Sabtu, 11 April 2015

PERTIKAI JAWABAN PM NAJIB SATU YANG SIA -SIA

Pelik dengan puak puak opportunist nie...PM Najib bukan jawab soalan peperiksaan lah...yang jawabannya mesti ikut skima jawaban lembaga peperiksaan.

Setiap patah jawaban PM Najib hanyalah mengulangi apa yang pernah beliau nyatakan samada di Parlimen mahupun di sidang akhbar. Jawaban yang macamne sebenarnya yang boleh memenuhi selera kalian.?.

Isnin, 6 April 2015

TIDAK DAPAT TANDUK TELINGA DIPULAS

Apa beza Tun M, dengan barisan pembangkang sedia ada jika, usaha usaha Tun yang secara konsisten selama ini memburukkan PM Najib gagal menjatuhkan PM Najib, maka strategi memburukkan Isteri pula di gunakan?

Kalau itu lah pendekatan dan strategi Tun, maka tiada beza lah Tun M dengan kuncu kuncu pembangkang. Dan wajarlah Tun di angkat sebagai ketua Pembangkang.

Nasihat buat Tun Mahathir, berihatlah, udah udahlah campur urusan politik Tun dah cukup lama berpolitik, Tun pun sudah nampak kepenatan berihatlah. Kalau sudi jadi penasihat jadilah penasihat yang berhikmah bukan yang menimbulkan balah sesama ummah.

BUAT AYAHNDA TUN, KOTA LAH APA YANG DI KATA.

Amaran buat Tun M, tulisan Tun muktahir ini seolah olah menikam belakang kesatuan orang orang melayu. Secara peribadi saya tak bersetuju dgn cara tun mengajar PM Najib,walaupun semua tahu PM Najib adalah anak murid kepercayaan Tun semasa zaman pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi. Apa tujuan Tun sebenarnya? adakah Tun diperalatkan? atau Tun masih berminat untuk jadi PM? atau lebih meragukan lagi ADAKAH TUN BERMINAT JADI KETUA PEMBANGKANG? Kalau semua PM selepas Tun tidak serasi dgn Tun ,manusia macamana yang Tun nak untuk PM Malaysia? perlu ingat jawatan PM bukan di pilih oleh mantan tapi di pilih oleh rakyat melalui Pilihanraya. Paling penting HENTIKANLAH MEMECAHBELAHKAN ORANG ORANG MELAYU..