Selasa, 11 Januari 2011

KHALID IBRAHIM BANGSAT - SIDANG TERGEMPAR DUN SELANGOR PERANGKAP BUAT BN ATAU SULTAN?

Nampaknya dendam Khalid Ibrahim terhadap Sultan Selangor tidak habis walaupun telah TERPAKSA RELA menghadiri dan menyaksikan upacara angkat sumpah SUK di Istana Kayangan  6 Januari lepas. 

Hari ini Khalid Ibrahim telah mengarahkan Speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Khim  supaya surat pekeliling pemberitahuan dikeluarkan kepada semua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor bagi memaklumkan bahawa persidangan DUN Tergempar akan di adakan pada 24hb.Januari 2011, dan akan bermula pada 10 pagi,

Kononnya sidang itu untuk ‘mengembalikan kepada Sultan dan negeri, kuasa melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Selangor yang kini terletak pada pertadbiran pusat.

Sidang tergempar DUN selangor ini mengkin perangkap yang dipasang oleh para penasihat ‘pakatan rakyat’ untuk membuktikan kepada rakyat bahawa UMNO/BN melalui Kerajaan Pusat mahu merampas kuasa Sultan dan Raja Melayu, bila ADUN BN memboikot atau tidak hadir sidang berkenaan atau tidak mengundi untuk meluluskan cadangan pindaan.

Mereka yang merancang strategi politik melalui sidang tergempar DUN itu tahu bahawa ADUN Umno/BN pasti tidak akan hadir atau memboikot sidang berkenaan atau tidak mengundi kepada usul tersebut. Maka hilanglah isu mereka membantah perkenan Sultan Selangor atas perlantikan SUK baru, dan segala riuh-rendah akan bertukar arah kepada Umno/BN pula. Umno/BN dengan Sultan dan Raja Melayu akan dilagakan melalui sidang yang bermotifkan politik itu. Isu ini akan jadi modal utama kempen Pilihan Raya Kecil DUN Tenang, Labis, Johor dan PRU 13 nanti.

Apapun Sultan Selangor pernah bertitah semasa majlis angkat sumpah Seriausaha Kerajaan Negeri baru-baru ini supaya apa yang mahu dibincangkan di sidang DUN tergempar itu perlulah dipersembahkan kepada baginda untuk diperkenankan.Apa akan jadi jika baginda tuanku tidak memperkenankan draf pindaan tersebut? Adakah baginda tuanku juga akan di tuduh sebagai mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri?. masih ingatkan kes yang berlaku di Perak berkaitan perlantikan Pengarah Majlis Agama Islam Perak?. Maka akan di canang seluruh negeri bahawa UMNO/BN telah meracuni fikiran Tuanku, Maka di canang seluruh negara Sultan berpolitik.

Dalam hal ini Khalid Ibrahim betul-betul PELACUR MURAHAN, sanggup berbuat apa sahaja asalkan tidak di jatuhkan dari kerusi MB melalui undi tidak percaya DAP di DUN Selangor.

Bagus juga ada pindaan bagi kuasa penuh pada Sultan, supaya senang Sultan pecat si Khalid gagap @ bengap nie.Tapi takkan lah Kerajaan Selangor sekarang nie nak buat camtu, pastinya ada dalam pindaan itu mengatakan semua tindakan Sultan mesti mengikut nasihat MB.heeeee...heee so siapa bersultan di mata beraja di hati.......

Tiada ulasan: