Selasa, 28 September 2010

ANWAR GUNA TALIAN HAYAT TERAKHIR UNTUK PASTIKAN TEAM MENANG

Setelah berlaku beberapa insiden kekecohan dalam pemilihan PKR minggu ini dengan beberapa orang kuat Anwar-Azmin tersungkur, anwar terpaksa menggunakan talian hayat terakhirnya untuk menyelesai dan membunuh karektor yang menganggu cita-citanya.

Orang yang terpilih adalah Setiausaha Agong Parti iaitu Saifuddin Nasution pencacai yang gagal "membeli" ahli parlimen BN di Taiwan. Kali ini Saifuddin di beri arahan supaya menggunakan kedudukan dan kuasanya selaku setiausaha agong untuk berbuat sesuatu supaya cabang-cabang yang kecoh dan tidak memilih mengikut kehendak anwar akan mendapat susah.

Boleh jadi juga Saifuddin Nasution akan mengumumkan pemilihan semula bagi cabang-cabang ini, atau mencari helah atau sebab supaya ketua cabang yang menang menentang team anwar-azmin di kuala langat, klang, PJselatan, subang, jerai, merbok, kuala nerus , kapar, kota raja dan beberapa cabang lain di isytiharkan khianat kepada parti dan mereka semua di pecat dari parti.

Apa pun kesudahanya tunggulah pengumuman penting yang akan di buat.

Tiada ulasan: