Selasa, 5 April 2011

TARIK BALIK SIJIL AMALAN GUAMAN KARPAL SINGH

Karpal Singh tidak layak meneruskan kerjaya sebagai Peguam kerana sikap double standardnya terhadap perlaksanaan keadilan dalam konteks perundangan, lihat sahajalah bagaimana peguam ini boleh berpusing 360 darjah gara-gara kepentingan politik dan gila kuasa untuk menakluk Putrajaya bersama rakan semimpinya dari PKR dan PAS.

Pihak berkuasa patut menarik balik sijil amalan guamannya bagi mempertahankan kredibiliti seluruh peguam dan pengamal undang-undang di negara ini. Kedaulatan undang-undang akan tercemar jika semua perilaku Karpal Singh ini di jadikan contoh dan ikutan oleh peguam-peguam lain. Sikap Karpal Singh yang sanggup membelakangkan keadilan undang-undang demi cita-cita politiknya jelas memperlihatkan bahawa beliau telah melanggar etika sebagai seorang peguam dan wajar di tarik balik sijil amalan guamannya dengan kadar segara.

Tiada ulasan: