Khamis, 2 September 2010

KJ TELAH MENEMUI MALAM LAILATUL QADAR - TERUS BERTEMPIK "MELAYU PERLU TEGAS"

Empat - Lima kali aku baca artikel yang ditulis oleh Oleh AZRAN FITRI RAHIM dalam Utusan Malaysia hari ini, bukan tidak faham bahasa penulisan tetapi sedikit terkejut beruk, terperanjat monyet dan tidak percaya tupai bila baca tajuk ” MELAYU PERLU TEGAS – KHAIRY.

Aku yakin dan percaya cifu aku House PK pasti dah terbaca artikel tersebut. Kalau yang bercakap itu Datuk Ibrahim Ali aku tak heran lah sangat sebab dia nie memang istiqamah dalam perjuangan. Tapi yang di tuliskan oleh pengarang ini adalah kata-kata dari mulut Ketua Pemuda UMNO Malaysia tuuuu…..tu yang membuatkan aku baca sampai Empat Lima kali.

Kenapa tetiba aje Khairy Jamaluddin @KJ @ si Kitol nie cakap macam tu yek... mirip macam perutusan hari kemerdekaan oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang menulis soal mempertahankan perkara 153,152 dan 181 Perlembagaan Persekutuan sedangkan semua orang tahu bahawa beliaulah dalang di sebalik penentangan terhadap perkara tersebut.

Dan skrip itu di ulangi oleh KJ pula dengan bercakap soal ketegasan Melayu sedangkan semua orang tahu apa yang dia ulas berkaitan isu cikgu Hjh.Siti Insiah, semua orang tahu dan baca ulasan KJ membela We Ka Siong dalam Isu Biasiswa MARA, semua orang tahu dan lihat apa yang KJ buat bila jalur Gemilang di pijak,di bakar, di sapu tahi oleh rakyat Indonesia dan semua orang tahu dialah yang bertanggungjawab menyerahkan pasport antarabangsa kepada mentornya bila sahaja mentornya itu di bebaskan dari Sungai Buluh. Dan hari ini dia bercakap ”Melayu Perlu Tegas”.

KJ kalau betul lah seperti apa yang kau katakan bahawa Melayu itu perlu tegas, aku mintak kau tegas dalam janji kau iaitu melepaskan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia seberapa segara, kerana memang sudah ramai pemuda UMNO menyertai PERKASA, Baca janji KJ dalam http://parpukari.blogspot.com/2010/09/gempar-si-kitol-keluar-umno-sebab-ada.html

Wahai KJ janganlah menambahkan lagi kebencian Umat Melayu terhadap Pemuda UMNO dek kerana cita-cita kau yang nak jadi menteri dalam kabinet PM Najib. Istiqamah lah dalam perjuangan menjaga dan memelihara hak –hak bangsa di dalam Perlembagaan Persekutuan janganlah bersifat seperti lalang yang di tiup angin, jadilah pancang di tengah arus agar anak muda dapat mengikat tali perahunya.

Tiada ulasan: