Keputusan PRU 13, MCA hanya menang 7 kerusi Parlimen itu pun semua dari kawasan majoriti melayu,kerusi majoriti cina yang jadi tradisi MCA pun mereka tewas teruk, maknanya jika orang melayu khususnya UMNO tidak bekerja kuat untuk mereka sudah pasti 7 kerusi ini pun hanyut ketangan pembangkang, hari ini hanya kerana UMNO bersetuju untuk mengangotai Jawatankuasa teknikal mengkaji undang undang hudud negeri kelantan, MCA dengan lantangnya mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa.
Apa masalahnya kepada MCA jika UMNO menerima atau mengundi untuk menyokong undang undang Hudud di Negeri Kelantan? Apakah dengan adanya undang-undang hudud itu semua orang cina kena atau di paksa sunat atau masuk jawi?. Tidakkan, kalau kamu mahu terus kulop silakan, apakah dengan adanya undang-undang hudud keselamatan kaum cina terhakis tidakkan?. so what is the bullshit, Wee Ka Siong?
To our beloved PM Najib, Please be strong and firm. Kalau betul mereka mahu keluar please let it be. This is what they wish to.
Kenyataan Wee Ka Siong ini mengingatkan kita pada peribahasa "Bagai melepas Anjing tersepit",sudah terlepas tangan kita di gigit pula. Jika PM Najib malu -malu untuk mengambil tindakkan kepada MCA, PM selaku Pengerusi Barisan Nasional dengan JANTANNYA mestilah berani mengambil tindakkan terhadap We Ka Siong ini supaya hati -hati melayu yang menyokong UMNO khasnya dan BN amnya tidak menjadi parah sakitnya.
Pengundi-pengundi melayu Parlimen Ayer Hitam ingatlah ini bukan kali pertama We Ka Siong "derhaka" kepada melayu. Tuan -tuanlah yang harus mengajar nya. Ka Siong ingatlah dalam Parlimen Ayer Hitam ada dua DUN iaitu DUN Yong Peng (DAP) dan DUN Semarang (UMNO-BN). PRU 13 kalau bukan kerana pengundi melayu DUN Semarang dah lama kamu tersungkur.