Jumaat, 29 April 2011

KITA MASIH BERCAKARAN TAPI BANGSA LAIN SUDAH PUN BERTAUP

Apa yang telah di lakukan oleh UMNO dan PAS setelah selesai PRN Sarawak?. Kita umat melayu islam di negara ini terus bercakaran sedangkan Hamas dan Fatah pun dah mula bersatu, Inilah kerugian besar kepada bangsa Melayu kerana sifat dendam kesumat masih tidak dapat di padamkan,walaupun mereka selalu mendabik dada bahawa Islam mereka paling maksum, bahawa hanya golongan mereka sahaja yang boleh masuk syurga.

Lihat apa tindakan segera bukan melayu selepas keputusan PRN Sarawak di umumkan, apa agenda mereka?, kenapa forum itu menggunakan bahasa m andrin?. Apa yang hendak di sembunyikan?.Apa pula muslihat mereka?.

Forum pasca PRN  Sarawak “The Impact On Coming General Election” telah dianjurkan pada Khamis 28 April 2011 di Dewan Serbaguna Chai Leng Park, Seberang Perai Tengah.  Akhbar Kwong Wah Jit Poh (KWJP) menganjurkan forum melibatkan wakil DAP, PKR, Gerakan dan MCA ini. Kira kira 850 orang telah hadir, terdiri dari ahli dan penyokonng parti yang terlibat. Forum dalam Bahasa Mandarin ini dikendalikan oleh Editor KJWP Lim Seong Eng dan disertai empat orang ahli panel ie Wakil DAP Chong Eng, Wakil MCA Eng Hiap Boon, Wakil Gerakan Dr Thor Ching Gee dan Wakil PKR Law Choo Kiang.

Ada komponen Barisan Nasional rupanya dalam forum tersebut.....adakah perbincangan forum tersebut di maklumkan kepada rakan-rakan lain dalam BN. Adakah forum itu membawa perancangan untuk menjajah bumi Melayu ini.....Fikir-fikirkanlah wahai umat melayu islam yang masih lagi taksub kepada PAS & PKR. Kembalilah kepada UMNO untuk sama-sama mempertahankan Keadulatan Raja-raja Melayu dan kerajaan Melayu Islam di dunia ini.

Tiada ulasan: