Isnin, 6 April 2015

TIDAK DAPAT TANDUK TELINGA DIPULAS

Apa beza Tun M, dengan barisan pembangkang sedia ada jika, usaha usaha Tun yang secara konsisten selama ini memburukkan PM Najib gagal menjatuhkan PM Najib, maka strategi memburukkan Isteri pula di gunakan?

Kalau itu lah pendekatan dan strategi Tun, maka tiada beza lah Tun M dengan kuncu kuncu pembangkang. Dan wajarlah Tun di angkat sebagai ketua Pembangkang.

Nasihat buat Tun Mahathir, berihatlah, udah udahlah campur urusan politik Tun dah cukup lama berpolitik, Tun pun sudah nampak kepenatan berihatlah. Kalau sudi jadi penasihat jadilah penasihat yang berhikmah bukan yang menimbulkan balah sesama ummah.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ya betul tu...syukurlah Allah swt telah kurniakan SEGALAnya pada Tun M. Berpeluang meneraju Negara selama 22 tahun, keluarga yang bahagia. Dipanjangkan usia sehingga melampaui bonus 90 tahun. Anak2 yang kaya raya. Isteri yang setia.

Biarlah DS Najib melakukan yang terbaik buat Negara. Saya bukan orang politik cuma rakyat biasa.
Saya LETIH tengok orang Melayu bertelagah tak habis-habis apatah lagi jika orang yang sangat tua.

Janganlah Tun M lenyapkan segala ingatan baik kami pada Tun M dengan memburuk2kan DS Najib dan isterinya.

DS Najib memang penyabar tetapi dia juga manusia biasa, jika terlalu melampau kita kuatiri hilang sabarnya, dan inilah yang kita semua tidak mahu.

Buatlah kerja untuk orang Melayu. Lihat Dadah yang menghancurkan pemuda pemudi kita, sama2lah berganding bahu cari cari atasi masalah no.1 ini.

Insaflah, zaman telah berubah, kita pun mesti berubah ke arah kebaikan.

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya ,jika Tun berterusan dgn sikap memusuhi siapa saja yg jadi PM,selain dirinya sendiri,kita rakyat Malaysia perlu menyatakn pendirian kita mengenai tingkah lakunya itu.Saya sangat bersetuju dgn Melayu Pasir Gudang juga komen dari anon 9:58.Terus terang saya katakan saya sudah meluat dgn perangai Tun begitu juga pembodek beliau seperti Kadir Jassin.

Tanpa Nama berkata...

buka minda...sekadar teguran & persoalan.... takkan lah Pemimpin langsung tidak boleh di tegur & menegur...

Tanpa Nama berkata...

Sila jawab isu ini:



1. Apakah motif yang memerlukan Sirul Azhar dan Azilah Hadri membunuh Altantuya?

2. Mengapakah dana RM 2 bilion yang dikatakan dah dikeluarkan dari pelaburan di Cayman Island disimpan di Singapura tetapi tidak disimpan di Malaysia, apakah Malaysia ini tidak punya bank untuk menyimpan dana berkenaan? Apakah 1MDB tak percaya dengan keupayaan bank-bank tempatan termasuklah bank yang kerajaan punya pegangan seperti Maybank, CIMB (bos besarnya adik Najib sendiri), Agrobank, Bank Islam, Tabung Haji, Bank Simpanan Nasional, Bank Rakyat dan lain-lain bank swasta milik Malaysia, apakah 1MDB memandang rendah terhadap keupayaan bank-bank tersebut menyimpan dana sebanyak RM 2 bilion itu? Ataupun itu semua hanyalah sandiwara kerana tidak pernah wujud pun RM 2 bilion yang dinyatakan itu, diberi alasan di Singapura untuk elakkan perkara ini terbongkar. Harapnya Ketua Audit Negara yang akan buat siasatan audit akan menyemak akaun di Singapura itu, bank apa, bila dimasukkan wang itu, dah tinggal berapa sekarang ini.

3. Apakah status RM 2 bilion yang diberikan oleh Ananda Krishnan kepada 1MDB? Ini kerana menurut sumber para jemuan dan blogger bangang belaan Najib, itu bukannya pinjaman, apakah sebenarnya status RM 2 bilion itu, apakah sedekah kepada pengemis dan 1MDB dah jadi pengemis?

Sila jawab persoalan itu, jangan hanya tau merapu dan meracau tak tentu hala sahaja.

Isu ini dikemukakan oleh rakyat lebih awal dari dikritikkan oleh Tun Dr. Mahathir, jadi jangan nak salahkan Tun Dr. Mahathir sahaja yang dikatakan mengkritik Najib, sebab rakyat lain dah lama kritik Najib pasal benda yang sama.

Kepada blogger bangang dan jemuan dungu belaan Najib, semoga kamu semua carilah jawapan untuk si Najib Syok Sendiri itu supaya dia dapat beri jawapan.

Haranya jangan beri jawapan dungu yang lebih hina tarafnya dari taik dalam lubang jamban sebagaimana jemuan dungu yang lain beri jawapan bodoh mereka itu.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama 4/06/2015 09:58:00 PTG, kamu sahaja yang ketinggalan zaman, apa yang diutarakan oleh Tun Dr. Mahathir itu relevan dengan keadaan semasa.

Masalahnya isu ini menjadi duri dalam daging kepada Barisan Nasional.

Sebabnya Najib tak beri penjelasan, berbuat sesuka hati, itu yang kamu bela kata mulia dan cemerlang tahap super saiya?

Sudah-sudahlah menipu diri sendiri, saya mengerti bahawa sesetengah orang sanggup menipu diri sendiri, sanggup menjual maruah hanya kerana secebis habuan seperti beruk mat yeh terhegeh-hegeh menunggu pisang ditabur ke tanah sahajalah.

Tanpa Nama berkata...

anon 09:30:00 pg.
aku nak jawab soalan 1, sebab soalan ini senang dijawab. motif, persoalan, bahan bukti, saksi dan perbahasan pendakwaraya vs peguambela telah dilaksanakan dengan cukup baik, cukup masa di dalam mahkamah. mana mungkin persoalan motif bagi pembunuhan altantuya oleh sirul dan azilah tidak disebut dalam mahkamah? awak perlu faham, kes ini dibicarakan sebagai kes bunuh, bukan kes tak bawak lesen masa roadblock polis!, boleh selesai 30 minit dalam mahkamah. dan aku nak tanya awak, adakah isu apa motif bagi pembunuhan altantuya perlu ditanyakan kepada pm? kenapa tidak sahaja tujukan kepada peguam negara kerana beliau ada transkrip keputusan kes ini. nak tanya jugak, apa perlunya pm kena jawab isu ini sebab bukan pm yang dibicarakan.
soalan 2. aku tak jawab semua isu sebab orang yang tahu teknikal kewangan sahaja tahu jawapan sebenar. namun secara mudah aku jawab dengan sedikit soalan. adakah nilai watawang setiap negara tidak ada perbezaan? awak pernah dengar urusniaga matawang? jika sekarang rm3.50 sama dengan usd1.oo dan $2.50 singapore, adakah nilai ini sama tahun lepas? atau 2 tahun akan datang? sesuatu keputusan tentang tindakan kewangan pelaburan negara bukan dibuat keputusan oleh seorang individu, tetapi satu pasukan. masihkan awak ingat bahawa dalam era kepimpinan tun mahathir dahulu, bank negara pernah kerugian rm30 bilion! jangan mudah lupa, walaupun melayu mudah lupa, kata tun.
soalan 3. rujuk pembelian IPP oleh 1mdb melibatkan IPP kepunyaan ananda krisnan. aku rasa elok juga awak buat sedikit carian internet tentang ini. kenapa ananda krisnan kena bayar rm2 bilion, samada beri pinjam atau kena buat bayaran balik!

awak perlu juga mencari maklumat tentang agenda besar tun mahathir menyerang najib secara terbuka. bermula sejarah tun mahathir membuang anwar dari parti dan kerajaan. adakah tun benar2 kesah tentang kecenderungan sex pelik anwar semasa menjadi timbalannya atau bila mengetahui perancangan anwar ingin melanggarnya dalam politik? kenapa tun mengambil cuti terlalu lama di argentina sebelum mengambil keputusan membuang anwar? ada banyak lagi cerita2 selepas itu dimana paklah yang dipilihnya kena letak jawatan. kemudian naikkan najib sebelum henyak najib cukup2 sekarang ini. awak faham tentang 'obsessive pursuit of time' yang dialami tun mahathir bila rakan2 politik sebayanya seperti nik aziz dan lee kuan yew sudah meninggal? legasi bro!!!!

Tanpa Nama berkata...

1. Pada PRU 13 tanpa sebarang isu besar BN hilang undi popular. Secara dasarnya di Semanjung BN sudah kalah. Mengharapkan Sarawak dan Sabah.

2. Politik Sarawak menerima BN tetapi menolak UMNO berdasarkan kenyataan Adenan Satem menunjukkan PBS boleh beralih arah.

3. Di Sabah mengikut sejarah ahli politik boleh berarah angin dengan tiba tiba.

4. Adakah dengan isu 1MDB BN masih dapat mengekalkan jumlah undi terdahulu.

5. Bolehkah BN mengharapkan MCA , Gerakan dan MIC yang telah terbukti ahlinya mengundi PR untuk kembali mengundi BN.

Tepuk dada tanya selera

Tanpa Nama berkata...

Anon 4/07/2015 10:14:00 PG, berhubung isu kerugian yang dialami pada era Tun menjadi Perdana Menteri, kita semua tahu sebabnya dan bukannya hilang wang begitu sahaja seperti yang berlaku kepada USD 1.103 bilion yang kononnya di simpan di Singapura itu sedangkan bila ditanya mengapakah disimpan dalam BSI Singapore Ldt, dan tak simpan dalam Maybank Singapore? Langsung terkulai tak boleh jawab.

Malahan wang yang disimpan di Singapura itu bukanlah dalam bentuk Sing Dollar, tapi dalam bentuk USD, kalau dalam bentuk USD, simpanlah di mana-mana pun, nilainya tetap mengikut nilai USD.

Pasal Ananda Krishnan itu, macam-macam versi penafian yang dibuat oleh pro Najib, ada yang kata Ananda Krishnan saja-saja bagi duit itu kepada 1MDB, sekarang anda kata Ananda Krishnan buat bayaran balik yang entahlah apa sebabnya itu pula, sekarang ini mana satu yang betul?

Apa kena mengena Lee Kwan Yew dah mati dan Nik Aziz yang meninggal dunia dengan Tun Dr. Mahathir? Hal hidup atau mati ini adalah rahsia Allah Taala, malahan kalau Tun rasa dia dah hampir ke penghujung hayat, apa gunanya lagi dia nak menyibuk mengejar duniawi sebab dah di penghujung hayat? Buat apa itu semua? Sebenarnya Tun Dr. Mahathir adalah manusia yang sangat istiqomah, beliau akan berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk Malaysia dan rakyat Malaysia walaupun usia Tun sendiri pun sudah lanjut yang mungkin hampir ke penghujung hayat.

Hanya orang yang suka mengampu dan membodek sahaja yang akan menyokong segala kesalahan dan kegagalan Najib itu.

Unknown berkata...

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK

Amisha berkata...


Saya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.

Nama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.

Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 600 juta rupiah (Rp600.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.

Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (Suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.

Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut