Ahad, 5 Ogos 2012

PM BERDAKWAH KE ARAH UKWAH

PM NAJIB DENGAN BERANINYA MENYATAKAN BAHAWA PEMERINTAHAN NEGARA ADALAH BERPAKSIKAN KEPADA AL QURAN DAN AS SUNNAH. AYUH RAKAN-RAKAN PEMBANGKANG DARI KALANGAN MELAYU MUSLIM, MARILAH KITA BERSATU MEREALIASASIKAN KENYATAAN PM ITU.USAHLAH KITA MENUNDING JARI LAGI.

Khamis, 2 Ogos 2012

TRANFORMASI ALA PAS : ARTIS GANTI ULAMA'.


Pas sedang giat menjalankan transformasi di dalam dasar partinya. terbaru mereka giat menggantikan ulama-ulama mereka di pentas ceramah dengan artis-artis.
 
Artis-artis yang hampir expired di dunia hiburan sekrang ini mendapat pentas baru untuk menjana kekayaan iaiatu dengan berceramah di pentas Pas. Dikhabarkan juga bahawa ada diantara mereka yang bakal bertanding di PRU 13 kelak. Untung artis masuk Pas, selain menjana kekayaan dan jadi calon YB. Malang buat ulama di dalam Pas yang semakin hari semakin tersisih. Slogan baru Pas : ARTIS GANTI ULAMA.
 



Isnin, 30 Julai 2012

ARTIS MINDA CELARU DI PERKOSA LEBAI PAS

“Saya tak sangka negeri yang terkenal sebagai sebuah negeri yang kaya-raya, pesat membangun rupa-rupanya indah khabar dari rupa,” ujar artis Dayangku Intan kepada HaraMkah.

Dayangku Intan kini berada di Johor sejak tiga minggu lalu bersama PKR negeri itu untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan miskin di negeri itu.

Katanya, rakyat negeri itu walaupun kawasan bandar hidup mereka begitu dhaif, lebih miskin dari masyarakat Kelantan.

“Saya heran media dan pemimpin BN dok kutuk Kelantan kononnya negeri itu dikatakan miskin, rakyat susah, tetapi sepanjang tiga minggu Intan di beberapa kawasan di negeri ini, sebenarnya indah khabar dari rupa.

“Negeri kaya, kaya dengan rasuah nak buat apa, tentu tak berkat,”ujarnya.

Menurutnya, dengan pendapatan RM150 sebulan sumbangan kerajaan negeri, mana mencukupi untuk mereka menyara hidup sebulan, apa lagi dengan harga barangan keperluan semakin tinggi.

Sambungnya, berlainan Kelantan negeri miskin tetapi rakyatnya kaya raya kerana keberkatan pemimpinnya yang berlandaskan Islam disamping menjaga harta rakyat

Ahad, 22 Julai 2012

BUKTI PKR TAK MAMPU URUS NEGARA

Selangor terlebih bayar RM100 juta

CHUA Tee Yong (tujuh dari kiri) melihat pelan tanah lombong yang dibeli oleh kerajaan negeri dengan harga yang tinggi dari harga pasaran di Bestari Jaya, Kuala Selangor, semalam.
 
KUALA SELANGOR 20 Julai - Bayaran terlebih bayar yang dibuat kerajaan negeri untuk membeli tanah daripada Talam Corporation Bhd. (Talam) di Bestari Jaya di sini, bukan sebanyak RM42 juta seperti yang didakwa sebelum ini sebaliknya RM100 juta lebih mahal.

Perkara itu didedahkan Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong hari ini sewaktu membawa sekumpulan media melihat sendiri tanah seluas 916 hektar berkenaan di Bestari Jaya, di sini.
Tee Yong mendakwa, maklumat itu diperoleh berdasarkan laporan kewangan Kumpulan Hartanah Sdn. Bhd. (KHSB) pada 2009 yang juga memiliki tanah di kawasan sama.

"Pada 2010, kerajaan negeri telah membeli tanah tersebut dengan harga RM181 juta atau bersamaan dengan RM80,000 seekar (0.4 hektar) sementara laporan kewangan KHSB yang juga memiliki tanah di kawasan sama pula menilai tanah tersebut pada 2009 dengan harga RM36,000 seekar.
"Sekiranya penilaian KHSB itu boleh dianggap tepat ia bermakna jumlah keseluruhan tanah tersebut adalah RM81 juta dan ini menunjukkan kerajaan negeri terlebih bayar sebanyak RM100 juta daripada harga pasaran," dakwanya.Hadir sama, Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bharu, Wong Koon Mun dan Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang), Budiman Mohd. Zohdi.

