Lebih kurang 7 bulan memimpin Johor Darul Ta'zim, Khaled Nordin dilihat sebagai seorang anak Johor ibarat sirih pulang je ganggang yang membawa pendekatan dan memperjuangkan pembangunan pro rakyat. Ini terbukti dengan pelbagai langkah dan tindakan beliau dalam memastikan isu tanah dan perumahan rakyat Johor dibela. Khaled turut mengambil langkah drastik dalam memastikan setiap rakyat Johor memiliki rumah dengan mengumumkan 28000 rumah mampu milik maksimum RM150,000 untuk rakyat Johor. Beliau sedar antara agenda terpenting yang perlu diselesaikan oleh Kerajaan Negeri ialah perumahan yang menjadi impian setiap rakyat Johor untuk memiliki kediaman sendiri. Selain itu, rakyat Johor perlu mendapat manfaat dan nikmat dari segi peluang pekerjaan berkualiti dan peluang ekonomi serta tidak terpinggir dari arus pembangunan Iskandar Malaysia.
Maklumat lanjut klik sini :KHALED PEJUANG PEMBANGUNAN PRO RAKYAT, MELALUI KONSEP MUFAKAT JOHOR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan