Selasa, 19 November 2013

PAS PULAU PINANG BERLAKON...JAWATAN APA KAU ORANG ADA NAK UGUT DAP?

Nak ancam lepas jawatan? jawatan apa yng mereka ada, kalau setakat jawatan taraf lalat dan langau.

Jawatan Khalifah kan kau orang dah bagi pada Tokong LGE

PAS pulau Pinang baru sedar mereka di keldaikan oleh DAP. Setelah sekian lama di perbodohkan baru sekarang mereka rasa tidak puas hati dan merasakan diri mereka di keldaikan kerana tidak mendapat kuasa dan suara dalam pentadbiran negeri.

Perkara ini di suarakan sendiri oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Muhammad Fauzi Yusof, peliknya Pesuruhjaya PAS Negeri yang juga Yang Di pertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang Datuk Salleh Man masih menyepi begitu sahaja.

Alhamdullilah Allah masih sayang mereka, buka hijab yang selama ini menutu pintu hati mereka, kerana tamak kuasa,kerana nak kerusi sanggup berkerjasama dengan DAP, sanggup jual agama dan maruah bangsa.

Harap harap mereka segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.


Isnin, 18 November 2013

PARTI DAP PALING ZALIM DALAM DUNIA


En. Fong Pau Teck, wakil rakyat dari parti DAP bagi DUN N64 Pujut Sarawak telah di pecat dari Parti gara-gara tak bayar wang perlindungan kepada Parti.

Kegagalan Fong untuk membayar sumbangan bulanan yang MANDATORI kepada parti dan juga kegagalan menyelesaikan tunggakan hasil kenaikan dalam elaun, merupakan satu tindakkan yang salah kepada parti.

Pemecatan Fong Pau Teck di maklumkan oleh timbalan pengerusi DAP Tan Kok Wa.

MPG : Dah macam kongsi gelap lah pulak parti DAP nie, tiap tiap ahli kena bayar wang perlindungan rupanya, samalah dengan sahabat kamu yang bawa tin milo masa ceramah.....Tindakkan DAP pecat Fong adalah tindakan yang nyata membelakangkan hak rakyat.

Ahad, 10 November 2013

TERSUNGKURNYA MAT SABU

Muktamar PAS ke 59 yang bakal berlangsung dari 22 hingga 24 November ini di jangka menjadi titik terakhir Mat Sabu menjadi Timbalan Presiden PAS. Pada pemilihan kali ini Mat Sabu akan di tentang oleh Dato' Nik Muhamad Ammar Bin Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Ramai perwakilan dari akar umbi PAS di jangka cuba mengembalikan Pemerintahan PAS ketangan ulama' atau golongan berpendidikan Agama. Jika ini berlaku maka betullah apa yang di katakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang semasa mengulas barisan kepimpinan PAS selapas Muktamar ke 58 bahawa barisan itu hanyalah barisan untuk Pilihanraya.

PRU 13 sudah berlalu, prestasi PAS masih di takuk lama, khidmat Mat Sabu nampaknya sudah tidak di perlukan lagi.....Mungkinkah golongan anuwarinas mungkin hilang dalam PAS?.