Pada 5 Julai lalu, Tee Yong mendakwa, kerajaan PKR Selangor membeli tanah sama dengan harga RM42 juta lebih tinggi berbanding harga pasaran dan dakwaan itu dibuat berdasarkan penilaian Talam sendiri.
Dua hari selepas itu, Ahli Parlimen DAP, Tony Pua pula mengakui perkara berkenaan.
Mengulas lanjut, Tee Yong berkata, apa yang lebih memeranjatkan jumlah keseluruhan tanah berkenaan sebanyak 438 ekar (177 hektar) daripadanya merupakan lombong yang dipenuhi dengan air dan 575 ekar (232.7 hektar) lagi didapati terletak dalam kawasan hutan simpan.Sehubungan itu, katanya, tanah tersebut langsung tidak memberi pulangan menguntungkan sebaliknya lebih banyak kerugian kepada kerajaan negeri.
"Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, kawasan tanah tersebut langsung tidak ada pembangunan atau infrastruktur asas," jelasnya.

Pada masa sama, Tee Yong mempersoalkan tindakan kerajaan PKR Selangor itu kerana ia merupakan pembaziran wang rakyat."Bagaimana kerajaan negeri membuat penilaian terhadap harga tanah terbabit dan mengapa mereka sanggup membuat pembayaran yang begitu mahal kepada Talam meskipun mengetahui tanah itu tidak memberi pulangan," soalnya.Tee Yong berkata, pihaknya bersedia mengemukakan bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya diminta untuk membantu siasatan.

Rabu, 18 Julai 2012

LUAHAN HATI ANAK MALAYSIA DARI LUAR NEGARA

SAYA ingin meluahkan pandangan apa yang akan berlaku sekiranya orang Melayu di Malaysia tidak bersatu. Diharap tuan dapat menyebarkan apa yang saya tulis ini.

Sudah terdapat berita yang DAP akan meletakkan calon yang ramai dalam pilihan raya ke-13. Kalau ini betul dan mereka menang sudah tentu UMNO akan kehilangan kerusi untuk memerintah.
Kita semua tahu DAP adalah kembar PAP dari dulu lagi. Sekarang Singapura sudah dipenuhi dengan rakyat Cina dari PRC hingga berjuta dan Singapura terlalu kecil.

Di mana hendak ditempatkan mereka bersama dengan rakyatnya sendiri? Jadi kalaulah DAP berkuasa sudah tentu Singapura akan bercantum semula dengan Malaysia dan apabila Singapura sudah bersatu dengan kerajaan DAP, bayangkanlah apa yang akan berlaku?

Orang Melayu hilang kuasa dan yang paling menyedihkan ialah kita akan kehilangan sebuah negara sama seperti apa yang berlaku apabila Singapura keluar dari Malaysia dulu. Pilihan Raya Umum Ke-13 menjadi titik permulaan bagi kuasa orang Melayu sama ada akan terus kekal dalam kuasa UMNO atau jatuh ke tangan pembangkang.

Yang menghairankan ialah PKR dan Pas sanggup bersatu dengan DAP yang terang-terang musuh Melayu.
Saya bimbang kalau pembangkang menang kuasa tidak akan berada di tangan PKR atau Pas, tengoklah nanti apa yang akan berlaku ini sama seperti apa yang berlaku dalam sejarah di mana Melayu sendiri yang jatuhkan Melayu.

Saya betul-betul takut kalau nasi akan menjadi bubur.
Saya menyampah betul dengan sikap Anwar Ibrahim yang begitu ghairah sekali mahu tawan Putrajaya dan tidak sabar mahu menjadi PM. Kalau dia jadi PM dan masih menjaga negara seperti apa yang dilakukan oleh UMNO atau lebih baik lagi mungkin kita boleh terima, tapi saya tidak fikir Anwar atau orang Pas akan kekal sebagai PM.

DAP akan terus berjuang untuk jadi PM dan apa yang akan berlaku nanti samalah seperti apa yang saya tulis di atas. Orang Melayu mesti sedar dan berusaha untuk mengelakkan daripada kehilangan kuasa di negara sendiri yang akhirnya menjadi peminta sedekah di tanah air sendiri. Menteri-Menteri, AP dan semua orang Melayu jangan pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan nasib anak-anak Melayu pada masa depan yang akan hilang segala-galanya.
Ikhsan :Utusan Malaysia.

Khamis, 5 Julai 2012

NYATA PKR SELANGOR PENGECUT, KHALID IBRAHIM CARI TEMPAT SEMBUNYI

Hanya dengan satu tumbukan manja dari Timbalan Menteri Pertanian dan asas tani Datuk Chua Tee Yong seorang profesional muda dari MCA. Khalid Ibrahim @ Khalid Gagap cepat-cepat tarik selimut.

Mohon nyawa berlindung di sebalik tiang mahkamah, kononnya kalau perkara ini dibawa ke mahkamah maka tiada seiapa yang boleh bercakap lagi secara bebas.

Ayuh anak Selangor segera bawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),pisau sudah di tangan.Buah sudah masak ranum,ayuh jangan tunggu lagi.ngap PKR Selangor.
 Cerita Sebenar Klik Sini Skandal RM 1B Selangor

Ahad, 24 Jun 2012

HASAN BASRI DI PASIR GUDANG




Tiga minggu lepas (8/6/2012) Mantan Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga mantan naib Presiden PAS Pusat sendiri yang datang menjelaskan segala kezaliman dan kesesatan PAS, Hasan Ali ini bukan  orng UMNO tapi orang PAS Sendiri. itu pun masih tak terbuka hati ke pengundi Pasir Gudang nie?

Semalam 23/6/2012 Ustaz Tahirruddin yang dah 18 tahun bersama PAS membongkar segala kesesatan PAS, menjelas segala muslihat PAS untuk takluk memerintah Negara hingga sanggup mengadai maruah dan agama demi Putrajaya.

Akan datang 28/6/2012 datang pula mantan ketua penarangan PAS Negeri Selangor Ustaz Hassan Basri ke Pasir Gudang berceramah

Beruntung sungguh pengundi Parlimen Pasir Gudang kerana di pilih oleh Allah S.W.T untuk hadir pada setiap kali tokoh- tokoh terkenal dari PAS ini datang, itu pun masih tak terbuka hati ke pengundi Pasir Gudang nie?
itu pun kalau PRU 13 nanti masih pangkah PAS tak tahu lah apa nak kata mungkin pintu hati dah tertutup rapat untuk menerima kebenaran agaknya.


Juak -juak PAS ayuh kita datang ramai-ramai dengar sendiri apa yang hendak di sampaikan oleh Bekas Ketua Penerangan PAS Selangor. Tak kan dia nak kempen suruh orang Pasir Gudang sokong PAS kot, sebab dia sendiri dah tak yakin dengan perjuangan dan kepiminan PAS.

Jumaat, 22 Jun 2012

FAHAMAN PLURALISME AMK JOHOR





Nilaikan sendiri, kalau begini liberalnya PKR pasti akan datang Kalau pembangkang perintah negara, keluarga melayu Islam di Malaysia akan sama macam di Indonesia, Islam dan bukan Islam boleh kahwin tanpa perlu menukar agama.Nampaknya fahaman Pluraisme telah berjaya di serapkan kedalam kepala otak AMK Johor.




Rabu, 20 Jun 2012

WAJAR PERKATAAN ISLAM DI GUGURKAN DARI PARTI NIK AZIZ TU.

Salam, MPG malas nak tulis panjang-panjang pasal juak-juak PAS yang menentang pembinaan Sekolah Agama Rakyat di Gopeng Perak tu, Kau orang semua fikir-fikirkanlah. Juak-juak PAS yang rajin menjenguk blog nie cuba-cubalah buat ulasan. Tak puas hati BACA SINI

Ahad, 17 Jun 2012

AKUAN BERSUMPAH, ANWAR BAKAL DI MAKAN SUMPAH

Mengungkap yang tersurat, Menyingkap yang tersirat, puak-puak sebelah sana kalau rasa perkara ini adalah satu fitnah, kalau rasa kenyataan Abdul Murad adalah skrip yang di tulis UMNO silalah kedepan buat laporan polis atas dakwaan fitnah,

MPG sarankan AMK Negeri Johor Zabidie Abbas mulakan laporan polis terhadap kenyataan ini, kalau tak mampu boleh lah arahkan balachi kamu ketua AMK Pasir Gudang Nor Hadi bin Mat Isa gie buat saman, kalau nak saman tu samanlah banyak-banyak sikit boleh buat modal untuk kempen pilihanraya nanti.

Akuan bersumpah Abdul Murad,

Saya, Abdul Dato ‘Murad Bin Khalid (No Kad Pengenalan 531215-08-5957), seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan menetap di No 104, Jalan Setiabakti 9, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, dengan ini sesungguhnya dan seikhlasnya mengaku sebagai berikut: -

1. Pada 16 September 1999 saya telah didakwa kerana gagal untuk mendedahkan maklumat sebenar berkenaan saham Ben Harta Sdn Bhd (BHSB) dan 51 hartanah yang didakwa memberi manfaat kepada saya menurut seksyen 87 (2) (c) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).

2. Untuk melakukan keadilan kepada diri saya sendiri, saya mesti membuat akuan awam mengenai perkara-perkara tertentu yang berkaitan dengan pelbagai jawatan yang saya lakukan di Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa bebanan besar dan tekanan yang dipikul untuk jawatan-jawatan tersebut. Pernyataan awam ini juga bertujuan untuk memberikan perspektif yang betul kepada orang ramai tentang komplot bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (“DSAI”) yang juga Menteri Kewangan dalam penglibatannya secara langsung dalam memberi arahan terhadap BNM.

3. Sebagai salah satu daripada eksekutif tertinggi di BNM, Saya kebiasaannya termasuk di dalam kenalan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disukai – dan kemudiannya diamanahkan kepada saya untuk menjalankan beberapa arahan beliau, apa yang dipercayai oleh saya sekarang adalah untuk melanjutkan cita-cita politiknya. Dalam melaksanakan skim politiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan saya untuk melaksanakan eksesais korporat tertentu yang memihak kepada kawan-kawan dan kroni-kroninya. Hutang-hutang kroni-kroni beliau telah dibersihkan / diselesaikan dengan menggunakan keuntungan daripada rundingan-rundingan menggunakan pengaruh BNM.

4. Antara eksesais korporat yang paling ketara ialah pengambilalihan syarikat Sikap Power, pemegang konsesi Projek Kuasa Bebas (IPP) di Lumut, Perak. Konsesi itu telah dijual kepada MRCB atas arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan MRCB kemudian menyuntik ‘konsesi’itu ke dalam Malakof Berhad yang merupakan anak syarikat MRCB. Saya percaya bahawa keuntungan kira-kira RM50 juta daripada urus niaga ini dimasukkan ke salah satu dana politik DSAI.

5. Seorang lelaki Cina bernama Tong Kooi Ong juga terlibat dengan ketara dalam meningkatkan bantuan kewangan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tong Kooi Ong adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Phileo Allied Berhad yang disenaraikan di Papan Utama BSKL. Phileo Allied Bank juga adalah di bawah kawalan Tong Kooi Ong. Tong Kooi Ong menjadi kenalan Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui pengenalan saya dan mereka kemudiannya menjadi sangat rapat. Tong Kooi Ong kemudiannya mendedahkan kepada saya bahawa sebagai balasan bantuan yang diberikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau telah menubuhkan satu “Akaun Induk” (Master Accounts) – yang di bawah kawalannya. Di mana sumbangan kewangan dibuat untuk kepentingan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Akaun Induk itu hasil yang diperolehi daripada pegangan saham dan bangunan. Pada satu peringkat Tong Kooi Ong membuka rahsia kepada saya bahawa Akaun Induk itu bernilai RM200 juta berdasarkan nilai saham dan bangunan yang diperolehi daripadanya.

6. Saya percaya terdapat sekurang-kurangnya 20 Akaun Induk lain yang ditubuhkan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh pelbagai kroni-kroninya. Saya percaya bahawa jumlah dana dalam 20 Akaun Induk adalah lebih RM3 bilion. Modus operandi DSAI adalah pecah dan perintah serta setiap operator untuk setiap Akaun Induk tidak sedar tentang kewujudan Akaun Induk yang lain. Saya percaya kerajaan sedar tentang siapakah kroni-kroni ini.

