Alhamdulillah Negeri Johor mempunyai MB yang berwawasan dan mempunyai iltizam yang kuat untuk membangun Negeri johor menurut acuan yang di terima rakyat dan Sultan.
Bermula dari program "SUARA HATI JOHOR" yang mengambil kira pandangan rakyat dalam membuat road maping kearah Johor Berkemajuan, Kepada "TEAM JOHOR" Mufakat kearah johor berkemajuan. Dan hari ini pelancaran "RaSUK 2017", Satu lagi program untuk rakyat bersama sama kerajaan negeri kearah membangun Johor Berkemajuan.
RaSuk 2017 mengembeling tenaga sukarelawan-sukarelawan dari seluruh
negeri Johor yang menjadi penggerak
komuniti di peringkat akar umbi. Menghidupkan budaya sukarelawan di kalangan rakyat Johor. Memberi penerangan tentang dasar-dasar pembangunan Kerajaan Negeri bagi memastikan sukarelawan dapat sama-sama menyumbang ke arah aspirasi Johor Berkemajuan
RaSuk 2017 juga menjadi satu platform
bagi wakil Kerajaan Negeri Johor
mengiktiraf peranan sukarelawan
dalam pembangunan negeri dan
berkongsi agenda pembangunan
utama Gagasan Johor Berkemajuan. kesukarelawanan diharapkan akan menjadi budaya rakyat negeri Johor, khususnya buat anak muda di bawah usia 45 tahun yang menjadi tunjang dalam memberdayakan komuniti
RaSUK JOHOR 2017