya tak penting, bukan saya nak rampas Putrajaya, cuma saya adalah pilihan ilahi untuk menegakkan kebenaran di atas kemungkaran yg cukup jijik, paling hina, paling kotor,paling keji pernah berlaku di atas mukabumi yg bertuah ini dari seorang yg pernah bergelar TIMBALAN PERDANA MENTERI, apalah malangnya kita diuji sedemikian rupa, sudah pasti ada hikmah yg besar disebaliknya.Hanya ALLAH YG MAHA MENGETAHUI. Apapun seperti yg kita semua harapkan, KEBENARAN AKAN MUNCUL, YG HAK TETAP HAK, YG BATIL AKAN LEBUR BERSAMA DEBU-DEBU API MEMBAKAR
HIPOKRASI MEREKA.AMIN.

44 Persoalan yg perlu kita fikirsedalam-dalamnya, KENAPA? KENAPA? WHY n WHY? SIAPA DIA YG SEBENARNYA? LEPAS TU DEPUK DADA TANYALAH SELERA,LU PIKIRLAH SENDIRI.
Tapi kalau masih terus menyokongnya, mungkin anda masih belum mendapat hidayah dari yg MAHA ESA, di atas keangkuhan diri, kebenakan fikiran, hati yg penuh dengan dendam kesumat dan hipokrasi, serta amal ibadat yg mungkin belum mencukupi kadangkala luaran sahaja Islam, masuk waktu tak solat, zikir tak pernah buat, hati busuk , mulut busuk memfitnah orang, mencela orang tanpa bukti, Quran jadi debu tak pernah baca, jadi cahaya muka dan hati menjadi kelam, namun bagi mereka yg melaksanakan kedua-dua luaran dan dalaman, amin amin alhamdulilah anda inshaalah bakal penghuni syurga.

PERSOALAN PERTAMA, ?????????
1) Kenapa pada 31hb Ogos 1998, iaitu 2 hari sahaja sebelum dia dipecat oleh Tun Dr. Mahahthir Mohammed ketika semua menteri kabinet berada di pentas khas di dataran merdeka sempena menyambut Hari kemerdekaan dan setelah selesai perayaan, ketika diserbu oleh para wartawan setelah menghidu satu pergolakan pemecatan akan berlaku , beliau dengan wajah yg berang dan gabra serta masih ketakutan, cuba berlakun dgn hebat mengatakan, SAYA BERDIRI TEGUH DIBELAKANG KEPIMPINAN DATUK SERI DR. MAHATHIR MOHAMMED,( memang dia suka berdiri kat belakang, ha ha, Mujurlah Tun tu Pahlawan dan Negarawan yg hebat yg tiada tolok bandingnya)serta sambungnya lagi , SAYA YAKIN SERTA PERCAYA BAHAWA INI SEMUA ADALAH SATU FITNAH ,ALKONON NAK SEDAPKAN HATI YG BERGELORA KETIKA ITU, huh huh huh hebat lah kau ni, kalau allahyarham P. Ramlee masih hidup dia akan meraung dan meraung tiap hari kerana ada orang boleh berlakun lebih baik dari seniman agung ni. Kalau P.Ramlee menang pelakun terbaik Asia, ingin aku anugerahkan si juburin ni pelakun terbaik dunia di Grammy Award,mantap beb , tak payah Yusuf Haslam cari pelakun lagi, dia anak beranak dah cukup, keluarga 69.Tup, tup selang 2 hari pada 2hb sept 1998, bila kena pecat terus menyalak mcm anjing gila yg belum kena suntik, segala perkataan yg paling dahsyat dan hina dilemparkan kepada tun di seluruh dunia seperti MAHAFIRAUNLAH, MAHAZALIM LAH, MAMAK LAH, mcm-mcm astafirulllahhilazim, tengok tu perangai dia, bila ada jawatan , kipas punya kipas, layan punya layan, lambung punya lambung tapi bila kena buang mcm pelesit terlepas, lupa diri, lupa tuhan.Sepatutnya muhasabah lah diri, kenapa jadi begini, apa aku dah buat atas mukabumi ini,ramai menteri  yg diarahkan berhenti secara terhormat bahkan ada diantara mereka yg juga telah didakwa dimahkamah, tetapi mereka sedar kesalahan diri  atau etika kerja yg perlu dihormati malah masih menghormati Tun sampai hari ini, mcm Tan Sri Rahim, Datuk Sabarudin Chik,  Tan Sri Mat ,even Tun Musa Hitam pun walau sering berlaga pendapat tapi tak lah sampai menghasut rakyat, tak lah sampai berdemonstrasi, tak lah sampai pecah belahkan umat, tak lah sampai buat fitnah yg dahsyat, bahkan beliau juga berada dikedudukan yg sama di puncak kerjaya, tapi tu lah kita orang Islam balik pada Rukun Iman Yg ke 6, percaya pada Qadak dan Qadar, itulah ketentuannya, harus redha,kerana sifat redha ini lebih mulia dari sifat sabar.

PERSOALAN KEDUA,?????????
Kenapa dia mengarahkan Ketua Polis Negara(KPN) ketika itu Tan Sri Rahim Noor menangkap Ummi dan azizan pada 17hb Ogos 1997 setelah surat kami keluar dua minggu sebelum itu. Kau dan azmin kelentong kat orang ramai kata konspirasi, Mahathir dan Arwah Megat upah kami kononnya, tetapi kenapa lah penyokong aljuburin yg tegar ni bahlol bin samdul tak boleh nak berfikir, kalaulah PM dan menteri dalam negeri part of the conspiracy, kenapa pulak ketua polis cekup kami , kan KPN tu dibawah menteri dalam negeri, dan Dr.M masih berkuasa lagi sudah pasti lah kalau aku ni upahan dia,anak emas dia ,sudah pasti nasib aku terbela, untouchable, tak boleh disentuh, sape berani tangkap maklumlah upahan PM alkononnya, kau memang kaki temberang, kau tu yg putar alam, bahlol punya penyokong, otak letak kat pungkok gamaknya.Dan kenapa kau suruh polis seksa kami, paksa kami sign surat bersumpah palsu yg kau dah pun derafkan, diantara kata intipati dlm tu kononnya suruh aku dan azizan mengaku menyesal lah , nak menarik balik pertuduhan lah, kami diupah lah siap letak nama-nama musuh politik kau ketika itu mcm tengku adnan mansur, tun daim, tan sri rahim dato aziz dan beberapa yg lain.Memang setan lah kau ni, dajal segala dajal yg tak kan aku ampunkan sampai hari ni, mentang-mentang kau ada kuasa masa tu , kau buat negeri ni mcm bapak kau yg punya, memang bahasa aku kasar dan kesat, tapi kau buat aku lagi dahsyat mcm seorang penjenayah, mcm monda fendi, kau hantar 50 polis cekup aku, siap dengan segala senjata,semua jiran-jiran tetangga keluar menyaksikan betapa hinanya aku ditangkap, siap dengan pembesar suara lagi jerit nama aku UMMI HAFILDA SILA SERAH DIRI, BABILAH KAU apa ingat aku botak chin, kalimuttu, setan dajal konon nak mengertak aku, peeeerah, sikit aku tak berganjak dari prinsip asal aku, menegakkan kebenaran, kerana aku BERPAKSIKAN TUHAN YG MAHA ESA, bukan hidup dengan duit lendir mcm pompuan tu dan azmin. Sorry lah , kalau hari ni aku diupah 100 juta sekalipun, aku lebih rela jual goreng pisang tepi jalan kalau dah tak de orang nak buat business lagi dgn aku misalnya lah, dari makan rezeki haram yg akan ditanya di dalam kubur nanti.Kau pelesit tak takut mati.Tapi Allah Maha Kaya, selepas setahun surat aku keluar dan setelah segala bukti diperolehi selama 6 bulan siasatan, akhirnya doa insan-insan teraniaya mcm aku dan azizan terjawab oleh Allah , 6 tahun kau kepenjara di atas pertuduhan salah guna kuasa menangkap aku dan azizan.AMIN , AMIN ALLAH ADIL DALAM SEGALA HAL DAN KEADAAN.JADI DIK SAIFUL JANGAN TAKUT, AKAK DAN RAMAI LAGI DI LUAR SANA AKAN MENDOAKAN KEBENARAN MUNCUL DAN KEMENANGAN BESAR BUAT KITA SEMUA.AMIN

(Maaf , kena berhenti jap, nanti sambung balik, ada hal penting, sabar ya, tunggu..............lebih banyak pendedahan yg benar lagi benar,yg rakyat perlu tahu jangan sampai tertipu,doa, doa, doa tolonglah saya sama sama buat solat hajat dan berdoa kalau dulu hanya ibu, diri sendiri dan kakak-kakak serta ipar duai yg tolong doakan tiada doa dari masyarakat, tapi ALLAH BERPIHAK PADA SAYA, ALHAMDULILAH , ALLAH MAHA KAYA, MAHA PELINDUNG,namun sekarang doa anda semua amat diharapkan, mintak ALLAH datangkan kebenaran dengan kadar yg paling segera.amin)

KONVENSYEN PR KE-2 : PR GAGAL MEMBAWA HARAPAN BARU UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Konvensyen PR kali ke 2 di dewan Milenium Kepala Batas hari GAGAL MUTHLAK dalam membawa pembaharuan dan harapan baru rakyat Malaysia. Konvensyen bertemakan 'Ubah Sekarang' menyaksikan setiap parti menghantar 600 wakil dari parti masing-masing.Ucapan dan perbahasan banyak berkisar kepada tiga perkara utama iaitu
Pertama, mengukuhkan solidariti parti-parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS-PKR-DAP.

Kedua, mempamerkan keupayaan Pakatan Rakyat kepada seluruh rakyat negara ini melalui kejayaan yang telah ditunjukkan oleh negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Dan ketiga, membincangkan persiapan Pakatan Rakyat berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Konvensyen PR kali ke 2 ini GAGAL menawarkan rakyat satu polisi tentang keupayaan Pakatan Rakyat khususnya sebagai parti yang mampu menggantikan BN memerintah negara, PAS gagal untuk meletakkan ISLAM sebagai rujukan dan panduan pemerintahan negara jika PR berjaya merampas Putrajaya, malah tiada seorang pun dari perwakilannya yang di beri peluang untuk berbahas dengan berani, istikamah, lantang dan secara terang mengupas soal ini, semuanya hanya berlindung kepada Perlembagaan Persekutuan sedia ada. Kalau begini kemampuan PAS dalam PR lebih baik keluar sahaja dari PR dan teruskan sebagai Parti tunggal yang memperjuangkan Islam secara istikamah insyaalah akan di berkati Allah. Ramai orang Melayu Islam akan menjadi pengikut dan kembali mengikut serta menjadi Parti alternatif kepada UMNO.

Dalam Perbahasan dan kupasan mengenai Kekukuhan PR, semua pembahas tidak ikhlas menyatakan perkara yang sebenar,mereka semua cuba berselindung dan menyembunyikan hakikat bahawa antara mereka wujud jurang yang amat dalam terutama dalam soal menentukan siapa yang dominan di dalam PR. Mereka cukup sedar bahawa PR ada sekurang-kurangnya 7 Nakhoda (Hj.Hadi Awang, Nik Aziz, Wan Azizah, Anwar Ibrahim,Lim Kit Siang,Lim Guan Eng dan Karpal Singh). Dalam hal ini rakyat seharusnya membuka mata hati untuk melihat apakah bentuk polisi atau harapan baru yang di canangkan hendak di bawa oleh PR jika soal memilih ketua di kalangan mereka juga belum ada penghujungnya, apakah dengan melantik Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang hari ini akan menjanjikan dan menjadikan Anwar sebagai PM jika PR menang Pilihanraya Umum ke 13?.PM bukan atas tiket lantikan seperti melantik Anwar jadi ketua Umum PR, jawatan yang tiada dalam perlembagaan Parti PKR sendiri, malah Anwar tak layak jadi PM kerana dia bukan ketua atau Presiden atau Setiausaha Agong mana-mana Parti.Tidak tahulah kalau dalam Konvensyen PR kali ke 2 ini meluluskan satu resolusi pembentukan Republik Malaysia dan Presiden Republik Malaysia yang pertama adalah Anwar Ibrahim. PKR SENDIRI GAGAL MENJELASKAN SIAPA PRESIDEN PKR YANG SEBENARNYA.

DAP Pulau Pinang pula melalui Ketua Menteri Pembohongnya bercerita soal 100 hari pemerintahannya yang kononnya mengamalkan prinsip CAT dan pemerintahan ala Khalifah Umar Abdul Aziz, hakikatnya semuanya omong kosong selepas 100 hari. Mungkin juga Lim Guan Eng hanya minat tadbir Penang selama 100 hari sahaja. Akhirnya rakyat akan melihat Lim Guan Eng dan kerajaan DAP Penang hanya kerajaan cakap tak serupa bikin.

Kesimpulannya Konvensyen PR kali ke 2 tidak mampu untuk meyakinkan Rakyat bahawa PR adalah Parti Alternatif terbaik kepada kerajaan sedia iaitu Barisan Nasional untuk memacu negara dan Rakyat kepada arah kehidupan yang lebih Baik,Selamat dan Sejahtera di dunia dan Akhirat.





Sabtu, 18 Disember 2010

DAP-PAS-PKR BERKONVENSYEN UNTUK PUTUSKAN CALON PRK TENANG (N5)

Konvensyen kebangsaan pakatan pembangkang di Pulau Pinang Ahad ini akan diamati dengan penuh minat untuk mencari petunjuk mengenai cara gabungan PKR-PAS-DAP itu membuat persiapan menghadapi Pilihan raya Kecil N5 (DUN Tenang). Yang mempunyai pengundi seramai 14,511. dengan pecahan kaum Melayu 49.59%, Cina 38.24% dan India 12.07%.

Sesungguhnya MPG percaya ketiga-tiga parti tersebut pastinya akan bermati-matian untuk merebut kerusi tersebut. PAS pastinya akan mengeluarkan dalil dan fatwa bahawa Partinya yang paling layak bertanding kerana pada PRU 12, berlaku peningkatan undi PAS sebanyak lebih 6,000 undi berbanding PRU 11 ( PRU 11 BN menang majoriti 8,649, manakala PRU 12 BN menang dengan majoriti 2,492). Atas perkiraan ini pastinya PAS akan merasakan PRK kali ini mereka akan dapat menakluki kerusi DUN Tenang.

PKR pula pastinya akan mempertaruhkan Pengerusi PKR Negeri Johor, Chua Jui Meng sebagai "tools" untuk meraih sokongan pengundi Cina yang berjumlah 38.24%  iaitu kira-kira 5,560 orang pengundi cina dan Anwar sendiri akan sekali lagi memperalatkan kaum India (serupa yang terjadi pada hindraf) untuk meraih sokongan masyarakat India seramai lebih kurang 1,750 orang (12.07%).Pada pengiraan PKR undi kaum Cina dan India ini akan dapat mengalahkan majoriti melayu sebanyak 49.59 % itu.

Bilamana jika semua pengundi Cina dan India mengundi PKR jumlah peratusanya adalah sebanyak 50.31%. satu-satunya cara untuk meraih undi Cina dan India ini pastinya PKR akan terus memainkan isu Perkauman dan DEB. Untuk undi kaum Melayu PKR sudah yakin sekurang-kurangnya 20% dari pengundi melayu akan menyokong PKR. Dalam congak Anwar sekurang-kurangnya 70% pengundi DUN Tenang akan memberi undi kepada pembangkang.

Untuk BN jangan  sangka Air Tenang tiada Buaya. Kemerosotan majoriti dalam PRU 12 lalu harus di selidiki dan di perbaiki.Jentera Pilihanraya perlu agresif dan kreatif.Tidak boleh lagi terlalu Definsif, terlalu banyak bertahan menyebabkan kita terjaring gol sendiri.ghani othman jangan banyak songel, pilih calon yang di senangi rakyat Tenang bukan calon kroni.

Jumaat, 17 Disember 2010

SERANG FELDA OLEH PEMBANGKANG, POLITICAL MILAGE BUAT KERAJAAN BN

Terima kasihlah Mazlan Aliman yang selama ini menyalak menabur fitnah kononnya FELDA zalim kepada peneroka. Kerana tuduhan itu kerajaan TERPAKSA mendedahkan segala usaha yang telah di buat bagi menjawab tuduhan , walaupun kerajaan sebenarnya tidak mahu bermegah dengan pertolongan kepada rakyat, kerajaan cuba mengikut perumpamaan tangan kanan memberi ,tangan kiri di sembunyikan, tapi kerana ada mahluk macam Mazlan Aliman yang buta mata dan buta hati maka  perkara sebegitu tidak boleh lagi di lakukan. Mazlan Aliman ini umpama ikan dalam air yang sedang mencari air, dia tidak dapat berfikir dengan waras apa yang telah FELDA telah lakukan dahulu bagi  menyelamatkan emak bapak dia dari miskin melarat.

MPG sertakan di sini artikel Panglima Perang Cyber bagi membuktikan bahawa FELDA terlalu berjasa kepada rakyat khususnya bangsa melayu. Bacalah dengan mata hati.

KEMUDAHAN KEPADA WARGA PENEROKA
Pelbagai program telah dilaksanakan di rancangan dan wilayah melibatkan penyertaan semua warga peneroka. Tumpuan aktiviti adalah kepada pendidikan, kesihatan, kerohanian dan pengukuhan institusi keluarga.

PENDIDIKAN
 Dalam bidang pendidikan, penumpuan diberikan dalam pelaksanaan Pusat Literasi Keluarga (PLK) bagi kanak-kanak 3 hingga 5 tahun.Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) FELDA, Pusat Tuisyen Wilayah dan Skim Tuisyen FELDA (STF) yang dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Program kemahiran generasi kedua diteruskan bagi melatih mereka dalam pelbagai bidang kemahiran di peringkat sijil dan diploma.

Di samping itu, pelbagai bentuk bantuan dan pinjaman turut disediakan bagi kemudahan warga peneroka. Kemudahan-kemudahan yang disediakan ini telah membantu meningkatkan pencapaian pendidikan dan kualiti hidup warga FELDA.

Penekanan dalam Modal Insan untuk generasi baru diteruskan melalui aktiviti-aktiviti kepimpinan, kursus dan latihan, program kerohanian, sukan dan kebudayaan serta badan sukarelawan. Melalui penglibatan dalam program yang dilaksanakan telah berjaya meningkatkan sahsiah dan jati diri serta bebas dari gejala sosial.

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK):
PDK ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan tempat bagi anak-anak istimewa di rancangan dan mereka akan diajar tentang kemahiran hidup. Kemudahan yang disediakan termasuk bangunan, kelengkapan dan peralatan yang sesuai serta tenaga guru dan penjaga/pengasuh. Dengan cara ini mereka diajar menguruskan diri dan secara tidak langsung berinteraksi antara satu sama lain. 

Pusat Literasi Keluarga (PLK)
PLK ini ditubuhkan sebagai tempat pembelajaran awal anak-anak peneroka berumur di antara tiga (3) hingga lima (5) tahun bertujuan untuk menggalakkan mereka berinteraksi sebagai persediaan memasuki Tadika. Kanak-kanak di peringkat umur ini perlu diberi pendedahan awal supaya merangsang minda mereka melalui aktiviti :
1) mencungkil kreativiti
2) membina personaliti
3) kemahiran berinteraksi
4) kemahiran sosial

PERMATA
Pusat PERMATA ditubuhkan dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri (JPM) merupakan usaha FELDA untuk memastikan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak sentiasa diberi keutamaan. Pusat ini diwujudkan bagi kanak-kanak di rancangan yang berumur 5 tahun ke bawah (pra Tadika). Tenaga pengajar di pusat ini terdiri daripada golongan profesional/pemegang ijazah dan berkemahiran mengajar dalam Bahasa Inggeris. 

Projek PERMATA telah bermula pada tahun 2007 di Feldajaya Mempaga (Mac) dan Chini Timur Tiga (Julai) melibatkan kanak-kanak yang berusia di antara 1 hingga 4 tahun. Aktiviti yang dijalankan di PERMATA turut melibatkan peranan ibu bapa. Selain menjalankan aktiviti untuk kanak-kanak di bawah umur 4 tahun, PERMATA juga akan dijadikan Pusat Kecemerlangan Pendidikan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat bagi Warga FELDA.
Asrama Semai Bakti (ASB)
Asrama Semai Bakti FELDA telah ditubuhkan pada tahun 1975 bagi menempatkan pelajar generasi baru FELDA di kalangan anak-anak peneroka dan kakitangan dari tingkatan satu (1) hingga lima (5). ASB dibina bertujuan memberi peluang kepada mereka untuk mendapat pendidikan yang sempurna di bandar-bandar utama. Pelajar-pelajar yang ditempatkan di ASB FELDA akan mendapat pendidikan di sekolah-sekolah terpilih di bandar. Selain dari kemudahan asrama, FELDA juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan ke sekolah, kelas tambahan dan lain-lain keperluan pelajar.

Dengan kos pembinaan berjumlah RM21.7 juta, sebanyak tiga (3) buah asrama beroperasi pada tahun 2009:

Asrama Semai Bakti Kuala Lumpur (ASBKL)
Asrama Semai Bakti Johor Bahru (ASBJB)
Asrama Sri Semai Bakti Kuantan (ASSBK).

Semua kos perbelanjaan pelajar ditanggung oleh FELDA meliputi kos penginapan, pembelajaran termasuklah kos tuisyen, kegiatan kokurikulum, pengangkutan dan sebagainya. Seramai 12,030 orang pelajar telah dilahirkan daripada Asrama Semai Bakti FELDA sejak ditubuhkan pada tahun 1975 sehingga Disember 2009.

Skim Tuisyen FELDA (STF)
Matlamat STF ialah untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar-pelajar rancangan dalam peperiksaan utama iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

Program Skim Tuisyen FELDA 2008 (STF) telah dimulakan pada 1 Februari 2008 di semua sekolah rendah dan sekolah menengah dalam Rancangan. Sebanyak 370 buah sekolah yang terlibat iaitu 100 buah sekolah menengah dan 270 buah sekolah rendah. Seramai 58,966 pelajar yang terlibat seperti pecahan berikut:
Tahap             Bilangan
Tahun   5        14,351
Tahun   6        15,357
Tingkatan 3     14,579
Tingkatan 5     14,679

Jumlah            58,966
Guru pakar dari sekolah luar turut disediakan untuk Tuisyen Bahasa Inggeris bagi meningkatkan penguasaan bahasa tersebut di kalangan anak-anak peneroka.
Pusat Pembelajaran Sains (PPS)
FELDA dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menubuhkan Pusat Pembelajaran Sains (PPS) pada tahun 2008. PPS merupakan satu projek khas bagi membantu pelajar FELDA yang mengikuti aliran sains tulin. 

PPS dilaksanakan di mana KPM menyediakan kemudahan infrastruktur iaitu bangunan, sekolah dan asrama, guru dan sukatan pelajarandan FELDA bertanggungjawab membiayai perbelanjaan elaun guru tuisyen, elaun penyelaras PPS, program–program tambahan seperti program topping-up, prep-class, program motivasi dan lawatan serta program bina insan dan pembangunan sahsiah.

PPS menyediakan program pembelajaran sains yang lebih terancang dengan kemudahan asrama dan tuisyen mulai Tingkatan empat (4).  Kelas tuisyen selama dua (2) jam seminggu ditumpukan kepada subjek sains tulin iaitu Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris.
Pelaksanaan Kelas Aliran Sains Tulin telah dimulakan pada bulan Febuari 2008 di 10 buah PPS bagi pelajar-pelajar dari kalangan anak–anak peneroka lepasan PMR yang memperoleh gred C dalam mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
Selain perbincangan dan bimbingan kepada pelajar seperti kelas tuisyen dan program topping-up, pelbagai aktiviti diselaraskan di PPS antaranya ialah program motivasi dan lawatan Career Explorer Camp  ke Petrosains di Pusat Latihan Petronas dan Akademi Laut Malaysia (ALAM), Melaka. Manakala untuk guru diadakan bengkel guru PPS bersama guru best practioner iaitu seorang guru bagi setiap subjek PPS (Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Bahasa Inggeris).

BANTUAN DAN PINJAMAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE IPTA/IPTS:

Selain kemudahan pendidikan, FELDA juga memberikan bantuan dan pinjaman kepada pelajar-pelajar yang layak dan cemerlang dalam bidang pendidikan.  Pelbagai bantuan disediakan bertujuan sebagai galakan dan membantu mereka mendapatkan kelulusan yang tertinggi.
Bantuan Pelajaran Tinggi

Skim Bantuan Pelajaran Tinggi diberikan kepada anak-anak peneroka yang layak dan berjaya melanjutkan pengajian mereka ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh kerajaan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma serta mengikuti pengajian sepenuh masa. 

Bantuan ini diberi untuk meringankan beban kewangan serta menggalakkan mereka meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Skim Pinjaman Pelajaran Tinggi FELDA (SPPTF):
SPPTF ini diberikan bagi membantu anak peneroka mendapat sumber pembiayaan bagi meneruskan pengajian mereka di institusi pengajian tinggi. Pinjaman ini layak kepada semua anak peneroka yang bersama FELDA yang menuntut di IPTA/IPTS seluruh negara dan juga ditawarkan kepada mereka yang tidak menerima bantuan kewangan dari mana-mana pihak.
Biasiswa Kumpulan FELDA:
Pada tahun 2008, FELDA telah menawarkan sebanyak 20 tempat untuk Anugerah Dana Khas Pelajar Cemerlang 2008 pelajar lepasan SPM 2007 yang terdiri daripada anak peneroka dan anak kakitangan FELDA. Daripada jumlah tersebut, hanya seramai 14 pelajar yang didapati layak dan dihantar mengikuti program persediaan di beberapa institusi seperti berikut

Pada tahun 2009, FELDA telah mula menghantar pelajar ke luar negara. Seramai 36 pelajar telah dihantar ke Amerika Syarikat, United Kingdom dan Ireland bermula Ogos sehingga Oktober. Pecahan pelajar mengikut negara adalah seperti berikut :

LATIHAN KEMAHIRAN GENERASI BARU FELDA

OBJEKTIF PROGRAM
Program Latihan Kemahiran Generasi Baru dilaksanakan mulai tahun 2005 khusus bagi Generasi Baru peneroka lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum mempunyai pekerjaan tetap dan masih berada di rancangan.  

Program ini disediakan bagi melatih generasi baru dalam pelbagai bidang sebagai persiapan mendapatkan peluang pekerjaan yang sesuai apabila tamat menjalani latihan.  Setiap tahun FELDA memperuntukan sejumlah RM50 juta bagi program tersebut.

KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN
Latihan Kemahiran kepada generasi baru dilaksanakan dalam 3 peringkat iaitu sijil, diploma dan ijazah. Program ini diadakan dengan kerjasama Agensi Kerajaan dan FELDA sendiri seperti GiatMARA, Institut Kemahiran MARA (IKM), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan Prodata.  

Kursus diperingkat sijil dibiayai sepenuhnya oleh FELDA meliputi tahap 1, tahap 2 dan tahap 3 yang menyediakan program kemahiran asas, pertengahan dan lanjutan dalam pelbagai bidang. 

Kursus peringkat diploma pula dijalankan di Universiti atau Kolej dan pusat latihan bertauliah yang diiktiraf di seluruh negara seperti Nilai University College, Akademi Laut Malaysia, UNITAR, UITM dan lain-lain.

Bagi kursus di peringkat sijil, FELDA menanggung sepenuhnya kos pembiayaan kursus manakala peringkat diploma dan ijazah, ia dibiayai dalam bentuk pinjaman tanpa faedah. Bayaran balik pinjaman hendaklah dilakukan oleh pelajar setelah 3 bulan tamat pengajian masing-masing.
GAMBAR TAMBAHAN :





Khamis, 16 Disember 2010

EPISOD HITAM PARLIMEN MALAYSIA

Amat memalukan sekali kesudahan dewan yang bersidang selama 35 hari ini dengan insiden yang di cetuskan oleh puak pembangkang. Dari mula persidangan pagi ini hingga ke akhirnya Wakil Rakyat dari Pembangkang ini tidak menghormati dewan dengan membuat kacau, bising dan provokasi agar usul untuk menggantung ketua pembangkang tidak dapat di bacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

Apapun tahniah kepada Speker dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menggunakan perkara (44) peraturan mesyuarat untuk meluluskan usul tersebut tanpa perbahasan, kerana memang wajar mereka ini tidak patut di layan kerana bersifat seperti monyet di dalam parlimen. Hasilnya 4 ahli parlimen termasuk ketua pembangkang di gantung 6 bulan dari menghadiri persidangan.

Insiden yang berlaku memperlihatkan  wakil rakyat pembangkang ini mempunyai mentaliti kelas rendah, mereka terlalu taksub terhadap ketua pembangkang dan memang berniat untuk menjatuhkan negara, tidak menghormati prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Mereka lupa bahawa mereka di pilih oleh rakyat untuk menjadi check and balance kepada kerajaan dalam mengubal undang-undang untuk kesejahteraan rakyat bukan untuk menjahanamkan.

cerita lanjut klik sini - artikel aspirasi bangsa

Ahad, 12 Disember 2010

ANWAR BAKAL JUTAWAN MENGATASI BILL GATES


Gemapr!!!!Pendedahan Wikileaks bakal menjadikan Anwar al-Juburi antara orang terkaya di planet ini. Berita ini sungguh mengembirakan pasukan peguam-peguam al-Juburi yang di KEPALAI oleh Karpal Singh dan berita ini juga turut di kongsi oleh termasuk Presiden Majlis Peguam.

Selain akan menjadi PM Republik Malaysia selepas PRU 14 nanti, Anwar juga akan di nobatkan PM paling kaya di planet ini dan tentunya akan mengalahkan rekod yang di pegang oleh Firaun yang bernama Qarun KISAH QARUN

Menurut akhbar Australia, The Sun-Herald, Wikileaks mendedahkan bahawa pegawai perisikan Singapura dan menteri kanan Lee Kuan Yew telah memberitahu pejabat Agensi Perisikan Australia bagi Penilaian Nasional (ONA), bahawa "ketua pembangkang Anwar 'memang melakukan dakwaan perilaku yang sedang dihadapinya'. "

Dokumen tersebut menyatakan bahawa mereka memberitahu ONA bahawa mereka membuat penilaian ini berdasarkan ''technical intelligence", yang menurut The Sun-Herald berkemungkinan berkaitan dengan komunikasi yang dipintas.

Punca pendapatan Anwar al-Juburi sehingga jadi Jutawan No.1 dunia.
1. Menang saman ke atas Wikileaks.
2. Menang saman ke atas akhbar the Sun-Herald.
3. Menang saman ke atas akhbar Utusan Malaysia dan bloger-bloger yang menyiarkan berita dari wikileaks.
4. Hasil dari Kerja-kerja Punahsebat Ekonomi Negeri Selangor.
5. Menang saman ke atas bekas PM Malaysia ke 4.
6. Jual Negara kepada Yahudi.
7. Menang saman ke atas PM Najib
8. Menang saman ke atas lebih 28 juta rakyat Malaysia yang tak bagi dia jadi PM dalam PRU 13 lalu.

Jumaat, 10 Disember 2010

MAJLIS PEGUAM YANG HARAMJADAH

Sebagai sebuah pertubuhan atau persatuan yang mengumpulkan pengamal undang-undang seharusnya pertubuhan atau persatuan itu berpaksi kepada keadilan mengikut tarifan undang-undang. Tugas mereka ini bukan sahaja mempastikan kedaulatan undang-undang terpelihara malah dengan perlaksanaan undang-undang tersebut negara dan rakyat akan sejahtera dan aman.

Malangnya sejak Majlis Peguam ini di kuasai oleh segelintir mereka yang berminat atau sangat cenderung dalam politik maka Majlis Peguam ini di lihat seolah-olah parti politik pula, ini semua kerana ada segelintir Presiden yang di lantik menggunakan isu politik untuk menaikkan namanya sebelum ini bila Presiden Majlis tidak terlibat dalam isu politik nama majlis peguam tidak lah popular sangat tapi sejak Ambiga Sreenevasan hinggalah sekarang ni Ragunathan Kasavan nama Majlis Peguam "bar counsel" makin hangit di pertikaikan kerana biasnya.  Kerana tindakan mereka inilah kredibiliti Majlis Peguam amat di ragui, kerana tindakkan mereka inilah Majlis Peguam menjadi Haramjadah.

Di sini disertakan surat terbuka MEZA dari Sungai Buloh untuk menyokong tulisan MPG.

Surat untuk Ragunath Kesavan

PRESIDEN Majlis Peguam, Ragunath Kesavan dilaporkan telah menuduh polis menggunakan kekerasan ketika demonstrasi perarakan yang dikepalai oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Saya tidak menggunakan perkataan diketuai kerana sebagai seorang Menteri Besar beliau sebenarnya tidak layak untuk menjadi ketua. Yang layak hanya sebagai kepala sahaja.
Sama seperti kepala kereta api dan macam-macam kepala lagi.

Namun bukan mengenai Menteri Besar Selangor yang hendak saya persoalkan. Orang yang tak layak menjadi ketua tidak layak untuk diperbicarakan.


Perkara yang hendak dipersoalkan adalah perihal Presiden Majlis Peguam ini. Bagi saya Ragunath juga tidak layak untuk menjadi ketua kepada Majlis Peguam kerana beliau secara tidak langsung telah menghalalkan tindakan seseorang seperti Khalid itu. Ragunath telah menuduh pihak polis melakukan kekerasan ke atas pendemonstrasi jalanan dan tahukan beliau tindakan pihak polis itu sebenarnya tidak akan berlaku sekiranya Khalid tidak melanggar undang-undang dengan mengadakan demonstrasi tanpa permit dari pihak polis?
Kenapa tindakan polis yang harus dipersoalkan sedangkan kesalahan Khalid menganjurkan demonstrasi haram itu tidak pula dipersalahkan?

Ragunath, kalau saudara ada cita-cita untuk menjadi wakil rakyat dan berharap pihak PKR (Parti Keadilan Rakyat) mencalonkan anda sebagai calon mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 sekalipun, janganlah menghalalkan perkara yang salah dan menyalahkan orang lain yang bertungkus lumus menegakkan undang-undang yang dipelopori oleh kebanyakan peguam.
Saya berkata demikian kerana ada segelintir peguam yang tidak faham undang-undang yang mereka pelajari dan kerana itu mereka melakukan perkara-perkara yang melanggar etika seorang peguam.

Sebab itulah pihak Majlis Peguam tidak berani bertindak ke atas peguam yang dituduh membunuh seorang jutawan kosmetik satu ketika dulu. Presiden Majlis Peguam bila didesak untuk bertindak berkata, Majlis Peguam tidak punya kuasa untuk bertindak. Tapi bagaimana pula Presiden Majlis Peguam boleh menuduh pihak polis bertindak kasar ke atas pendemonstrasi sedangkan demonstrasi itu sendiri diadakan secara haram?

Niat membunuh adalah satu kesalahan di sisi undang-undang. Baru niat pun dah kira salah, inikan pula melakukan sesuatu yang terang-terangan menyalahi undang-undang.
Berhimpun beramai-ramai tanpa permit dari pihak polis adalah satu kesalahan. Kalau buat juga, bermakna telah melakukan kesalahan. Kalau itu pun pihak Majlis Peguam yang berpresidenkan Ragunath kurang arif, maka saya berpendapat benarlah saudara Ragunath ini tidak tahu undang-undang. Sepatutnya beliau harus melepaskan jawatan sebagai Presiden Majlis Peguam. Ragunath tidak layak digelar seorang peguam kerana seorang peguam seharusnya menegakkan undang-undang bukan mencabulinya.

Bersekongkol dengan Khalid yang telah berjanji dengan pihak polis untuk tidak berdemonstrasi dan beliau diiring pihak polis ke Istana Negara. Tapi Khalid mungkir janji. Anda telah bersubahat dengan pihak yang melanggar undang-undang negara, dan anda tidak merasa malu untuk memanggil diri anda sebagai Presiden Majlis Peguam Malaysia.
Jika inilah karekter dan hati budi seorang peguam, saya percaya kelak negara akan ditadbir oleh samseng-samseng jalanan yang menegakkan sesuatu yang salah dan menghalalkan sesuatu yang haram.

Bagi seorang samseng, mana ada halal dan haram. Yang ada adalah apa yang mereka mahu mereka dapat. Kepada pendemonstrasi jalanan, janganlah jadi lembu yang dicucuk hidung dan menyusahkan ratusan ribu orang yang tidak bersalah dan berkepentingan lain hanya kerana anda beranggapan anda akan mendapat sedikit habuan bila kepala samseng ini berjaya kelak.
Ingatlah, suatu hari nanti anda juga akan balasan ke atas apa yang telah anda lakukan.
Kepada pihak polis, jalankan tugas anda tanpa takut dan ragu.


Lagi surat terbukabuat Majlis peguam oleh M. HANAFIAH A. SAMAD Parit Yusof, Muar, Johor
KLIK SINI

Selasa, 7 Disember 2010

PIAGAM BARISAN NASIONAL 2010

KAMI Pewaris Bangsa, memperakui betapa para pengasas negara bersatu hati dan berganding bahu, dalam menubuhkan Parti Perikatan demi memperjuangkan kemerdekaan negara dan mencipta prinsip permuafakatan demi kemakmuran bersama.

Hari ini, kami anak Malaysia, pendukung Barisan Nasional, berhimpun atas satu semangat, mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara, mendukung Perlembagaan Persekutuan, Institusi Raja Berperlembagaan dan Sistem Demokrasi Berparlimen serta mengamalkan prinsip-prinsip asas Rukun Negara, bertekad dan berjanji serta berikrar, meneruskan perjuangan untuk bangsa dan negara, berteraskan kepada prinsip-prinsip berikut:

Pertama, menjunjung keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, menghormati hak dan keistimewaan setiap rakyat di sisi undang-undang, menjamin kebebasan institusi kehakiman dan membanteras jenayah bagi menzahirkan sebuah masyarakat yang aman, stabil, makmur dan selamat.

Kedua, mempereratkan lagi hubungan antara kaum dan lapisan masyarakat, mencegah dan menentang segala bentuk ekstremisme dan rasisme, demi memupuk perpaduan bagi sebuah masyarakat majmuk berteraskan gagasan 1Malaysia.

Ketiga, meneruskan usaha memajukan ekonomi negara melalui peningkatan daya saing, di samping memberikan komitmen terhadap pembahagian ekonomi yang adil dan mengekalkan kelestarian alam sekitar, menggalak penyertaan semua kaum dalam setiap bidang ekonomi dengan seimbang, demi memastikan nikmat kemakmuran dan kekayaan negara dapat dikecapi bersama.

Keempat, menjamin pendidikan berkualiti bagi semua, memperkasakan pembudayaan ilmu pengetahuan, sebagai asas pembentukan modal insan yang berketerampilan serta memastikan pendidikan kebangsaan menjadi wahana utama pembentukan insan yang mulia demi pengukuhan perpaduan nasional

Kelima, meneruskan tradisi membela rakyat dengan mengutamakan pembangunan ekonomi dan kebajikan sosial, peningkatan infrastruktur asas yang menyeluruh, serta menjadikan peningkatan kualiti hidup rakyat, sebagai penanda aras utama prestasi kerajaan Barisan Nasional.

Keenam, memajukan institusi keluarga, menggalakkan penyertaan wanita, belia, orang kurang upaya dan isi rumah secara berkesan dalam pembangunan sosioekonomi negara, serta memperkasa peranan golongan muda dan masyarakat sivil sebagai rakan utama dalam pembinaan negara; dan

Ketujuh, mendukung prinsip tadbir urus yang baik dan menolak amalan rasuah, menyokong dan membantu meningkatkan integriti dan kecekapan agensi kerajaan dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, dan menghayati konsep "Rakyat Didahulukan" sebagai asas pengwujudan kerajaan yang mengutamakan pencapaian dalam memenuhi keperluan dan harapan rakyat.

Inilah ikrar dan tekad kami, pendukung Barisan Nasional, demi kesejahteraan semua rakyat dan generasi akan datang, dalam meneruskan perjuangan murni mewujudkan perpaduan, kestabilan dan kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum dan agama, dengan keazaman semangat 1Malaysia, dengan mendahulukan rakyat, kami berikrar dan bertekad mencipta kejayaan yang lebih gemilang, bagi negara Malaysia.

Isnin, 6 Disember 2010

UKWAH DAN KASIH SAYANG

Salam Ma’al hijrah kepada semua peminat dan pembaca blog melayupasirgudang.blogspot.com. Sempena dengan kedatangan Muharam ini MPG ingin berkongsi tulisan Yang Berbahagia Datuk Aziz Jamaludin Mhd Tahir, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (Yadim). Untuk kita sama –sama mengambil pengajaran dan teladan serta merenung ke dalam diri , fikir-fikirkanlah.

Perkembangan yang berlaku dalam senario sosio-politik negara perlu menjadi teladan dan iktibar yang boleh membantu memperkukuhkan kedudukan umat Islam. Pada masa sekarang, umat Islam di Malaysia, meskipun merupakan hampir 60 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk dan menjadi penganut majoriti, persoalan sosio-politik sesama Islam masih tidak menggambarkan sebuah perpaduan yang kuat dan mapan.

Akibat sengketa ingin mendapatkan kuasa, umat Islam telah berpecah sekurang-kurangnya kepada tiga kelompok. Kelompok pertama ialah yang taksub dengan ikon agama dan sentiasa menjadikan agama sebagai modal politik. 

Bagi kelompok pertama, kerana terlalu memikirkan bahawa Islam adalah agama yang sempurna dan lengkap, maka usaha mereka adalah untuk kembali kepada konsep kehidupan yang asal, sebagaimana dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW. Mereka tidak lagi memikirkan bahawa ada sesetengah keadaan, apa yang berlaku dan dihadapi masyarakat masa kini tidak lagi mempunyai persamaan dengan masa yang dilalui oleh Rasulullah SAW.
Mereka tidak berusaha memecahkan persoalan dengan berfikir kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah, sebaliknya menggunakan kaedah yang terlalu simplistik dan menghukum.

Cara penyelesaian sedemikianlah membentuk imej buruk kepada Islam sehingga dipandang sebagai golongan fundamentalis, konservatif dan taksub. Bermula dari tanggapan tersebut, ia membawa kesan yang meluas sehingga menjadikan Islam itu sebagai sesuatu yang menakutkan atau fobia. Ia turut memberikan ruang pertuduhan yang lebih besar bahawa setiap apa yang berlaku, terutamanya yang berbentuk negatif mempunyai kaitan dengan Islam. Faktor keagamaan telah menjadi sasaran kemunduran, keganasan, kebencian dan konflik antara kelompok.

 Kelompok kedua ialah mereka yang melihat agama sebagai suatu dasar perjuangan tetapi melakukan perancangan lebih berstrategik bagi mengelakkan setiap tindakan yang diambil boleh menjejaskan imej Islam. Kesederhanaan dalam membuat ulasan dan pandangan akan membolehkan setiap yang mendengarnya boleh memahami secara jelas. Kesederhanaan juga menyebabkan minda masyarakat boleh menerima pandangan dan pendapat orang lain. Daripada pandangan dan pendapat orang lain itulah akan membantu seseorang itu melihat sesuatu perkara secara lebih terbuka dan bermanfaat untuk kesejahteraan manusia secara keseluruhan.

Kelompok yang ketiga ialah mereka yang hanya sekadar dilahirkan sebagai penganut Islam, tetapi tindakan dan amalannya tidak menggambarkan sifat sebagai orang Islam sejati.
Kelompok ketiga ini merupakan mereka yang hampir tercabut akar agama dan sering memuja bentuk budaya yang dikembangkan melalui penjajahan budaya, pencerobohan minda dan penerobosan fahaman-fahaman baru seperti liberalisme, keindividuan, simplistik dan hak asasi sehingga menampakkan peranannya sebagai khalifah Allah SWT sepanjang hayatnya menjadi semakin kecil dan kerdil. Fikiran dan seluruh kehidupannya hanya tertumpu kepada pencapaian peribadi, keunggulan kelompok dan kemewahan material. 

Persoalan politik juga menarik perhatian kerana ada pihak yang sanggup “menghalalkan” apa sahaja tindakan asalkan boleh memberikan sedikit kelebihan. Misalnya, ada pihak yang sanggup membenarkan bukan Islam memetik dan berucap menggunakan ayat-ayat al-Quran untuk mempengaruhi umat Islam kepada kehendak politiknya. Ayat-ayat al-Quran dipetik secara bebas dan ditafsirkan berdasarkan konteks dan pemahaman tertentu, tidak merujuk kepada latar belakang sesuatu ayat itu diturunkan. Setiap ayat yang diturunkan, adalah wahyu dan mempunyai konteksnya yang jelas, maka mengutipnya secara bebas dan di luar konteks merupakan satu bentuk penyelewengan.

Ketibaan Muharam pada tahun ini perlu diberikan iltizam baru, agar setiap umat Islam kembali kepada prinsip kesederhanaan.Kembali kepada prinsip pemufakaat politik dan sosial yang dirintis oleh pemimpin terdahulu bukan bermakna kembali melihat kepada zaman ideal. Meneliti fakta sejarah bahawa antara tiga kaum saling bertolak ansur, menerima dan mengakui hak setiap kaum adalah prinsip yang jelas tidak melanggar konsep kehidupan bermasyarakat dalam Islam. Kembali memahami bagaimana Rasulullah SAW melakarkan sebuah masyarakat madani melalui Piagam Madinah adalah sesuatu yang boleh kita jadikan iktibar, kerana sejarah akan terus mengulangi kesilapan manusia, kecualilah bagi mereka yang benar-benar berfikir dan mahu menggunakan akalnya.

Dengan semangat baru, semangat yang diteladankan melalui penghijrahan Nabi Muhammad SAW lebih seribu empat ratus tahun lalu, Islam akan muncul sebagai agama yang kuat dan dihormati oleh lain-lain penganut. Syaratnya mudah, setiap umat Islam perlu menjadikan semangat hijrah itu sebagai titik perubahan. Berubah menjadi sebuah bentuk masyarakat yang menyanjung tinggi semangat toleransi, menghormati orang lain (bukan menjadi pengikut buta), berusaha dengan gigih mencapai kejayaan dalam setiap lapangan dan menggunakan akal yang sihat mencipta tamadun baru.

Itulah sebenarnya apa yang ditegaskan oleh Allah SWT melalui firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang beriman, orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-Baqarah: 218)

Tentunya prinsip yang paling asas sekali dalam kehidupan ialah kasih sayang. Maka dalam semangat hijrah ini, setiap umat Islam perlu membina jambatan kasih sayang, dengan meletakkan kasih sayang kepada Allah SWT sebagai tempat yang tertinggi dan kasih sayang sesama manusia sebagai slogan tunggal dalam kehidupan berkeluarga, bermasyarakat, bernegara dan berhubung antara satu sama lain.

Sempena tahun baru Hijrah 1432 ini, kita harus berusaha melawan hawa nafsu yang cenderung mengajak manusia ke arah melakukan perkara-perkara kejahatan dan penyeleweng yang terkeluar daripada lunas-lunas syariat. Kita tanamkan azam baru untuk mengamalkan secara bersungguh-sungguh perintah Allah seperti yang ditunjukkan oleh baginda supaya amalan agama subur dalam diri umat Islam. Hijrah daripada sifat jahil kepada sifat kecerdikan dan kepandaian dari sikap jumud tertutup kepada sikap bertolerensi dan berlapang dada. Ini semua merupakan maksud dan tuntutan hijrah dalam Islam. Maka hijrah daripada satu amalan yang tidak diredai Allah kepada suatu amalan yang dikehendaki-Nya adalah termasuk dalam maksud hijrah yang sebenar.

Suasana harmoni dan berkasih sayang, bekerjasama antara kita semua perlu dikekalkan malah dipertingkatkan lagi jangan pula ada mereka yang cuba memutarbelitkan hakikat ini, kerana ia selaras dengan ajaran dan tujuan hijrah yang kita sambut dan hayati ini.

Sekain salam Ma'al Hijrah.

Ahad, 5 Disember 2010

KEPIMPINAN PEMBANGKANG ANTI NASIONAL

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kepimpinan parti-parti pembangkang sebenarnya hanya berjuang mewakili kepentingan tertentu semata-mata bagi mengejar kuasa serta terikat untuk menyelesaikan masalah peribadi sehingga sanggup memperdayakan rakyat.


Perdana Menteri berkata, berdasarkan realiti itu, rakyat dan pemimpin Barisan Nasional (BN) perlu berhati-hati dan berwaspada kerana pemimpin pembangkang sanggup melakukan apa saja bagi mencapai matlamat mereka termasuk memburuk-burukkan nama Malaysia di luar negara.


"Berhati-hatilah semua, berwaspadalah semua, mereka ini amat-amat berbahaya. Saya mahu jelaskan di sini, mereka ini antinasional. "Kita mesti tentang habis-habisan dan pastikan negara ini tidak akan diporak peranda oleh kegiatan durjana mereka," katanya ketika menyampaikan amanat dasar sempena Konvensyen BN di Wisma MCA di sini, hari ini.


Dalam amanat bertema "Mengukuh Barisan, Mendahulu Rakyat" Najib yang juga Pengerusi BN berkata, usaha parti pembangkang untuk cuba meniru BN dari segi kerjasama melibatkan semua komponen parti yang mewakili pelbagai kaum adalah sia-sia kerana mereka tidak mempunyai ramuan keikhlasan, wawasan dan nilai yang dikongsi bersama. - Bernama

Sabtu, 4 Disember 2010

ANWAR TAK LAYAK JADI KETUA PEMBANGKANG

Beberapa Dalil mengapa anwar tidak layak menjadi Ketua Pembangkang dalam Parlimen.

  1. Parti yang di wakilinya tidak mempunyai kerusi majoriti antara parti-parti pembangkang DAP -29 kerusi, PKR 24 kerusi, PAS 23 kerusi dan PSM 1 kerusi.
  1. Ketua Pembangkang selalu mengeluarkan fakta yang AUTA ketika berbahas di dewan hingga mengelirukan rakyat.
  1. Ketua Pembangkang tidak menghormati dan faham Perlembagaan Persekutuan hinggakan selalu mempertikaikan perkara-perkara yang telah tersimpul kuat dalam perlembagaan hingga menimbulkan keresahan rakyat.
  1. Ketua Pembangkang ini bukan bertindak sebagai check and balance dalam dewan tapi sebagai provokator untuk gulingkan kerajaan yang di pilih rakyat.
  1. Ketua Pembangkang  pergi luar negara bukan promosi dan tarik pelabur tapi serang dan memburuk-burukkan negara.
  1. Ketua Pembangkang tidak mempunyai jawatan dalam Partinya sendiri, tetapi jawatan itu di yakini dan percayai oleh ahlinya wujud kerana ”anugerah tuhan”.
  1. Ketua Pembangkang mempunyai masalah hingga Karpal Singh mengarahkan dia ”BERTAUBAT” pada 20 Feb.2009.
Dalil tambahan kau orang cri lah sendiri, SEKARANG NIE BUKAN ZAMAN SUBSIDI LAGI...HEEEEEEE, tulis bebanyak pun kau orang peliwat tegar PKR tak kan percaya...

PULAU PINANG KEMBALI KEPADA KEDAH?

ALOR SETAR 1 Dis. – Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) hari ini mencadangkan supaya Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah kerana negeri tersebut pada asalnya kepunyaan Kedah.

Pengerusi PSMCK, Datuk Wan Shamsudin Mohd. Yusof berkata, cadangan itu ditimbulkan kerana Pulau Pinang adalah hak milik Kedah sebelum berlakunya perjanjian antara Sultan Kedah dan British pada 1786.“Setelah negara kita merdeka pada 1957, Pulau Pinang yang dijajah sepatutnya dikembalikan kepada Kedah sepertimana Dinding dan Pangkor dikembalikan kepada Perak.Tetapi Pulau Pinang tidak dikembalikan kepada Kedah dan terus dijadikan sebuah negeri yang berasingan,” ujarnya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam perjanjian yang dibuat antara Sultan Kedah ketika itu, Sultan Dhiauddin Mukarram Shah dan Leftenan Gabenor Pulau Pinang, Sir George Leith Baronet pada tahun 1800, Pulau Pinang dipajak untuk menampung keperluan ekonomi pada masa itu.
Pada ketika itu, Pulau Pinang dipajak dengan harga 6,000 manakala Seberang Prai dipajak dengan harga 4,000 dan pihak British membayar wang tersebut kepada Sultan Kedah dengan menggunakan mata wang Sepanyol.

Menurut Wan Shamsudin, Pulau Pinang dan Seberang Perai disifatkan masih hak milik Kedah kerana duit pajakan masih dibayar oleh Kerajaan Pusat dengan nilai RM10,000 setiap tahun kepada kerajaan negeri Kedah pada masa ini.

“Pembayaran pajakan masih wujud sehingga kini dan ini bererti, keadaan tersebut masih wujud dan tidak salah untuk Kedah membuat tuntutan,” jelasnya.Tambahnya, pihaknya akan mengadakan satu seminar dengan pakar-pakar sejarah untuk mengumpulkan fakta-fakta dan bukti yang berkaitan dengan sejarah Pulau Pinang yang dahulunya di bawah naungan Kesultanan Kedah.

“Kami juga akan menyerahkan bukti dan fakta tersebut kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab dan terserah kepada mereka untuk menuntut semula Pulau Pinang atau tidak,” katanya.

KOMEN MPG

Apa tunggu lagi Pemuda UMNO Kedah, ayuh senjata dah ada yang sediakan, tak kan nak berjuang pun tak berani lagi.......LGE Pasti kecut teloq.

Jumaat, 3 Disember 2010

BOTH POLITICIANS AND DIAPERS NEED TO CHANGE OFTEN

Just sharing.....

One day a florist went to a barber for a haircut. After the cut, he asked about his bill, and the barber replied, 'I cannot accept money from you; I'm doing community service this week.' The florist was pleased and left the shop. When the barber went to open his shop the next morning, there was a 'thank you' card and a dozen roses waiting for him at his door. 

Later, a cop comes in for a haircut, and when he tries to pay his bill, the barber again replied, 'I cannot accept money from you; I'm doing community service this week.' The cop was happy and left the shop. The next morning when the barber went to open up, there was a 'thank you' card and a dozen donuts waiting for him at his door.

Then a Congressman came in for a haircut, and when he went to pay his bill, the barber again replied, 'I can not accept money from you. I'm doing community service this week.' The Congressman was very happy and left the shop. The next morning, when the barber went to open up, there were a dozen Congressmen lined up waiting for a free haircut.

 And that, my friends, illustrates the fundamental difference between the citizens of our country and the politicians who run it.
BOTH POLITICIANS AND DIAPERS NEED TO BE CHANGED OFTEN AND FOR THE SAME REASON!!!!!

ANWAR, KARPAL SINGH DAN SIVARASA TERSEPIT TELUR BILA PARLIMEN DI DEDAHKAN DENGAN SURAT PENJELASAN DARI APCO

Ketua Pegkhianat Negara dan Bangsa Al-Juburi wal Yahudi dipercayai akan digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat apabila sepucuk surat dari APCO bertarikh 19 Ogos di kemukakan kepada Jawatankuasa hak dan Kebebasan Parlimen hari ini.

Surat ini di percayai adalah surat jawapan dari APCO terhadap pembohongan yang di lakukan oleh ketua Pengkhianat Negara berhubung tuduhan bahawa kerajaan Umno-BN menyokong Israel dengan mengupah syarikat pelobi pro-Israel antarabangsa Apco Worldwide.

Pada 8 Jun lalu Anwar dipanggil oleh jawatankuasa tersebut berhubung dakwaan beliau bahawa konsep 1Malaysia yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebenarnya diceduk daripada slogan One Israel di bawah Perdana Menteri Ehud Barak pada 1991.
Jawatankuasa hak dan kebebasan yang dipertanggungjawa membincangkan isu 1Malaysia dan 1 Israel itu merangkumi Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, timbalannya, Datuk Ronald Kiandee , Karpal Singh, Sivarasa, Nancy Shukri, Fong dan Razali. Pada sidang Parlimen,  Ahli parlimen Muar, MP Razali Ibrahim menggerakan usul supaya perkara itu didengar hari ini dan usul itu disokong oleh ahli parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Fong Chan Onn.

Malangnya Karpal Singh dan Sivarasa telah keluar dewan dan tidak mahu menjalankan tanggungjawab sebagai Jawatankuasa hak dan kebebasan yang di pertanggungjawabkan untuk mendengar penjelasan terhadap pembohongan itu. Inilah sikap Ahli Parlimen pembangkang tidak berani berhadapan kebenaran.

Rabu, 1 Disember 2010

PERBANDINGAN WAN AZIZAH DENGAN UMMU JAH @HATIJAH AAM

Zulkifli Bakar,  dalam tulisannya di ruangan rencana Utusan Malaysia menyingkap persamaan antara wan azizah isteri Anwar Ibrahim dengan Ummu Jah isteri Allahyarham Asaari Mohamad Pengasas kumpulan Al Arqam.


Baca sampai habis tulisannya Anugerah Tuhan atau di makan Sumpah ?