7. Setakat yang saya tahu dan melalui penglibatan saya sendiri, lebih daripada RM120 juta telah dibayar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, kroninya dan organisasi yang digunakan untuk memajukan cita-cita politik beliau sendiri. Sebagai contoh ia dalam pengetahuan saya bahawa atas arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim dana daripada Akaun Induk dibayar kepada dirinya dan individu-individu pengikutnya serta organisasi-organisasi yang dikenali berkaitan atau berhubungan dengannya antara 1992 hingga 1997: -
(1) Dirinya sendiri (DSAI) – RM50 juta
(2) Dato ‘Abdullah Ahmad (PBB) – RM 5 Juta
(3) Dato Nasaruddin Jalil – RM10 Juta
(4) Asia Pasifik Dasar Centre (APPC) – RM 38 juta & Douglas H. Paal – (USD 10.0 Million)
(5) Institut Kajian Asas (IKD) – RM5 Juta
(6) Aliran & Dr. Chandra Muzaffar – RM5 Juta
(7) Abim – RM 5 Juta – Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) – RM 2 Juta
(8) Yayasan Islam yang berpangkalan di UK – RM 1 Juta
JUMLAH RM 121 Juta

8. Saya juga diberitahu bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Tong Kooi Ong untuk membayar Puan Shamsidar dan seorang lagi bernama Encik Rahman terhadap apa yang mereka lakukan. Puan Shamsidar adalah isteri Encik Azmin Ali, Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Secara meluas telah diketahui bahawa Puan Shamsidar dibayar lumayan dan disediakan dengan sebuah kereta dan pemandu serta pada kebanyakan masa dia tidak perlu untuk pergi ke tempat kerja.

9. Saya mesti membuat pendedahan khas tentang sebuah Pertubuhan Amerika yang dipanggil Asia Pacific Policy Centre (APPC) yang diketuai oleh Douglas H. Paal, bekas Pengarah Kanan untuk Hal Ehwal Asia (1989 hingga 1993) Majlis Keselamatan Negara (NSC) Amerika Syarikat. Douglas H. Paal meninggalkan Majlis Keselamatan Negara untuk memulakan APPC pada tahun 1993 yang dibiayai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya bertanggungjawab untuk mengatur sumbangan sebanyak USD 10 Million kepada APPC dan Douglas. H. Paal atas arahan Datuk Seri Anwar.

Saya percaya bahawa kroni Datuk Seri Anwar Ibrahim yang lain juga membuat sumbangan besar kepada APPC dan Douglas H. Paal. Walaupun saya tidak dapat memastikan jumlah sumbangan mereka secara tepat, saya yakin jumlahnya juga mencecah berjuta-juta dolar AS. APPC dan Douglas H. Paal adalah salah satu daripada jentera utama yang digunakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan imej beliau di negara-negara Barat, terutamanya di Washington, Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara Eropah yang lain. APPC juga pelobi utama untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan organisasi media antarabangsa.

10. APPC menganjurkan “Dialog Pasifik” iaitu satu persidangan di bawah naungan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dialog Pasifik Pertama diadakan di Pulau Pinang pada November 1994. Dialog Pasifik Kedua telah diadakan pada bulan Januari 1996, Dialog Pasifik Ketiga pada bulan November 1996 dan Dialog Pasifik Keempat pada bulan Januari 1998. Sepatutnya akan dibuat Dialog Pasifik Kelima yang dirancang pada bulan Disember 1998 tetapi telah dibatalkan kerana penaung persidangan itu tidak lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia. Semua persidangan Dialog Pasifik telah diadakan di Malaysia kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sumber utama pembiayaan untuk APPC.

11. Dalam apa yang saya percaya seperti yang dianggap sebagai pengkhianatan kepercayaan orang ramai, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menegaskan bahawa APPC harus menguruskan rizab BNM sebanyak RM50 Bilion dan dana KWSP sebagai balasan untuk perkhidmatan yang telah diberikan. Alternatif yuran besar sebanyak USD 3 Juta akan dibayar setiap tahun kepada APPC untuk kos menjalankan Pusat di Washington. Nasib baik ini arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk APPC menguruskan dana di atas tidak dapat dikuatkuasakan.

Apa yang saya telah saya nyatakan di atas tanpa keraguan membuktikan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab yang bersedia mengorbankan tabung-tabung negara untuk faedah cita-cita politik dengan bantuan elemen-elemen asing. Perkembangan semasa yang sedang berlaku di negara ini yang mengancam ketenteraman awam dan kesejahteraan rakyat untuk melanjutkan cita-cita politik Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bukti yang mencukupi bagi menyokong dakwaan ini.

12. Saya juga telah diarahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan untuk membantu orang yang berikut untuk membersihkan hutang mereka seperti yang dinyatakan di bawah: -
(a) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan saya untuk membantu menyelesaikan hutang Tan Sri Abdullah Ahmad (sekarang Wakil Tetap ke PBB) dengan Bank Bumiputra tentang hutang lebih daripada 10 Juta. Saya membantu dengan rundingan hutang penyelesaian sebanyak RM7 Juta. Suatu amaun sebanyak RM5 Juta telah diambil daripada Akaun Induk untuk membayar hutang tersebut. Manakala baki sebanyak RM2 Juta datang dari Tan Sri Ahmad Abdullah sendiri, hasil dari penjualan tanah.
(b) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan saya untuk membantu menyelesaikan hutang Puan Marina Yusof dengan bank-bank tempatan yang berjumlah lebih daripada RM20 juta. Saya telah menyampaikan permohonannya itu kepada Tabung Pemulihan Usahawan (TPU) untuk bantuan membangunkan tanah di sepanjang Jalan Tun Razak, yang kini telah disiap dikenali sebagai Marinara Kompleks. Panel TPU meluluskan permohonan beliau. Puan Marina Yusof sangat berterima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. (c) Sebuah syarikat berpengkalan di Pulau Pinang Mercury Securities berhutang dengan MUI Bank lebih daripada RM l0 juta yang dicagar dengan caj tanah pihak ketiga. Pemegang saham majoriti ialah Chew Seng Guan dan Encik Ahmad Kamal yang Datuk Seri Anwar Ibrahim latih untuk menjadi ahli perniagaan dan ahli politik Bumiputera. Saya kemudiannya membantu mengatur pejualan tanah kepada Matang Emas Sdn. Bhd sebuah syarikat yang dimiliki oleh Encik Taib Hamid, di mana jualan tanah itu juga dapat menyelesaikan beberapa masalah peribadi Encik Taib Hamid. Sebidang tanah yang sama kemudiannya dijual oleh Encik Taib kepada TPPT Sdn Bhd untuk projek perumahan kos rendah yang kini dikenali sebagai Taman Tun Perak. (d) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan saya untuk membantu Kumpulan Dato ‘Nazri Abdullah untuk mengambil alih Kumpulan NST daripada Renong. Saya meminta bantuan dari Kumpulan Hong Leong untuk menstrukturkan urus niaga itu. Saya bercakap dengan Seow Lun Hoo dan Quek Leng Chan dari Hong Leong. Mereka mencadangkan supaya Kumpulan Dato ‘Nazri menggunakan MRCB sebagai kenderaan untuk mengambil alih saham NST. Saya kemudian bercakap dengan Maybank untuk mengatur pinjaman kepada Nazri untuk membeli MRCB dan satu lagi pinjaman untuk membeli NST. (e) Saya telah diarahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membantu Encik Faiz Abdullah ( penulis hantu Datuk Seri Anwar Ibrahim), bersama-sama dengan Seow Lun Hoo dari Hong Leong untuk membeli Kewangan Usaha Bersatu Berhad (KUBB), kemudian dimiliki oleh Berhad ldris Hidraulik. Skim yang terlibat menggunakan Arus Murni Berhad dahulunya dikenali sebagai Timuran Berhad, sebuah syarikat yang disenaraikan di Papan Utama BSKL sebagai syarikat induk.

Saya mendekati bank-bank berikut (i. Hong Leong Bank ii. Hong Leong Finance iii. Sime Bank iv. RHB Bank v Southern Bank vi. BSN Commercial Bank) untuk membantu pinjaman sindiket untuk membeli saham KUBB yang bernilai melebihi RM400 juta. Faiz Abdullah adalah seorang penulis hantu yang sangat bijak dan operator politik untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau juga seorang peguam, bekas wartawan dan bekas pegawai polis Cawangan Khas.

13. Penglibatan saya dengan Tong Kooi Ong dan Akaun Induk dalam melaksanakan arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meletakkan saya dalam masalah undang-undang. Pada 16 September 1999 saya didakwa kerana gagal untuk mendedahkan maklumat sebenar tentang pemilikan saham-saham Ben Harta Sdn Bhd dan 51 hartanah yang diwujudkan untuk faedah saya yang berjumlah RM23.9 juta.

14. Saya mesti menyatakan bahawa saya tidak pernah tahu tentang kewujudan kedua-dua individu yang kononnya menjadi pemegang saham Ben Harta Sdn Bhd iaitu Gan Hong Sin @ Lan Hong Sing dan Gan Sor Ting. Tong Kooi Ong telah menunjukkan kepada saya bahawa syarikat ini memegang hartanah dan saham sebagai sebahagian daripada skim untuk mengumpul dana untuk Datuk Seri Anwar.

Saya tidak pernah ditunjukkan atau melihat buku Akaun Induk yang dikendalikan oleh Tong Kooi Ong. Saya tidak tahu apa-apa saham yang dipegang oleh Ben Harta bagi pihak saya, serta lokasi daripada 51 hartanah yang juga dikatakan telah diadakan bagi pihak saya, kecuali satu apartmen dan satu banglo yang saya telah diamanahkan untuk mengekalkannya bagi tujuan pelaburan yang kemudiannya dijual untuk Akaun Induk.

15. Saya amat percaya bahawa maklumat yang salah telah diberikan kepada pihak berkuasa untuk mengaitkan saya dengan Ben Harta Sdn Bhd. Saya menuding jari kepada Tong Kooi Ong dan dua pemegang saham Ben Harta. Mereka telah mensabitkan saya untuk menyelamatkan diri mereka sendiri.

16. Selain dari hartanah yang dipegang di bawah Ben Harta Sdn Bhd, saya juga tahu bahawa beberapa harta telah dibeli untuk pelaburan dan Akaun Induk dan untuk kegunaan masa depan peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Lokasi harta-harta ini terletak di sekitar Kuala Lumpur yang bernilai kira-kira RM15 juta.

17. Berkenaan dengan polisi kerosakan yang diguna pakai oleh BNM berikutan kemelesetan ekonomi pada Julai 1997, saya secara mutlak, menyatakan bahawa saya telah menentang kuat terhadap polisi-polisi ini. Saya menentang polisi ‘Had Pinjaman Dibenar’(Legal Lending Limit), pengurangan NPL (pinjaman tidak berbayar) daripada 6 bulan hingga 3 bulan, ‘Pengecutan Kredit (Credit Crunch) diperkenalkan pada Oktober 1997 dan ‘Kadar Faedah Tinggi ‘ (Higher Rate of Interest). Semua polisi-polisi ini telah disahkan dan diterima pakai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saya dan beberapa pegawai eksekutif BNM berusaha untuk menghentikan polisi-polisi ini daripada dilaksanakan. Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengecam saya kerana bersuara menentang polisi-polisi ini. Dia menuduh saya “terlalu dekat dengan pasaran”. Saya kini sedar bahawa ini adalah satu taktik politik Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghancurkan ekonomi dan membawa Malaysia melutut dan menjemput International Monetary Fund (IMF) bagi memaksa Dr Mahathir meletak jawatan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

18. Berikutan penangkapan saya dan diikuti dengan peletakan jawatan saya sebagai Pengarah Eksekutif RHB Bank Berhad yang telah membuatkan saya berfikir bahawa sepanjang penglibatan saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah amat dikesali walaupun seperti yang saya katakan sebelum ini saya telah dipaksakan sebagai salah seorang Eksekutif di BNM.

Saya kini sedar bahawa saya telah dieksploitasi dan diperalatkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memegang aset untuk kegunaan politik peribadi dan manfaatnya. Aset-aset yang ditahan di bawah Ben Harta bukan milik saya. Oleh itu, terpulang kepada kerajaan untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya berkenaan pengurusan kuasa, termasuk penyitaan jika dibenarkan.

19. Saya kini menyeru semua rakyat yang cintakan keamanan dan setia Malaysia untuk menolak taktik politik kotor yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyokong-penyokongnya, sebaliknya menyokong semua usaha-usaha ekonomi dan fiskal untuk membawa kembali kesejahteraan ekonomi negara. Saya sentiasa bersedia dan sanggup untuk mengutuk sesuatu yang tidak betul dan komplot Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menjayakan cita-cita politik beliau yang sememangnya menjejaskan keselamatan negara, keamanan dan kestabilan politik.

20. Kesimpulannya, saya dalam keadaan tidak berbelah bagi bahawa Sidang Akhbar / Siaran ini dibuat melalui Akuan Berkanun dibuat oleh saya secara sukarela, tanpa apa-apa dorongan, ugutan atau janji atau paksaan dari mana-mana pihak, mahupun sebagai balasan bagi apa-apa nikmat atau rawatan khas berkaitan dengan tuduhan yang saya hadapi dan saya membuat pengakuan ini dengan hemat sesungguhnya mempercayai bahawa yang sama adalah benar dan menurut kuasa Akta Akuan Berkanun, 1960.

Ditandatangani oleh penama
DATO ‘ABDUL Murad bin Khalid
Kuala Lumpur, 26 Okt 1999.

Sumber : AIDC


Jumaat, 15 Jun 2012

NIZAR DAN TOKAK


"Janganlah cuba berlagak pandai jika tidak berilmu dan janganlah mengeluarkan kenyataan sesuka hati jika tidak tahu perkara sebenar. Bukankah berdiam itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik?
Kepada pemimpin seperti ini, nasihat saya 'janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain, sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati'.

"Tindakan yang saya buat adalah mengikut cara dan jalan yang betul dan setiap kebajikan yang saya buat juga tidak perlu diperbesarkan. Tindakan pemimpin ini bukan sahaja mendatangkan kemurkaan kepada saya tetapi juga satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor.
"Saya harap dia sedar siapa diri dia dan kesilapan yang telah dibuat. Jika dia hendak minta maaf, mintalah maaf kepada semua rakyat Johor, bukan kepada saya seorang sahaja. Pepatah Melayu sering mengingatkan 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'," titah baginda.

"Mereka sanggup menabur fitnah dan menghasut rakyat untuk membenci raja serta membangkitkan isu-isu sensitif kaum dan agama dengan tujuan untuk menimbulkan kebencian dan menghancurkan keamanan dan kemakmuran negara kita."Namun begitu, saya percaya rakyat Johor bukanlah masyarakat yang mudah terpedaya dengan tipu helah 'musang berbulu ayam' ini," titah baginda.

Sumber : Utusan Malaysia.

Nota kaki :
Tokak ialah kudis bernanah dalam terutama di bahagian kaki hingga menjadi merah, bisul dan lebam yang amat sangat. Penyakit tokak ini biasa dihidapi kanak-kanak Melayu kerana makanan tidak berkhasiat / tidak seimbang.

Rabu, 13 Jun 2012

MANIFESTO PAS JOHOR UNTUK PRU 13

Awas anak negeri Johor, dengan berbekalkan angan-angan untuk bertanding di 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 56 kerusi DUN keseluruhan, (itu pun kalau mendapat izin dari rakan sekutu PKR dan DAP), Pesuruhjaya PAS Johor telah pasang angan angan menjanjikan 20 meter padu air percuma untuk kegunaan domestik kepada rakyat dan mengurangkan cukai bagi hartanah kediaman kos rendah dan sederhana. Turut dicadangkan, pemberian bantuan RM1,000 kepada anak Johor daripada keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah yang dapat memasuki institusi pengajian tinggi dan mewujudkan Tabung Anak Emas iaitu setiap anak yang lahir di negeri ini akan menerima RM1,500 apabila mencapai usia 18 tahun.

Apalah punya manifesto kolot asik-asik cadangan untuk ngabiskan perbendaharaan negeri aje, buatlah manifesto macamana nak tambah majukan negeri jadi negeri termaju dalam Malaysia ke, cadangkan tadbir urus lebih baik untuk masa depan rakyat yang lebih selamat dan sejahtera ke, atau cadangkan Negeri Johor negeri pertama buat undang-undang Hudud ke setelah Kelantan gagal. Baru lah nampak gah ada semangat nak takluk Johor. Apalah punya manifesto macam tu,tak de identiti langsung lebih kurang sama macam manifestoPakatan Pembangkang Selangor masa PRU 12, manifesto  budak lepasan Tadika Pasti lagi baik kot.
 
Apa pandangan anda?.
 

Ahad, 10 Jun 2012

RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA

   Photo ikhsan :Afiq KLtown
Kehadiran rakyat yang tidak di jangka oleh pihak penganjur, jangkaan hanya 10,000 yang datang mengadap hampir 30,000 orang dari pelbagai bangsa rakyat Johor. 
"Pertama Sekali Saya Ingin Ucapkan Ribuan Terima Kasih Dimana Tadi Saya Dengar Ikrar Taat Setia Dan Sayang Kepada Saya. Begitu Juga, Saya Sayang Rakyat Saya.

Tiada Rakyat, Tiada Raja. Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada. Lagi Satu Saya Nak Ingatkan Semua, Saya Ada Permintaan, Saya Nak Rakyat Saya Semua Bersatu, