Keputusan PRU 13 harus di analisa dengan lebih mendalam untuk memahami kehandak rakyat terutama kaum muda,golongan sederhana yang membentuk hampir 40% daripada jumlah pengundi di negara ini. Parti -parti yang ingin terus bekuasa atau ingin merampas Putrajaya harus faham dan menyelami kehendak mereka yang rata-rata adalah urban voters dalam setiap PRU. Harus pandai bermain dengan jiwa muda mereka.
Mari kita lihat bagaimana pemikiran "urban voters" membandingkan kebajikan yang di lakukan oleh kerajaan Barisan Nasional dengan Kerajaan Pakatan Pembangkang di Selangor, kita mengambil contoh BR1M dengan janji air percuma kerajaan Selangor. Biarpun umum mengetahui janji air percuma itu tidak menyeluruh namun mereka masih berpendapat masih terdapat ruang untuk di baiki dan janji itu masih terus relevan untuk mereka.
Manakala Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 1 & BR1M 2) walaupun hampir seluruh rakyat Malaysia berpendapatan isirumah kurang RM 3000.00 menikmatinya namun pada mereka, golongan urban voters di cicirkan dari senarai kemiskinan. Kehidupan di bandar atau pinggir bandar dengan pendapatan isi rumah RM 3001.00 masih merupakan golongan miskin sebenarnya. Dalam hal ini kerajaan harus mengubah cara menentukan garis kemiskinan melalui kaedah pendapatan boleh guna berbanding dengan pendapatan kasar.
Untuk menjamin kemenangan Barisan Nasional untuk PRU akan datang kerajaan harus berani berubah. Masalah Perumahan di Pinggir bandar dan bandar harus di tangani dengan serius oleh kerajaan, perkenalkan subsidi UMNO atau Barisan Nasional atau kerajaan yang memerintah untuk pembeli rumah tersebut,iaitu mereka yang menyokong Barisan Nasional akan menikmati diskaun 15% hingga 30% atau lebih, jika didapati mereka beralih kiblat kepada pembangkang diskaun tersebut di tarik balik. Perjanjian hitam putih mestilah jelas berkenaan perkara ini supaya mereka faham dan tahu risiko di kemudian hari. Biarpun kelihatannya tidak demokrasi namun bagi mengelakkan kerajaan di patuk ular di lubang yang sama untuk kedua kalinya, pendekatan ini harus di fikirkan dengan teliti.
Tunjukkan kepada rakyat apa perbezaan besar yang berlaku di DUN yang di kuasai oleh parti pemerintah dan DUN yang di kuasai oleh Parti Pembangkang begitu juga dengan Parlimen, jika tiada perbezaan ketara maka rakyat akan lihat bahawa siapa sahaja jadi wakil rakyat samada pembangkang atau pemerintah sama sahaja. Biarlah PM Najib berkata dia PM untuk semua rakyat Malaysia namun hakikatnya kita jangan lupa menghargai orang yang menghargai kita.