Selasa, 11 Februari 2014

KENAPA LAMBAT BERTINDAK?

“Saya tak faham kenapa masa yang lama diambil dan saya minta polis jelaskan kenapa tindakan tidak boleh diambil. Kalau tiada kes, tolong jelaskan. Jika tidak, sampai kiamat pun tiada tindakan diambil,” Khairy Jamaluddin.- Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN).

“Ambil tindakan, jika tak boleh ambil tindakan beritahu kenapa. Jangan cakap Pemuda (UMNO dan BN) serta NGO tak buat apa-apa sedangkan kita sudah banyak buat laporan polis. Tindakan Teresa memang salah dan ia satu parodi yang tak menjadi,” katanya.

Sementara itu di Kajang, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah mengumpul semua laporan polis dan memulakan siasatan berhubung isu klip video berbaur sindiran yang dikaitkan dengan Teresa.

“Sebanyak 300 laporan polis diterima berhubung perkara itu daripada badan bukan kerajaan (NGO), individu dan pertubuhan lain. Siasatan telah dimulakan dan SKMM juga beri kerjasama bukan sahaja untuk muat turun (video), malah beberapa maklumat lain telah kita peroleh,” katanya selepas merasmikan Seminar Penjara Sejahtera, semalam.


Sumber :http://www.bharian.com.my

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Agama islam dan bangsa melayu diserang bertali arus. Pihak kerajaan pulak seolah2 bersikap berdiam diri. PM lagi lah....kalau nk ikutkn populariti PM skrg ni dikalangan melayu.....menurun sbb sikap beliau yg tidak tegas dlm bbrp siri penghinaan terhdp agama islam dan bangsa melayu. Najib...kalau buat bodo lgi....PRU14...BN leh lingkup.

Tanpa Nama berkata...

Malaysia - undang2 tiada penguatkuasaan. .

Tanpa Nama berkata...

PM NAjib takut pada cina? Sebab tu kerjanya hari2 mejilat ponggong cina. Tungguuuu... PRK Kajang ni mesti ada dana istimewa untuk cina. Mungkin RM5 billion untuk setiap SJKC. Melayu? Penat menyokong je. 'Babi' di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

hasnul rahman berkata...

Assalammualaikum wmt,
Dah sampai masanya NGO-NGO Melayu mendesak yg bertanggungjawab tu di tamatkan saja perkhidmatannya.
Ada pun buat 'peghabeh bogheh jooo'.

Tanpa Nama berkata...

Tiada guna nya undang-undang di Malaysia jika tidak dikuatkuasakan. Amat memalukan dan menyedihkan....