Sabtu, 14 Mei 2011

FATWA NIK AZIZ : TAK MASUK SYURGA TUDUH ANWAR

KUALA LUMPUR, 14 Mei — Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan video seks, yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang itu, tidak akan masuk syurga.

Rakaman video itu didedahkan kali pertama oleh trio “Datuk T” pada 21 Mac lalu.

Polis Diraja Malaysia petang semalam sekali lagi mengesahkan ketulenan video seks itu dengan memperoleh pandangan pakar dari Amerika Syarikat.

“Orang yang terbabit dalam komplot video berkenaan akan teruk nanti, selagi tak jilat kaki Anwar atas dunia ni, tak boleh masuk syurga dan ini sudah sah (tak masuk syurga).

“Hanya Allah saja yang dapat mengampunkan dosa mereka,” kata Menteri Besar Kelantan di Kota Baru, dipetik Berita Harian Online hari ini.

“Walaupun orang itu menteri ke, tindakan berkenaan (mengaibkan itu) tetap tidak boleh. Malah kini televisyen dan Internet sudah menayangkan (video seks) ke seluruh dunia, pihak berkenaan akan menerima bahana nanti,” kata Nik Aziz lagi.

Tegas beliau, selagi seseorang itu tidak membuat kenyataan balas atau bertaubat atau sebagainya, tidak akan diampun dosa.

“Untuk menyucikan (hapuskan dosa), hendaklah memohon maaf,” kata beliau lagi.

Laporan media bulan lalu memetik Nik Aziz menegaskan beliau tidak percaya Anwar adalah individu dalam rakaman video seks yang didedahkan oleh trio “Datuk T”.

Tiada ulasan: