Jumaat, 8 April 2011

16hb.APRIL PENGUNDI SARAWAK TENTUKAN TELUR ASLI, TELUR TIRUAN ATAU HILANG TELUR.

Peringatan kepada pengundi-pengundi di Sarawak. Juak-juak parti pembangkang dari semenanjung membawa berpuluh-puluh kapal sarat dengan janji palsu ibarat membawa telur tiruan untuk di hadiahkan kepada rakyat  Sarawak dengan harapan dapat merampas Sarawak daripada BN.

Puak pembangkang telah memulakan kempen menjatuhkan kerajaan BN di sarawak dengan memainkan isu KM yang dah terlalu lama, kronism dan nepotism dalam kerajaan BN Sarawak tanpa menyedari bahawa isu tersebut umpama menepuk air di dulang, terpercik muka sendiri. Umpama memberi rakyat telur bersaiz besar tapi hakikatnya telur itu tiada khasiat malah boleh menjahanamkan kerana telur tiruan.

Pembangkang sanggup meletakkan calon yang dah lama tinggalkan kawasan kerana berhijrah dan berkerja di  Kuala Lumpur dan orang kampung pun dah tak mengenalinya kerana rasa yakin dan pasti tsunami politik PRU 13 akan melanda Sarawak. Macamana nak berkhidmat dengan rakyat kalau dah tidak bersama rakyat.

Manifesto BN" Jamin masa Hadapan Anda dengan BN" umpama telur tulen yang penuh khasiat manakala manifesto pembangkang pula "Jom ubah Sarawak" umpama telur tiruan yang mengandungi penipuan dan penyakit.

MPG berdoa dan berharap pengundi-pengundi DUN Sarawak pada 16hb.April nanti dapat memilih yang terbaik untuk masa depan mereka,Silap memilih telur buruk akibatnya....sampai boleh hilang telur macam orang tu takut kepada Suruhanjaya di Raja dan hilang jam omega.. itu namanya hilang telurrrrr....

Tiada ulasan: