Khamis, 10 April 2014

APA MACAM PENGANUT PAS, PUAS HATI? DAH BERJAYA MENTARBIYAHKAN DAP/PKR?

Dengan sebangsa dan seagama sangup di kafirkan , sanggup di keluarkan fatwa mengatakan haram makan sembelihan orang UMNO, tidak sah sembahyang berimamkan orang UMNO, tak sah nikah yang di nikahkan oleh juru nikah UMNO. Tak sempurna sembahyang di surau dan masjid yang di buat oleh kerajaan UMNO/BN. Malah ada yang bercerai berai dan berbunuh kerana fahaman ini, kerana kononnya UMNO/BN nie kerajaan yang  taghut semata-mata tidak melaksanakan hukum hudud. Walaupun semua tahu bahawa kerajaan UMNO/BN tidak pernah menandatangani sebarang dokumen untuk tidak melaksanakan hukum hudud , sepertimana di lakukan oleh Presiden PAS Hj.Hadi Awang.

PAS yang selama ini mendabik dada kononnya dengan berkerjasama dengan DAP dan PKR , impian melaksanakan hukum hudud akan tercapai, kononnya ber tahalul siasi dengan DAP dan PKR lebih baik dari berjemaah dengan UMNO. Sekarang apa dah jadi?


MPG mencabar ahli PAS yang benar-benar berjuang untuk megakkan hukum Allah untuk keluar dari Pakatan, jauhkan diri dari perjuangan menobatkan raja liwat sebagai PM Malaysia ke 7.
 

GERAKAN ANTI PKR: EXCO DARI PAS UMUM SELANGOR MANSUH 7% DISKAUN BELI...

GERAKAN ANTI PKR: EXCO DARI PAS UMUM SELANGOR MANSUH 7% DISKAUN BELI...: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Selangor membidas keputusan kerajaan negeri Selangor memansuhkan diskaun 7% yan...

Selasa, 8 April 2014

PERINGATAN YAB KEPADA MAIJ

Alhamdulillah. Moga Negeri Johor terus di rahmati Allah.

Sabtu, 5 April 2014

ANTARA DUA DARJAT - HASIL TARBIYAH PAS KEPADA DAP

                                              Mereka menganjurkan "POOL PARTY"
Kita Anjurkan Malam Selawat Atas Nabi 

NASIB GURU MELAYU DIBUMI SENDIRI


HADIAH DARI DAP BUAT KETUA PEMUDA PAS SUHAIZAN KAYAT

Ambik kau Suhaizan, kerana lebih rela bersahabat dengan DAP dan sekutunya maka sebagai hadiahnya di DUN Sekudai yang di kuasai oleh DAP dan Parlimen Gelang Patah akan di adakan pesta "POOL PARTY"

Apa macam beruk beruk PAS kau orang ada share ke party maksiat nie? Baguslah nampaknya Pemuda PAS di bawah Suhaizan Kayat nie dah maju setapak dan bertapak tapak...bravoo...

Khamis, 3 April 2014

TALKIN BUAT NIK AZIZ

Alhamdullilah sebelum malaikat Izra'il datang mencabut nyawanya,  Nik Aziz sempat mengaku kesalahan dan sempat memohon maaf kepada semua yang dia telah dia lakukan dosa. Mudah mudahan ada yang memaafkan dia agar segala "KIFARAH" yang sedang di tanggungnya segera berakhir, agar dia sempat menjenguk Syurga Allah. Amin. Kesengsaraannya menanggung kifarah ini sempat di kongsikan bersama Anuwar Ibrahim dalam kuliyahnya. Cerita lanjut KLIK SINI.

SEBELUM SEGALANYA TERLAMBAT MPG INGIN MEMBACAKAN TALKIN UNTUK NIK AZIZ BUAT PERINGATAN YANG LAIN.

Bismillahir rahmanir rahim.
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam,
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,
Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah!
Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala.
Ialah Tuhan yang Maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah,
dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir,
maka janganlah berasa gentar dan takut,
janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala,
sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.
Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku,
malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “Laa ilaa ha illallah Muhammadur rasulullah”.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu,
inilah dia suatu dugaan yang paling besar.
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh,
sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati ini adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,
berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar,
dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar,
minum di kolam air nabi adalah benar,
ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya,
begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu.
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar,
dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu
supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassalamu alalmursalin, walhamdulillahi rabbil alamin.

Selasa, 1 April 2014

NEGERI BERDAULAT, MB BERHEMAT,RAKYAT MUFAKAT

Tidak sampai setahun memegang tampuk pemerintahan  negeri sudah berjaya membawa negeri keluar dari belengu defisit kewangan. Hari ini kerajaan Johor mengumumkan lebihan pendapatan negeri.