Isnin, 10 Januari 2011

DUN TENANG - PAS LETAK CALON WANITA BEKAS GURU

Salam.
MPG mendapat maklumat bahawa PAS akan melatakkan calon wanita untuk PRK N5 DUN Tenang,Labis Johor. Satu strategi untuk menarik dan merayu simpati golongan wanita yang menjadi tulang belakang kekuatan BN di Johor.

Ketua Muslimah Pas Labis, Namanya Normala Binti Sudirman, bekas guru Pemulihan Khas, Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah Segamat Johor, meletak jawatannya pada Disember 2010.Graduan Maktab Perguruan Tuanku Bainun Pulau Pinang.

Cerita lanjut KLIK SINI

BN pula bagaimana dengar kabao nya ada dua finalist satu namanaya Tuan Haji Rusdin Mahmud. Merupakan seorang Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum Sekolah Kebangsaan Desa Temu Jodoh, Chaah. Beliau juga turut menyandang Timbalan Ketua UMNO Bahagian Labis bekas ketua Pemuda Bahagian Labis.

Satu lagi calon ialah  Haslina Binti Saleh, bermula dengan Setiausaha Puteri Bahagian Labis, seterusnya Ketua Puteri Bahagian Labis dan kini merupakan Ketua Wanita Bahagian Labis. Seorang usahawan berkelulusan dari UKM yang masih lagi solo.

Tiada ulasan: