Selasa, 3 Mei 2011

WEE KA SIONG JANGAN JADI GUNTING DALAM LIPATAN

Dulu berbunyi sumbang mempersoalkan peruntukan biasiswa dan tajaan oleh MARA, kepada pelajar melayu  yang dilihat sebagai ‘menyinggung’ perasaan orang Melayu kerana soal biasiswa merupakan hak istimewa yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan bawah Artikel 153.

Kali ini berbunyi lagi dengan kononnya pengasingan komponen kesusasteraan Melayu dari subjek Bahasa Melayu untuk dijadikan satu subjek tunggal di anggap membebankan pelajar.Pandangan beliau itu berbeza dengan cadangan Sasterawan Negara Prof.Emeritus Dr.Muhammad Salleh yang meminta kerajaan mengambil langkah yang lebih progresif untuk membaiki cara pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran Kesusteraan Melayu di sekolah-sekolah, Agar mata pelajaran itu mampu menyumbang kepada usaha memartabatkan bangsa melayu, kerana dalam sastera melayu ada sejarah bangsa.

Pandangan Wee Ka Siong itu sebenarnya adalah cubaan untuk menghapuskan identiti kaum melayu itu sendiri. Ka Siong perlu lebih berhati-hati dalam berbicara soal ini kerana beliau tidak seharusnya masuk campur dalam urusan bangsa Melayu. Penyatuan Bahasa Melayu dengan Kesusteraan Melayu dalam satu subjek (komsas) menyekat perkembangan sastera melayu, menghadkan masa pembelajaran bahasa melayu, mengurangkan potensi pelajar melayu untuk mendapat jumlah "A" dalam peperiksaannya. 

Ka Siong hentikanlah sikap "kiasu" anda kepada bangsa melayu. Janganlah terlau melampau mengambil kesempatan terhadap bangsa kami ini, Pengundi Melayu di Parlimen Ayer Hitam sentiasa memerhati kamu.

Tiada ulasan: