Pengundi Melayu DUN Kajang nampaknya sangat cerdik dalam berpolitik tidak mudah memberikan undi kepada orang yang tidak mempunyai pendirian, ramai pengundi melayu yang di temu bual mengakui bahawa memberi undi kepada Wan Azizah (PKR) bermakna membenarkan diri mereka di peralatkan oleh Anuwar Ibrahim.
DUN Kajang mempunyai 39,728 pengundi berdaftar, 48% pengundi Melayu, 41% Cina ,pengundi India 10% dan 1% lain-lain bangsa.
Walaupun pembuangan undi hanya akan di lakukan pada 23.Mac 2014 dan keputusan awal akan di umumkan pada malamnya namun .MPG mengisytiharkan kemenangan kepada calon BN kerana ciri ciri kepimpinan sangat jelas pada diri calon BN , Datin Paduka Chew Mei Fun. Personalitinya, keterampilan, Integriti dan Kredibiliti. Jauh berbeza dengan calon lawan yang hanya menjadi Boneka, tiada prinsip dan mudah di peralatkan.
Rata rata pengundi yang di temui di Kajang berkata mereka tidak mahu kajang di jadikan Permatang Pauh kedua oleh perbuatan laki bini yang gila kuasa ini. Cukup lah Permatang Pauh jadi pengajaran. Mereka sedar walaupun kemenangan Mei Fun tidak merubah apa-apa lanskap pentadbiran kerajaan Selangor tapi sekurang-kurangnya PKR Negeri Selangor tidak terlalu mendongak ke langit
Tiada ulasan:
Catat Ulasan