Selasa, 28 Februari 2012

KERANA PRU 13, KERUSI TIMB.PRESIDEN PAS AKAN DI ISI OLEH BUKAN ISLAM

Pas reservedkan kerusi Timbalan Presiden kepada ahli bukan Islam. Wah hebat betul tranformasi PAS nie. Apa sahaja sanggup di lakukan demi kuasa,demi untuk duduk Putrajaya.“PAS bukanlah terlalu taksub,” tegas Ahli Parlimen Kuala Selangor , berdasarkan transformasi itu, PAS juga berjaya menubuhkan Kelab Penyokong PAS yang terdiri daripada kalangan rakyat bukan Islam. Kami bersedia menerima jawatan timbalan presiden daripada kalangan bukan Islam sekiranya keadaan memerlukan tambah Dr.Dzulkefli Ahmad yang juga Pegawai Penyelidikan PAS Pusat.

Tak payah lah nak gula-gula atau pancing bukan Islam untuk undi hangpa , mereka semua tak bangang macam puak-puak hangpa semua hanya dengan hajat bertanding 60 kerusi Parlimen dah nak berangan pegang tampuk pemerintahan negara. Orang bangang aje percaya bertanding hanya 60 daripada 222 kerusi boleh jadi parti dominan untuk mengetuai  Parlimen dan membentuk kerajaan dan seterusnya jadi PM. Tak usah nak buat pelawok lah.

Menjulang orang bukan Islam jadi pemimpin kamu. Yang selama ini kamu semua gah kononnya memperjuangkan Islam, aje gile ke koma. udah-udah le, bertaubat lah...tinggalkanlah ajaran sesat tu.

Isnin, 27 Februari 2012

ANAK ALI DAN IBRAHIM YANG MEWARNAI POLITIK TANAH AIR

Hassan Ali







Ibrahim Ali






Azmin Ali







 Anwar Ibrahim









Zahid Ibrahim









Zamil Ibrahim
                                    

Sabtu, 18 Februari 2012

BANTAH KEHADIRAN ANWAR DI ENDAU


SEBAHAGIAN daripada 200 orang yang mewakili parti politik, NGO mengadakan bantahan aman terhadap kehadiran Anwar selepas membuat laporan di Balai Polis Endau, Johor, semalam.


MERSING 17 Feb. - Kira-kira 200 orang yang mewakili pelbagai parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan bantahan secara aman terhadap kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Endau di sini untuk berceramah Ahad ini.

Kumpulan tersebut yang terdiri daripada wakil Pergerakan Pemuda UMNO, MCA, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Mersing serta Persatuan Belia Endau mendakwa kehadiran Ketua Umum PKR itu hanya akan memecah-belahkan perpaduan penduduk di kawasan tersebut.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Mersing, Youzaimi Yusuf berkata, penduduk di daerah ini menolak kehadiran Anwar kerana kehadirannya akan menimbulkan rasa kurang tenteram, selain ceramah beliau hanya akan menghasut rakyat untuk membenci kerajaan.

"Masyarakat di sini membantah kehadiran Anwar dan kita tidak sekali-kali akan terpedaya dengan janji manis yang ditaburkan kepada penduduk Mersing kerana kami sentiasa menyokong dan berdiri teguh bersama kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kami tidak mahu Anwar yang menyokong negara Israel hadir ke tempat tinggal kami kerana ia akan mengubah suasana harmoni dan keselesaan penduduk yang telah sekian lama terjalin baik antara pelbagai kaum," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat laporan bersama Setiausaha MCA Bahagian Mersing, Tan Ah Fatt di Balai Polis Endau di sini semalam.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Belia Endau, Musranizam Musa berharap golongan belia tidak terpedaya dengan agenda peribadi Anwar kerana ia hanya akan merosakkan keharmonian penduduk di kawasan itu.
"Kami mahu keamanan sedia ada di sini dikekalkan dan kehadiran Anwar pasti memecah-belahkan penduduk," katanya.
2

Khamis, 16 Februari 2012

ANTARA DUA DARJAT









"Saya minta semua pengundi undi calon DAP. Ini kerana DAP sekarang berada bersama PAS dan KeADILan (Parti Keadilan Rakyat) dalam Pakatan Rakyat.








Dr Hasan berdoa bahawa demi Allah, demi Rasul pada malam yang hening ini marilah kita berjanji bahawa kita tidak akan sekali-kali memberi walau satu undi pun kepada DAP, kerana apa kerana DAP adalah musuh Islam.

Rabu, 8 Februari 2012

SOKONG ISREAL STRATEGI TERBAHARU MENAWAN PUTRAJAYA

Ini adalah strategi terancang Anwar Ibrahim agar PM Najib dan barisan kabinet kerajaan BN mengutuk tindakkanya mempertahankan Negara Isreal. Jika PM Najib dan barisan kabinet bertindak  terlalu emosional dalam isu ini maka sudah pasti pelbagai ucapan dan kutukan akan di lemparkan kepada Anwar Ibrahim yang nantinya akan di lihat oleh Amerika syarikat Anwar Ibrahim ini adalah pejuang mereka yang wajar di lindungi, bertolak dari situ maka campurtangan terus Amerika Syarikat terhadap negara ini akan di lakukan.

AS boleh memberi alasan bahawa adalah menjadi haknya untuk melindungi kepentingannya di mana sahaja.

Justeru itu MPG menyeru agar PM Najib dan barisan kabinet BN berhati-hati dengan "umpan" anwar ini di khuatiri nanti AS akan menjalankan dasar penaklukkannya di negara ini melalui bangsat yang bernama Anwar Ibrahim. Ini adalah strategi merampas putrajaya secara revolusi setelah secara demokrasi melalui 16 Sept. GAGAL. Demonstrasi Bersih 1 GAGAL, Demonstrasi Bersih 2 .GAGAL. Demonstrasi 9 Januari. GAGAL.

Isnin, 6 Februari 2012

SIAPA ANJING YAHUDI @ ISRAEL DI MALAYSIA

Bacalah dengan hati yang terbuka, mudah-mudahan Allah S.W.T membuka hati-hati kamu kepada kebenaran, terimakasih penulis Dari Jendela Tok Ki.


Semua orang tahu Anwar rapat dengan Paul Wolfowitz yang pernah menjawat Timbalan Setiausaha Pertahanan AS dan dikenali sebagai arkitek Perang Afghanistan/Iraq. Anwar juga rapat dengan Shaha Ali Riza teman wanita Wolforwitz dan pernah menulis surat kepada Robin Celeveland iaitu penasihat undang-undang Wolfowitz di Bank Dunia pada 1 Oktober 2006 yang meminta agar Shaha Ali Riza dipindahkan ke Foundation For The Future di mana Anwar menjadi orang kuatnya.

Anwar juga ada hubungan dengan Martin Indyk bekas Duta Amerika Syrikat ke Israel dan bekas Timbalan Pengarah Penyelidikan American Israel Public Affair Committee (AIPAC) suatu kumpulan pelobi pro-Israel di Amerika Syarikat. Anwar rapat dengan Indyk dan sering terlibat bersama dengan program-program anjuran Saban Center for Middle East Policy Center, Institut Brookings.

Anwar juga rapat dengan James Wolfenshon, bekas Presiden Bank Dunia yang berasal dari keluarga Yahudi di England. Pada 2005, Setiausaha Negara Amerika, Condoleeza Rice melantik Wolfensohn dalam utusan khas di Gaza bagi membantu memperkuatkan kedudukan Israel.

Semasa menjadi Presiden Bank Dunia, James Wolfensohn telah melantik Anwar (ketika itu Menteri Kewangan) sebagai ahli Committee International Finance Corporation, World Bank/IMF pada 1997. Pada 24 Julai 2008, Wolfensohn bersama dua tokoh Yahudi (Paul Martin dan Michel Camdessus) menggesa agar pertuduhan liwat ke atas Anwar digugurkan.

Anwar juga amat rapat dengan William Cohen berasal dari keluarga Yahudi di Rusia yang merupakan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Bill Clinton. Cohen kemudian menjemput Anwar secara peribadi ke Pentagon, Virginia pada 16 April 1998. Pada tahun 1999, Cohen mengecam Malaysia dan menggesa pertuduhan liwat ke atas Anwar digugurkan.