Rabu, 5 Mac 2014

CUKAI KHAS KEPADA RAKYAT SINGAPURA

Tahniah YAB Dato' Seri Mohamed Khaled Bin Hj.Nordin menteri Besar Johor yang sangat bijaksana dalam perancangan memajukan Negeri dan menambah pendapatan Negeri untuk Kesejahteraan Rakyat Johor. Selama ini kita selalu di momokkan dengan cerita Johor Khasnya dan Malaysia amnya selalu tunduk kepada "Little Israel" atau lebih tepat lagi Singapura.

Generasi lama selalu di ketawakan oleh generasi muda kerana terlalu "cerdik" dalam berurusan dengan kerajaan Singapura terutama soal penjualan air mentah. Kita juga di tertawakan kerana isu Jambatan Indah @ jambatan bengkok yang tidak dapat di laksanakan kerana katanya terpaksa tunduk dengan birokerasi kerajaan Singapura.

Tapi kali ini MPG berharap YAB Menteri Besar "cool" ini dapat menutup mulut besar orang Singapura dengan MEMPERKENALKAN  CUKAI UNTUK RAKYAT SINGAPURA YANG DATANG DAN BERBELANJA DI MALAYSIA.

Cukai yang ada sekarang hanya kepada TOL akan kepada kenderaan yang menggunakan tambak Johor dan link kedua, kerajaan Negeri mesti memperkenalkan sekurang-kurangnya 2 lagi jenis cukai kepada rakyat Singapura ini iaitu;

1. Cukai  kepada Kenderaan Singapura atau bernombor pendaftaran Singapura yang memasuki negara ini dengan berdasarkan kiraan jam, sebagai contoh RM 2.50 sejam.

2. Cukai barangan yang di borong dari negara ini terutama barangan makanan atau bahan mentah untuk makanan dengan kadar sama dengan kadar tukaran matawang Dollar Singapura, contohnya jika rakyat Singapura membeli barangan makanan atau bahan mentah makanan dari Johor Baharu dengan harga RM 100.00 maka mereka mesti bayar cukai sekitar RM 25.00.

MPG tidak bimbang kesan negatif yang mungkin timbul  1. Kerana rakyat Singapura tidak ghairah datang berbelanja di Negara ini, kerana MPG yakin dan pasti kalau dia orang tak beli kami rakyat Malaysia banyak nak beli. 2. Jumlah pelancong dari Singapura yang merosot, selama ini mereka datang pun bukan melancong tapi memanipulasikan ekonomi negara, kerana kehadiran mereka peniaga-peniaga bangsa mereka di negara ini langsung  tidak mahu bertolak ansur atau tidak mahu menawarkan potongan harga kepada penduduk tempatan , mereka tidak khuatir barangan tidak laku kerana rakyat singapura bangsa mereka boleh beli..Kehadiran merekalah menyebabkan barang jadi mahal.

So pergi jahanam Little Israel.


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jikalau setiap RM 100 dibelanja oleh orang Singapura mesti bayar cukai khas RM25, tak payahlah orang Singapura datang membeli barang dari Johor atau dari mana negeri Malaysia.

Dan tak payahlah orang Singapura datang melancung atau membeli belah di Malaysia.

Siapa yang rugi ?

Oleh itu MPG mesti berfikir secara logik dan pros and cos.

MPG mesti fikirkan 'cost and effect', bukan secara menghentam buta sahaja.

Otak geliga berkata...

Tindakan yg terBAIK dr MB Johor dan barisan kepimpinannya.....mmg patut dah lama benda ni dibuat.

Jgn risau dgn kedatangan org2 Singapura sbb mereka mahu atau tidak akan terpaksa dtg ke Malaysia utk berbelanja dan bercuti sambil membuat jalanraya Malaysia sbg tempat LUMBA KERETA.

lagipun tahun 2014 menunjukkan Singapura menjadi bandaraya PALING TINGGI KOS SARA HIDUP mengalahkan Jepun. Maka sudah pasti berduyun2 rakyat Singapura akan TURUN ke Johor khususnya n Malaysia amnya utk menenangkan diri.

TAHNIAH pd MB Johor n barisan kepimpinannya....pedulikan pandangan yg skeptikal ttg cadangan BERNAS ini....silap2 "mereka" ni warga Singapura yg SUKA DTG Malaysia utk berbelanja n melancong

Tanpa Nama berkata...

Begini, saya cadangkan supaya setiap kereta dikenakan caj RM100 setiap kali masuk Johor Bahru. Mesti kaya punya Johor lepas ni. Jangan bagi muka dengan dorang ni. Dorang mesti masuk Johor punya setiap minggu. Hehehehe..

Melayu Pasir Gudang berkata...

Selama ini negara cukup toleransi dengan little Israel nie, subsidi minyak,subsidi barang keparluan harian,subsidi perumahan semuanya mereka sakau, hinggakan politik setempat juga mereka kacau.

Melayu Pasir Gudang berkata...

Penyatuan parti pembangkang DAP dengan parti PAP Singapore adalah ancaman besar kerajaan melayu islam di Malaysia....fikir fikirkan.