Jumaat, 7 Mac 2014

JANJI KERAJAAN JOHOR KEPADA USAHAWAN DAN KONTRAKTOR BUMIPUTERA

Kerajaan Negeri komited membantu kontraktor dan usahawan bumiputera di negeri ini untuk terus berkembang dengan melibatkan golongan itu dalam projek-projek yang berkaitan kerajaan.
Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata Kerajaan Negeri akan memberi fokus berkenaan soal pengagihan supaya pertumbuhan ekonomi di Johor dapat dirasai oleh semua termasuk golongan kontraktor dan usahawan tempatan.
“Kita fokus pada pengagihan supaya projek-projek besar yang ada kaitan dengan kerajaan tidak akan melupakan peranan dan penyertaan syarikat tempatan, sama ada usahawan dan sebagianya,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Wisma Persatuan Kontraktor Melayu Negeri Johor di sini.
Mohamed Khaled berkata, pengagihan itu termasuklah mengenai kontrak Pembangunan Integrasi Penapisan dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor.
Katanya, Kerajaan Negeri bakal memuktamadkan rundingan dengan Petroleum Nasional Bhd (Petronas) mengenai pengagihan kontrak RAPID dalam masa terdekat.
“Kita sedang berunding dengan pihak Petronas dan kita menjangkakan mendapat keputusan yang positif dari itu, yang mana dalam soal ini kita sudah lantik Datuk Hasni Mohamad (Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pembangunan Luar Bandar) untuk melihat bagaimana untuk mengagihkan projek atau kontrak tersebut bila ia dilaksanakan.
“Jumlah peratusan mengenai pengagihan tersebut belum lagi diputuskan tetapi secara prinsipnya syarikat petroleum negara itu telah bersetuju akan pentingnya peluang diberikan kepada kontraktor dan usahawan Bumiputera dan tempatan,” katanya.
Katanya, bagi kontraktor Bumiputera negeri ini yang berminat dengan projek Rapid ini, mereka diminta mendaftarkan diri supaya boleh dinilai dari segi kelayakan bagi mendapatkan kontrak tersebut.
Selain itu, beliau turut meminta semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) terutama di negeri Johor supaya meletakkan sasaran petunjuk prestasi utama (KPI) untuk untuk 10 syarikat yang sudah dibantu setiap tahun.
"Daripada situ, kita akan pastikan ketulenan program-program untuk membesar dan memantapkan syarikat syarikat itu. Setiap GLC dan GLIC mesti, sudah bertahun-tahun mereka wujud, siapa (syarikat) yang telah mereka tolong," kata beliau.
Sumber : Majalah Jauhar. 

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Harapnya k'jaan ISLAM/MELAYU Johor tidak akan TUNDUK pd. GERTAKAN Zionis S'pura (PAP juga sekutu kuat DAPBANGKAI; lihat di - http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009)!

Dan lihat GERTAKAN SAMSENG S'pura di http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140307/lu_01/Malaysia-hilang-hak---K-Shanmugam:

Malaysia hilang hak - K. Shanmugam

SINGAPURA 6 Mac. - Malaysia hilang hak untuk mengkaji semula harga air mentah yang dibekalkan ke Singapura, tegas Menteri Luar Singapura, K. Shanmugam.

Beliau berkata, ini berdasarkan syarat-syarat yang termaktub di bawah Perjanjian Air 1962.
Beliau berkata demikian sebagai maklum balas terhadap laporan media Malaysia yang menyatakan pentadbiran negeri Johor berhasrat menyemak semula harga air mentah yang dijual dari negeri itu ke Singapura.

`Perjanjian Air itu juga dijamin di bawah Perjanjian Pemisahan yang memberi kemerdekaan kepada Singapura pada 1965.

"Kedua-dua perjanjian itu merupakan perjanjian antarabangsa yang penting kepada kami, kedaulatan kami dan keselamatan kami. Syarat-syarat yang termaktub di dalamnya tidak boleh diubah oleh sebelah pihak, katanya.....

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Tanpa Nama berkata...

Hak dpt air.... mmg laa...

Tapi hak harga air x mungkin...

Tanpa Nama berkata...

tipu la tu. banyak tanah premium dah tergadai