Isnin, 10 Januari 2011

SOROK BARANG APA TINDAKKAN KPDNKK SUPAYA KEJADIAN TAK BERULANG

Salam buat Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob  Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

MPG ingin menzahirkan rasa kasihan kepada YB Dato kerana menjadi Menteri kepada Kementerian yang namanya panjang berjela, bebannya bertambah berganda-ganda terutama bila musim perayaan tiba. Lagi berganda bila KPDNKK tak buat apa-apa atau hanya melepas batuk di tangga.

Setiap tiba musiam perayaan pasti Menteri yang jaga Kementerian ini akan sesak nafas tidak dapat mengawal dan memantau barang daripada di sabotaj oleh puak-puak tamak haloba. Sebenarnya perkara ini bukan baru di Negara ini, boleh dikatakan setiap tahun atau setiap musim perayaan pasti perkara begini akan berlaku. Inilah yang peliknya walaupun dah kerap berlaku tapi kementerian masih tak dapat-dapat untuk cari jalan supaya perkara ini tidak berulang. Menteri dan seluruh Kakitangan KPDNKK tak belajar dari pengalaman atau memang semua jenis "corrective action" bukan "preventive mindset".

KPDNKK harus melakukan tranformasi, wujudkan lebih banyak vendor / pemborong yang bertanggungjawab yang di kawalselia oleh kementerian bagi mengimbangi pemborong-pemborong atau peniaga-peniaga lintah darat yang tidak beriman. Sebagai Kementerian yang ada kuasa di dalam pengeluaran perlesenan dan pengawalan pengeluaran, pengedaran dan penjualan barang-barang perlu sudah pasti perkara tersebut bukan suatu perkara yang susah untuk di laksanakan. Sekurang-kurangnya di tiap-tiap kawasan Parlimen di wujudkan satu kedai atau koperasi yang membekal barang kawalan  yang dapat di beli oleh pengguna secara terus dari KPDNKK. MPG rasa dengan cara itu sahaja dapat membantutkan kegiatan sorok barang yang berleluasa menjelang musim perayaan dengan tujuan menaikkan harga barang.

Baca tulisan Sdr.Rohami Shafie-  Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan Kolej Perniagaan (COB) Universiti Utara Malaysia. KLIK SINI

Sudah sampai masanya kerajaan bertindak terhadap golongan yang tamak haloba ini, jadikan kenyataan pepatah melayu yang berbunyi "orang tamak selalu rugi". Inilah masa kalau hendak meningkatkan taraf ekonomi bumiputera, janganlah hanya menyalak hendak kek ekonomi 30 peratus tetapi tiada apa-apa tindakkan ke arah itu. Tak kan AP boleh di bagi kepada pak-pak menteri dan kroni, lesen mengedar,membungkus dan runcit  barang keperluan pengguna tak boleh di beri pada rakyat yang taat dan setia kepada kerajaan.

Ayuh lakukan JIHAD Perniagaan. Kita ada kuasa beli.

Tiada ulasan: