Ahad, 19 September 2010

STRATEGI ANWAR MENYINGKIRKAN WAN AZIZAH


Sokongan terbuka Anwar Ibrahim terhadap Azmin Ali akan mengakibatkan PKR tidak akan mempunyai Presiden untuk sekurang-kurangnya pemilihan Agong berikutnya. Inilah taktik dan strategi Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan ISTERI SAHNYA Wan Azizah sebagai Presiden PKR.

Tersuratnya, rata-rata maklum bahawa pada pemilihan kali ini Jawatan Presiden PKR nampaknya tiada sesiapa yang berminat lebih-lebih lagi bila Anwar Ibrahim membuat announcement supaya tidak mencalonkan beliau untuk apa-apa jawatan dalam PKR., maknanya secara atas kertas Wan Azizah akan menang tanpa bertanding, taktik ini akan menyebabkan perwakilan wanita dan ahli wanita dalam PKR akan melihat Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin yang sanggup berkorban untuk memberi jawatan utama kepada wanita kononnya inilah perjuangan untuk keadilan dan kesamarataan bagi wanita dalam politik tanahair.

Tersiratnya, sokongan terbuka terhadap Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden merupakan strategi Anwar untuk menjatuhkan Wan Azizah, kerana semua maklum bahawa jika Azmin Ali memenangi kerusi Ttimbalan Presiden sudah tentu Presiden Parti Wan Azizah tidak dapat berkerjasama dengan baik, sudah tentunya mereka tidak senang untuk duduk semeja bertentang mata menyelesaikan permasalahan dalam parti kerana permasalahan peribadi dan keluarga sebelum ini akan menganggu proses perbincangan tersebut, jika hal ini berlaku berterusan dan menganggu urusan parti sudah tentunya Anwar Ibrahim akan mengunakan segala pujuk rayunya terhadap Wan Azizah meminta Wan Azizah melapaskan jawatan Presiden dan Azmin Ali akan memangku hingga pemilihan akan datang. Inilah yang di idamkan oleh Azmin Ali, berkuasa dalam semua hal, sudah di pilih jadi ADUN,jadi Ahli parlimen dan seterusnya ingin jadi Presiden Parti inilah cita-cita dan kerakusan kuasa Azmin Ali.

Anwar Ibrahim akan berbuat apa sahaja asalkan orang kesayangannya mencapai "kepauasan". Inilah ideologi MATLAMAT MENGHALALKAN CARA acuan Anwar Ibrahim. Korbankan apa sahaja asalkan cita-cita peribadi beliau tercapai.Beliau juga sedar jika beliau terperosok semula di Sungai Buluh Wan Azizah tidak akan mampu mengatasi permainan politik dari DAP dan PAS yang rata-rata sudah terlalu senior, PKR memerlukan lelaki dalam menghadapi tekanan dan saingan dari rakan kongsi tersebut, tiada pilihan lain selain Azmin Ali.

Anwar juga sedar perlembagaan PKR ada menyatakan sesiapa ahli PKR yang memegang sebarang jawatan dalam parti apabila pihak mahkamah mensabitkan sesuatu kesalahan maka dengan sendirinya jawatan itu akan terlucut, itu sebabnya Anwar Ibrahim tidak mahu menerima sebarang pencalonan untuk sebarang jawatan dalam Parti. kerana di khuatiri jika beliau di pilih jadi Presiden, Jawatan itu akan terlucut kerana peraturan / perlembagaan parti tersebut. Anwar tidak akan rela melepaskan PKR kepada orang lain dan seboleh-bolehnya Wan Azizah dan Azmin Ali tidak perlu bertanding sesama meraka kerana kedua-dua mereka ini asset dan tools yang sangat penting untuk Anwar. Ingatlah bahawa kewujudan PKR adalah untuk agenda Peribadi Anwar Ibrahim.

Tiada ulasan: