Sabtu, 29 Mac 2014

MELAYU JATI

Apa tanda Melayu Jati?
Mesyuarat mufakat sampai ke hati.

Apa tanda Melayu beradat?
Pantang duduk meninggalkan mufakat
Pantang tegak membuang sepakat
Pantang berjalan tidak seniat
Pantang berkayuh tidak sebuat,
Pantang memakai tidak seadat.

Apa tanda Melayu berbudi?
Mesyuarat mufakat pakaian diri.

Apa tanda Melayu bertuah?
Malu hidup melanggar sumpah
Malu mati menyalahi sunnah
Malu berbuat tidak semenggah
Malu bercakap bercabang lidah
Malu kaya menganiya yang susah
Malu berkuasa memaksa yang rendah
Malu bekerja yang tiada berfaedah
Malu duduk kain tersimbah
Malu tegak sombong melangkah
Malu bersaudara bantah membantah
Malu berkaum sanggah menyanggah
Malu berbangsa ludah meludah

"Tidak sekali - kali panjang fikiran seseorang selain ia telah berilmu, Dan tiada sekali-kali berilmu seseorang itu selain ia beramal" 

Tiada ulasan: