Isnin, 29 Oktober 2012

ANUGERAH TOKONG - LIM GUAN ENG KE NIK AZIZ?

Jika ada pencalonan anugerah "tokong" oleh kerajaan Malaysia MPG akan mencalonkan Menteri Besar Kelantan sebagai penerima sulong walaupun sebelum ini Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mansor Othman pernah menamakan Ketua Menterinya sebagai tokong.

Pencalonan MPG berasas kerana ianya di sokong oleh kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, keadaan Nik Abdul Aziz yang sudah uzur itu bukan satu masalah kerana semua kerja akan dilakukan barisan Exco.

Menurut Takiyuddin lagi, kehadiran Nik Abdul Aziz sebagai pemimpin nombor satu di Kelantan sudah cukup untuk menepati ciri-ciri kepemimpinan ulama yang diperjuangkan Pas iaitu mengutamakan pembinaan berhala lebih tinggi dari mercu tanda masjid. Hingga negeri itu mendapat gelaran Kelantan darul tokong

Justeru katanya, Nik Abdul Aziz tidak bekerja keras kerana semua kerja yang ada akan dilakukan oleh orang bawahannya. Apa yang penting sekarang kami mahu beliau terus pegang jawatan sampai mati tanpa perlu orang lain sibuk-sibuk berebut jawatan tersebut." katanya yang juga Penolong Setiausaha Agung Pas.

Isnin, 22 Oktober 2012

PAKAT KELENTONG RAKYAT

Sejak Mac 2008, malang terus bertimpa-timpa kepada rakyat Selangor, terbaharu berita dari barisan peguam yang di lantik kerajaan Selangor sudah bersorak galak kerana berkeyakinan besar mereka akan menang dalam kes rakyat Selangor saman kerajaan PKR atas isu air percuma.Kenapa mereka bersorak sakan?. Kerana mereka yakin dan pasti bahawa kerajaan Selangor pimpinan Khalid gagap tidak punya "locus standi" untuk melaksanakan janji pilihanraya (manifesto) 2008 kerana janji itu dibuat atas nama Barisan Alternatif. 
 Cerita  benar klik sini :  PENDEDAHAN EKSEKLUSIF

Sabtu, 20 Oktober 2012

TIPULAH HUSAM SELAGI BERKUASA

Lagi rakyat Kelantan di janjikan harapan dengan tipu daya Husam Musa semasa pembentangan belanjawan Negeri. Husam berkata, tujuan dimasukkan tambahan RM200 juta yang kononnya royalti dari Telaga Kamelia hanya sekadar melonjak harapan,

“Ini bertujuan melonjakkan lagi harapan kerajaan dan rakyat Kelantan untuk mendapatkan hak mereka serta meletakkan tiang pacak bahawa Kelantan berhak terhadap pengeluaran gas khususnya di Telaga Kamelia yang memulakan pengeluaran Mac 2013,” – Husam Musa

Cerita benar KLIK SINI  Terima kasih Kickdeffela.

Jumaat, 19 Oktober 2012

PAS MENIPU LAGI, HUSAM MUSA HARUS BERTAUBAT

Apa dah jadi pada Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa nie, dah cacat akal ke?.

Dalam satu kenyataan rasminya, beliau mengiktiraf DAP jauh lebih baik berbanding UMNO. Pengiktirafan itu di buat semata-mata kerana kerajaan DAP negeri Pulau Pinang yang telah menyalurkan bantuan kepada Masjid di negeri itu. 

Sempit betul fikiran Ahli Politik PAS nie bukankan bantuan dan sumbangan kepada perkara berkaitan Agama rasmi negara (Agama Islam)adalah satu perkara yang perlu menurut perlembagaan Negara?. tak baca perlembagaan ke Husam Musa  nie?.

Kalau bantuan dan peruntukan masjid di jadikan ukuran,sudah tentu UMNO jauh lebih baik dari DAP. Malah jasa UMNO tidak pernah terhenti hanya memberikan peruntukan masjid dan surau-surau seluruh negara termasuk negeri kelantan sendiri. Malah juga kepada Imam-imam,bilal-bilal, tok siak, guru-guru kafa dan banyak lagi yang berkaitan Agama Islam di bantu oleh UMNO.

Bertaubat lah Husam Musa, janganlah kerana politik sempit perkara yang jelas dan terang sebegini pun kamu nak politikkan dan menafikan perkara yang benar, Beginikah sikap pemimpin yang mengaku patinya lebih Islamik dari orang lain?.

Khamis, 11 Oktober 2012

NIK AZIZ BUKTIKAN PAS FOR ALL

Jom pakat ramai-ramai keluar bulatan masuk Barisan. wahai saudara-saudaraku yang telah jauh terpesong aqidah dek kerana tipu daya Nik Aziz dan syaitan-syaitannya. Ketahuilah bahawa Nik Aziz telah berkata

"Saya tidak nampak di mana silapnya DAP sehingga ada pihak yang mempersoalkan tindakan PAS "bersekongkol" dengan parti itu," kata Nik Aziz.

Nik Aziz tak nampak mana silapnya?....

Mungkin pencacai-pencacai PAS akan melalak mengatakan kenyataan itu adalah fitnah , kerana mengikut hukum akli mereka mudah aje, Nik Aziz tak pernah membahasakan dirinya "saya" Nik Aziz hanya bahasakan dirinya sebagai "AMBO".

Isnin, 8 Oktober 2012

KISAH LALAT HIJAU DI PENGERANG

1. Lalat-lalat hijau di Pengerang di suruh  berhimpun untuk gagalkan projek loji penapis minyak dan petrokimia di Pengerang tapi bapak-bapak lalat hijau di Kelantan sibuk desak kerajaan puast buka kompleks petrokimia di pantai Senok Bachok Kelantan.
2. Lalat-lalat hijau di Pengerang di suruh bantah projek kerana di katakan projek tersebut mengancam nyawa penduduk. Sebab kata mereka kat Kerteh dan Paka tak de manusia hidup di sana semua mati kerana kesan kewujudan kompleks penapisan minyak dan loji petrokimia.
3. Lalat - lalat hijau di Pengerang di suruh bantah kononnya pampasan terlalu murah hakikatnya  Harga RM2.80 bukannya harga statik untuk setiap kaki tanah, sebaliknya harga tersebut hanya sesetengah kawasan atau lokasi tanah yang jauh ke pedalaman. Dengan kata lain, harga pengambilan tanah akan berubah secara menaik bermula dari RM2.80 sekaki sehinggalah RM8.00 sekaki yang dinilai berdasarkan lokasi tanah berkenaan. Selain penilaian harga tanah mengikut pada lokasi dan kedudukan, setiap aset milik penduduk sama ada rumah, bangunan atau tanaman turut mendapat pampasan sewajarnya.
4. Lalat-lalat hijau berdemo di Pengerang kononnya apabila RAPID berjaya rakyat pengerang tiada harta hakikatnya Setiap penduduk tempatan yang terlibat dalam pengambilan tanah untuk projek RAPID, selain mendapat nilai pampasan wang ringgit, mereka juga  memperolehi tapak rumah seluas 6,000 kaki persegi serta diberi subsidi pembelian rumah baru diantara RM45,000 hingga RM85,000.
5. Lalat-lalat hijau berdemo di Pengerang kononnya kalau projek RAPID berjaya rakyat pengerang jadi penganggur hakikatnya,bagi penduduk yang mahu meneruskan cara hidup bertani, mereka masih boleh meneruskannya di tanah baru seluas 0.8 hektar yang bakal menjadi milik mereka.  Atau mereka juga boleh mengambil kesempatan dari limpahan ekonomi projek tersebut yang bakal menyediakan sekurang-kurangnya 50,000 ruang kerjaya.
6. Lalat-lalat hijau jantan berhimpun di Pengerang nak cari lalat betina untuk di jadikan gundik.
7.Realiti sebenar disebalik penganjuran himpunan bantahan oleh pembangkang di Pengerang, banyak bersangkut paut dengan campurtangan negara jiran. Banyak maklumat risikan serta info dari penduduk tempatan menunjukkan sebahagian tanah yang terlibat dalam pembangunan RAPID turut membabitkan tanah milik rakyat negara jiran yang dibeli menggunakan proksi nama rakyat tempatan. Disebabkan tanah-tanah milik mereka hanya mendapat ganti wang tunai sahaja tanpa pampasan tanah gantian,dan komplek petrokimia mereka di Jurong akan terancam, inilah antara puncanya sesetengah rakyat negara jiran telah menaja NGO pembangkang di negara ini untuk memprotes projek RAPID.