Ahad, 8 Mei 2011

PEMBANGKANG GAGAL BERHUJAH MENAFIKAN PELAKU DALAM VIDEO SEX ITU ANWAR IBRAHIM

Salam, MPG berpeluang menghadiri ceramah yang di anjurkan oleh pembangkang di taman Air Biru Pasir Gudang malam tadi yang di hadiri oleh Nurul Izzah, Mujahid Yusof dan Khairul Anuar (timb.ketua AMK Pusat). Ramai yang datang sebenarnya nak dengar hujah dari penceramah terutama Nurul Izzah untuk  menafikan pelaku dalam video Sex yang heboh di perkatakan itu adalah Anwar Ibrahim

Dalam ceramah malam tadi MPG dapat satu lagi "clue" bahawa AMK Pusat juga setuju bahawa pelaku seks dalam video yang di dedahkan oleh trio datuk "T" itu adalah pemimpin "Anugerah tuhan" mereka. Khairul Anuar berkata rakaman Video Sex sengaja di buat dengan berhujah penataan cahaya menunjukkan  sekurang-kurangnya ada 3 lampu di pasang macam orang buat filem kerana terdapat tiga bayang. MPG tak minat nak ulas pasal bayang, clue yang penting di sini ialah KHAIRUL ANUAR TIMBALAN KETUA AMK PUSAT TIDAK MENAFIKAN BAHAWA PELAKU SEX DALAM VIDEO ITU ADALAH ANWAR IBRAHIM. Dia datang jauh dari Selangor cuma nak beritahu orang ramai yang hadir ceramah malam itu bahawa terdapat 3 bayang dari tubuh anwar dalam video tersebut, Tidak kisah lah berapa bayang sekali pun, yang rakyat nak tahu apa hujah AMK Pusat menafikan pelaku Sex dalam video itu adalah Anwar Ibrahim. Sekurang-kurangnya cakaplah dalam video yang dia tengok bukan Anwar tapi Najib (dah telanjur nak menipu,nak menghasut, nak memfitnah apa salah tipu aje orang Pasir Gudang abis cerita).

Mujahid Yusof pula berhujah tidak boleh menuduh kerana tiada 4 orang saksi dan yang menuduh patut di kenakan 80 kali sebatan dengan memanipulasikan ayat al-Quran. Masalahnya tiada orang pun tuduh, rakyat minta supaya di siasat kebenaran Video itu. Kalau yakin dan percaya pelaku itu bukan Anwar Ibrahim berhujahlah, kami nak dengar.
 
Manakala Nurul Izzah pula langsung tak menyentuh perkara itu cuba ada sebut nama Rahim Tambi chik yang kononnya pemimpin UMNO yang tidak boleh di percayai, Yang hadir ceramah sebenarnya nak dengar penafian Nurul Izzah tapi apakan daya tak kesampaian, apa salah sekurang-kurangnya cakaplah papa ada bersama keluarga pada hari, tarikh dan masa kejadian rakaman video itu macam pernah di dakwa semasa sidang akhbar tempohari atau sekurang-kurangnya tunjuk lah Jam Omega itu.

KESIMPULANNYA CERAMAH PEMBANGKANG MALAM TADI GAGAL MENGEMUKAKAN  HUJAH PENAFIAN BAHAWA PELAKU DI DALAM VIDEO YANG DI BONGKAR OLEH DATUK "T"  ADALAH ANWAR IBRAHIM

Tiada ulasan: