Ahad, 5 September 2010

TAZKIRAH KHAS BUAT NIK AZIZ DAN PENGIKUT SESAT PAS

Ini bukan nasihat atau tazkirah dari aku yang jahil. tapi nasihat dari ulama muda untuk Nik Aziz, Mudalilul Am Pas dan juak-juaknya yang taksub dan terima bulat-bulat wahyu dari pemimpin khawarij nie.

Silakan al ustaz AHMAD TAJUDDIN IDRIS AL-MANHAJI
Ketua Biro, Sekretariat
Ulama Muda UMNO (iLMU) 

"APA yang ingin saya nyatakan di sini ialah isu berhubung orang bukan Islam masuk ke masjid atau surau.
Baru-baru ini seorang mufti dalam negara telah menjawab isu ini, beliau tidak bersetuju bagi orang bukan Islam memasuki masjid atau surau dengan memberi 'tazkirah' atau peringatan di dalam masijd atau surau.
Tetapi berbeza pula apa yang dikatakan oleh Nik Aziz, beliau mengatakan boleh orang bukan Islam memberi tazkirah di dalam masjid dan orang Islam yang menjadi pendengarnya.

Dia mengatakan orang lain jahil dan tidak mengetahui. Beliau menyifatkan lagi bahawa bahawa inilah cara yang paling baik untuk mendekatkan orang bukan Islam kepada Islam. Cuma yang perlu diluruskan ialah sekiranya bukan Islam itu masuk ke masjid untuk mendengar para guru agama mengajarkan ajaran Islam disebabkan dia ingin mengetahui tentang Islam tidaklah menjadi kesalahan. Tapi yang terjadi sebaliknya, mereka yang memberi tazkirah (peringatan) manakala kita orang Islam yang mendengarnya.

Kita yang perlu berdakwah kepada mereka bukannya mereka yang mengingatkan kita. Ini bercanggah dengan hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripada Islam".
Bila seseorang menjadi muslim maka kedudukannya lebih tinggi dan mulia dari penganut agama lain.
Perlembagaan juga menjelaskan hakikat ini dengan mengatakan Islam agama persekutuan yang memberi maksud orang Islam yang berhak berdakwah kepada orang lain.Barangkali yang benarnya beliaulah yang tersasar dalam meluruskan hal ini dan tersalah dalam menegakkan hujah disebabkan kekurangan pengetahuan dalam hal ini.

Apa yang hendak disoalkan kepada beliau di sini, pernahkan Nik Aziz dalam menegakkan hujah agamanya merujuk dahulu kepada fatwa-fatwa ulama-ulama muktabar yang disegani dalam dunia Islam? Apakah beliau telah meletakkan diri beliau sebaris dengan kibar ulama dunia? Dan, apakah apabila kita mengetahui sedikit hal agama maka dengan sebebasnya boleh mengeluarkan sesuatu fatwa?

Oleh itu nasihat saya untuk beliau supaya jangan tergopoh-gapah dalam mengeluarkan sesuatu hukum, hendaklah juga merujuk kepada fatwa-fatwa kibar ulama dalam hal ini dan janganlah sentiasa memberi pandangan yang boleh menyebabkan masyarakat Islam keliru."

Terima kasih ustaz atas tazkirah itu tadi, mudah-mudahan Allah s.w.t membuka pintu hati Nik Aziz dan juak-juaknya ini agar dapat memahami Islam dengan sempurna.

Tiada ulasan: