Ahad, 26 September 2010

LIM KIT SIANG DI SURUH SEKOLAH LAGI

Kerana suka mengamalkan politik murahan dan politik Provokasi Penasihat DAP Kebangsaan Lim Kit Siang mencabar Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Mahyuddin Yasin yang juga Menteri Pelajaran Malaysia mengambil tindakkan terhadap Pengetua di Kulaijaya Johor dan Bukit Selambau Kedah kerana di dakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Cabaran tersebut di jawab oleh TS Mahyuddin Yasin,

“Kit Siang tidak faham, tak pernah jadi pegawai kerajaan. Dia orang politik, 100 peratus totok politik. Dia tidak faham dengan soal pentadbiran,” “Lim Kit Siang tolonglah, fahamlah, pergi masuk sekolah belajar undang-undang, tentang pentadbiran atau tentang pengurusan.

2.“Saya cabar Kit Siang membuktikan ikut undang-undang mana atau peruntukan mana yang membolehkan Menteri atau Timbalan Perdana Menteri mengambil tindakan disiplin terhadap pegawai kementerian.

3. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau tidak mempunyai kuasa eksekutif atau bertindak sewenang-wenangnya menggunakan kedudukan dan kuasa untuk menurut arahan atau telunjuk DAP

4.Berdasarkan peruntukan undang-undang dan Perlembagaan, kuasa tersebut terletak di bawah Ketua Setiausaha Negara (KSN) kerana kedua-dua individu tersebut adalah pegawai kerajaan berjawatan tetap (D48) terdapat prosedur tertentu yang perlu dijalankan seperti proses siasatan, menentukan kes, memberi surat tunjuk sebab, memberi ruang untuk menjawab sebelum menjatuhkan hukuman dan proses rayuan berhubung kesalahan disiplin oleh kakitangan awam.

5.“Kita mesti bertindak adil dan mengikut undang-undang, saya tidak boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya di atas desakan politik DAP atau lain-lain pihak. Perkara ini melibatkan perjawatan tetap kerajaan dan kita mempunyai prosedur dan peraturan mengenainya,

Tiada ulasan: