Rabu, 6 Mac 2013

PAS YANG TUMPAS

https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTgQadLALdJ3RXab5GcuUWyuSoAo72Eqhb0uIHBiF7X03HFt_PIcg
Manifesto Pakatan Pembangkang langsung tidak menampakkan ianya di buat dengan erti "pakatan" yang sebenar, kenapa MPG berkata begitu? Jawapan sangat mudah bila dalam Manifesto itu tiada satu pun menyebut soal negara Islam dan hukum Hudud. Berpuluh-puluh tahun PAS bertegas mahu laksana hukum hudud tetapi kini tiada sepatah pun mengenainya. Tidak perasan kah pemimpin PAS tentang perkara itu?. Adakah memang benar PAS hari ini sudah jauh terpesong dengan dasar dan tujuan penubuhan PAS tahun 1955?.

Jika begitu apa tujuan PAS melaung-laungkan hukum hudud kalau mereka tidak mahu laksanakan?. Apakah betul seperti apa yang di katakan oleh Tengku Razaleigh Hamzah bahawa PAS tidak berani atau ikhlas untuk melaksanakannya walaupun pernah meluluskan enakmen mengenainya yang diperkenan Sultan Kelantan.

“Semuanya sudah berkedut. Pelbagai dalih diberikan, termasuk berbohong macam-macam. PAS tidak laksanakan hukum hudud kerana awal-awal lagi mereka tidak ada cadangan untuk buat hukum ini".

Kenyataan yang dibuat Ku Li pada 1999 masih relevan pada hari ini. PAS dikatakan membuat hukum hudud hanya untuk memenuhi cabaran Tun Dr Mahathir Mohamad yang dibuat di Pasir Gudang, Johor pada 17 April 1992.
 

Mana dia janji untuk melaksanakan dasar peraturan Islam dalam semua urusan pemerintahannya, mengenai perundangan, pentadbiran dan masyarakatnya? Mana dia rancangan nak basmi kemiskinan dengan pelbagai skim pembasmian dan sebagainya ala-Islam? Apa yang dikatakan model negeri Islam yang dilaungkan itu tidak juga terlaksana.”