"Orang dahulu berjuang, pertama hilang, kedua terbilang, tetapi orang sekarang berjuang, pertama cari menang, sudah menang cari wang, dapat wang jatuhkan orang,hidup di awang-awang, akhirnya jatuh terlentang". ~Tan Sri Abdul Aziz Tapa
Selasa, 1 April 2014
NEGERI BERDAULAT, MB BERHEMAT,RAKYAT MUFAKAT
Sabtu, 29 Mac 2014
LAKI BINI BEREBUT JAWATAN PRESIDEN
Satu sejarah tercipta bilamana hari ini setelah tamat jam 5.00 petang tadi,tarikh dan masa penamaan calon bagi merebut jawatan dalam parti PKR tamat, Urusetia Pencalonan Pusat PKR mengumumkan jawatan Presiden Parti akan menyaksikan pertarungan antara LAKI DAN BINI. Anuwar Ibrahim dan Wan Azizah akan berentap untuk jadi Presiden.
Apapun pasti seluruh dunia akan tahu bahawa Wan Azizah akan selamanya di kuasai oleh Anuwar Ibrahim maka pertandingan satu lawan satu ini pasti tidak akan terjadi, Seluruh dunia sudah tahu mainan politik laki bini ini. Yang pasti Anuwar Ibrahim tidak akan mengaku kalah dengan bininya, Kalau dia rasa sudah penat pasti dia akan tolak Wan Azizah di atas begitu juga kalau Wan Azizah dah penat pasti dia akan turun bawah pula, tak caya tengok video yang cina doll tu...ini kemahiran Anuwar.
Sejarah juga akan tercipta di Malaysia bila Banduan akan memenangi kerusi Presiden Parti, tanpa perlu jelajah seluruh negara berkempen cukup hanya di sebalik jeriji besi pun sudah boleh menang, Nampak sangat semua penyokongnya BODOH lagi maha BEBAL.
MELAYU JATI
Sabtu, 22 Mac 2014
KAJANG BAKAL JADI ANAK EMAS MCA
23hb.March 2014 Tarikh penting buat nasib DUN Kajang. Pengundi berdaftar akan tentukan nasib itu.Jika BN menang pekan Kajang akan berubah wajah masalah jalanraya akan di beri keutamaan.
Masalah perparitan dan masalah sampah akan di beri perhatian. MCA mempertaruhkan jawatan dalam kabinet untuk membantu Kajang, penerimaan semula jawatan dalam kabinet oleh MCA adalah kunci kepada pengiktirafan ini.
Kerajaan Barisan Nasional mesti di percayai oleh kaum cina keseluruhannya dan pengundi cina kajang khasnya, jika di kira jumlah layak mengundi pengundi melayu jadi majoriti sudah tentu kalau BN tidak bertoleransi BN akan letak calon Melayu, tapi BN tidak begitu, BN tak macam PKR yang rampas hak kaum cina di Kajang. Seluruh rakyat Malaysia tahu kerusi dun kajang milik kaum cina, tapi kerana cita cita jadi MB Selangor maka kerusi itu di kosongkan utk Anuwar Ibrahim, Namun perancangan Allah mengatasi perancangan manusia terlaknat.
Tiada pilihan lain, Anuwar menamakan isterinya sebagai pengganti, kaum cina kajang terngangga mulut. Kalau begini cara politik PKR ,memang kaum cina tiada kerusi politik alasannya kawasan majoriti melayu wakil rakyat mesti melayu.
KAJANG 4BN
Datin paduka Chew Mei Fun, wakil MCA yang akan menjadi jambatan buat rakyat. Calon lagi satu sentiada jadi alat buat suami melempiaskan nafsu politik tak dapat jadi PM jadi MB pon boleh, takdir Allah penjara kajang menjemput.
Mei fun menjadi taruhan BN bukan sahaja berpengalaman malah berintegriti dan berkredibiliti.
Khamis, 20 Mac 2014
FUAD HASAN SEKOLAHKAN ANUWAR
Rabu, 19 Mac 2014
NURUL IZZAH LARI TINGGALKAN PENGUNDI
Semalam Wan Azizah Kena 'Sound', Hari Ini Giliran Nurul Izzah Pula Kena Maki Dengan Makcik Gerai
Apalah nasib malang anak beranak Wan Azizah dan Nurul Izzah. Semalam Wan Azizah kena 'sound' dengan peniaga gerai berasal dari Permatang Pauh yang menumpang berniaga di gerai di Sungai Kantan,
Hari ini pula giliran anak perempuan sulungnya pula kena basuh dengan makcik gerai yang berniaga di Taman Mesra, Kajang. Apa tidaknya, makcik itu sudah berniaga sejak 11 tahun, akhirnya gerainya diarahkan roboh oleh Kerajaan PR Selangor.
Padan muka Nurul Izzah kena maki dengan makcik ni. Kata makcik berkenaan, sejak PR memerintah Selangor, gerai Melayu banyak yang kena roboh. Bila nak undi baru datang melawat. ''Apa punya haramjadah" kata makcik itu dengan garang. Sudahlah nak robohkan gerai orang tanpa bagi alasan atau berikan tempat pengganti, ada hati lagi nak sibuk minta undi simpati.
Isnin, 17 Mac 2014
CHEW MEI FUN MENANG DI KAJANG
DUN Kajang mempunyai 39,728 pengundi berdaftar, 48% pengundi Melayu, 41% Cina ,pengundi India 10% dan 1% lain-lain bangsa.
Rata rata pengundi yang di temui di Kajang berkata mereka tidak mahu kajang di jadikan Permatang Pauh kedua oleh perbuatan laki bini yang gila kuasa ini. Cukup lah Permatang Pauh jadi pengajaran. Mereka sedar walaupun kemenangan Mei Fun tidak merubah apa-apa lanskap pentadbiran kerajaan Selangor tapi sekurang-kurangnya PKR Negeri Selangor tidak terlalu mendongak ke langit
Selasa, 11 Mac 2014
KRONISME TULEN OLEH ANUWAR IBRAHIM
Jumaat, 7 Mac 2014
JANJI KERAJAAN JOHOR KEPADA USAHAWAN DAN KONTRAKTOR BUMIPUTERA
Katanya, Kerajaan Negeri bakal memuktamadkan rundingan dengan Petroleum Nasional Bhd (Petronas) mengenai pengagihan kontrak RAPID dalam masa terdekat.
Rabu, 5 Mac 2014
CUKAI KHAS KEPADA RAKYAT SINGAPURA
Generasi lama selalu di ketawakan oleh generasi muda kerana terlalu "cerdik" dalam berurusan dengan kerajaan Singapura terutama soal penjualan air mentah. Kita juga di tertawakan kerana isu Jambatan Indah @ jambatan bengkok yang tidak dapat di laksanakan kerana katanya terpaksa tunduk dengan birokerasi kerajaan Singapura.
Tapi kali ini MPG berharap YAB Menteri Besar "cool" ini dapat menutup mulut besar orang Singapura dengan MEMPERKENALKAN CUKAI UNTUK RAKYAT SINGAPURA YANG DATANG DAN BERBELANJA DI MALAYSIA.
Cukai yang ada sekarang hanya kepada TOL akan kepada kenderaan yang menggunakan tambak Johor dan link kedua, kerajaan Negeri mesti memperkenalkan sekurang-kurangnya 2 lagi jenis cukai kepada rakyat Singapura ini iaitu;
1. Cukai kepada Kenderaan Singapura atau bernombor pendaftaran Singapura yang memasuki negara ini dengan berdasarkan kiraan jam, sebagai contoh RM 2.50 sejam.
2. Cukai barangan yang di borong dari negara ini terutama barangan makanan atau bahan mentah untuk makanan dengan kadar sama dengan kadar tukaran matawang Dollar Singapura, contohnya jika rakyat Singapura membeli barangan makanan atau bahan mentah makanan dari Johor Baharu dengan harga RM 100.00 maka mereka mesti bayar cukai sekitar RM 25.00.
MPG tidak bimbang kesan negatif yang mungkin timbul 1. Kerana rakyat Singapura tidak ghairah datang berbelanja di Negara ini, kerana MPG yakin dan pasti kalau dia orang tak beli kami rakyat Malaysia banyak nak beli. 2. Jumlah pelancong dari Singapura yang merosot, selama ini mereka datang pun bukan melancong tapi memanipulasikan ekonomi negara, kerana kehadiran mereka peniaga-peniaga bangsa mereka di negara ini langsung tidak mahu bertolak ansur atau tidak mahu menawarkan potongan harga kepada penduduk tempatan , mereka tidak khuatir barangan tidak laku kerana rakyat singapura bangsa mereka boleh beli..Kehadiran merekalah menyebabkan barang jadi mahal.
So pergi jahanam Little Israel.
Sabtu, 1 Mac 2014
KHALED NORDIN DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT
Maklumat lanjut klik sini :KHALED PEJUANG PEMBANGUNAN PRO RAKYAT, MELALUI KONSEP MUFAKAT JOHOR
Sabtu, 22 Februari 2014
MAMPUKAH KJ BUAT PROGRAM SEBEGINI
Kerjasama komuniti yang dipelopori Pemuda dari parti UMNO PAS dan PKR Bahagian Sabak Bernam telah menyerlahkan dimensi baru dalam agenda bersama dengan mengenepikan ideologi politik demi penyatuan bangsa.
Rabu, 19 Februari 2014
YAB KHALED NORDIN BUAT SINGAPURA SESAK NAFAS DAN SAKIT PERUT
Singapura menandatangani tiga perjanjian dengan Johor iaitu Perjanjian Hak Air pada 1927, Perjanjian Air pada 1961 dan Perjanjian Air pada 1962.
Disember 1927, Perjanjian Hak Air ditandatangani antara Sultan Ibrahim dan Pesuruhjaya Majlis Perbandaran Singapura.
Menurut perjanjian itu, Johor memperuntukkan seluas 2,100 ekar tanah di Gunung Pulai sebagai kawasan tadahan dan bekalan air republik itu.
Singapura dikenakan bayaran RM0.30 sen seekar namun tidak dinyatakan harga air yang perlu dibayar.
Johor pula perlu membayar RM0.25 sen bagi 1,00 gelen air jika ingin mendapatkan bekalan air yang dirawat Singapura.
Menerusi Perjanjian Air 1961, Singapura dikenakan bayaran RM0.03 sen bagi 1,000 gelen air selain diberi hak eksklusif mendapatkan air dari Sungai Skudai dan Sungai Tebrau.
Singapura juga dibenarkan menggunakan tanah seluas 120 ekar selama 99 tahun.
Dalam Perjanjian Air 1962, negara itu dibenarkan menggunakan seluas 341 ekar selama 99 tahun dengan bayaran RM5 seekar.
Selepas 30 tahun perjanjian dimeterai, Singapura menyatakan hasrat untuk menyambung perjanjian air tetapi menolak penetapan kadar baru.
Negara itu hanya bersetuju membayar 45 sen sehingga tahun 2011 dan 60 sen mulai 2011 sehingga 2061 dan berterusan sehingga 100 tahun selepas itu.
Malaysia meletakkan syarat negara itu perlu membayar 60 sen dari 2001 hingga 2007 dan dinaikkan kepada RM3 sehingga 2011 dan selepas itu formula baru digunakan bagi kadar air.
Singapura menolak perjanjian tambahan pindaan harga itu.
Selasa, 18 Februari 2014
JOHOR - HUB PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
Dasar membangunkan keupayaan rakyat adalah strategi penting yang telah dilakarkan dalam Bajet 2014. Johor memerlukan rakyat yang mandiri untuk kelestarian pembangunannya. Tiada strategi lain yang ‘can last the test of time’ kecuali melalui pendidikan dan latihan yang baik. Melalui peluang pendidikan, potensi setiap insan boleh ditonjolkan. Ia bukan sahaja tuntutan biasa, ia juga adalah tuntutan agama dan moral, penyuluh jalan yang boleh menerangi kehidupan manusia. Dan pentadbiran saya amat mengutamakan pendidikan. Ini bukan bermakna semua orang harus ke menara gading. Tetapi setiap orang, mesti merasakan mereka punyai ruang dan laluan untuk menonjolkan bakat mereka. Samada ia dilaksanakan melalui pendidikan tinggi atau latihan kemahiran untuk pasaran kerja global, Johor berhasrat menjadi contoh kepada seluruh Malaysia dalam mendemokrasikan ilmu dan kemahiran. Johor tidak mungkin mampu beranjak kepada ekonomi berasaskan ilmu dan kreativiti serta bersifat saintifik tanpa rakyatnya yang mendambakan pengetahuan.
Sektor perkhidmatan, industri gas dan petroleum, bioteknologi, industri kreatif, pertanian termaju, pelancongan serta pelbagai lagi sektor ekonomi moden memerlukan ‘a globally competitive workforce’. Oleh itu, Johor berhasrat untuk menjadikan pendidikan tinggi dan latihan sebagai agenda besar perubahannya.
Jumaat, 14 Februari 2014
1 ANTARA 3 CALON MCA BAKAL MEMALUKAN ANUWAR DI PRK KAJANG
Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun.
Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon
Setiausaha Organisasi Kebangsaan, Datuk Yoo Wei How.
Khamis, 13 Februari 2014
TAHNIAH MB JOHOR. - 20,000 PENJAWAT AWAM NEGERI DAPAT MANAFAAT.
Sebelum ini, kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak empat peratus. Beliau berkata bagi peminjam yang masih mempunyai baki dan dipotong dari gaji bulanan, baki pinjaman terkini akan disediakan pada April hingga Mei depan.
Bayaran balik mengikut jadual baru skim ini akan dilaksanakan pada Mei atau Jun tahun ini, katanya ketika menyampaikan amanat sulung tahun ini kepada kira-kira 1,500 penjawat awam negeri di Kota Iskandar di sini.
"Kerajaan sentiasa inovatif dalam menangani masalah rakyat dan yang paling penting ialah semua ini disumbang melalui inovasi dasar yang dilakukan penjawat awam," katanya.
Menurut Khaled, antara dasar penting dalam pembentangan Bajet 2014 ialah usaha kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.
"Langkah seperti memperbanyakkan projek rumah mampu milik sememangnya sangat bertepatan. Ini bermakna, kerajaan tidak hanya membiarkan kuasa pasaran menentukan kos rumah," kata menteri besar itu.
Selain itu, dengan memperbanyakkan kedai rakyat 1Malaysia di seluruh negara juga membolehkan rakyat mendapat barangan keperluan harian pada harga yang lebih rendah.
"Ini akan memberikan rakyat pilihan dan jika dilaksanakan secara berkesan, akan membantu mengurangkan beban rakyat secara relatif," katanya. - Bernama








