Isnin, 9 Mei 2011

HARGA GULA NAIK 20 SEN ESOK

Rasionalisasi subsidi: Harga gula naik 20 sen esok

09/05/2011 8:23pm

PUTRAJAYA 9 Mei - Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuat kuasa esok.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd. Zin Mohd. Dom berkata, dengan kenaikan itu, kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM283.4 juta.
"Dengan kadar subsidi sebanyak 20 sen sekilogram, penjimatan dapat dilakukan sebanyak RM116.6 juta. - Utusan

KOMEN MPG
Kerajaan mesti melakukan sesuatu agar bahan-bahan utama seperti gula ini tidak terus naik, kawalan dalaman harus di buat segera agar negara tidak terlalu bergantung kepada gula yang di import. Buka tanah untuk ladang gula, perhebatkan usaha mencipta gula tiruan,alternatif lain untuk mengantikan gula tebu.

Tiada ulasan: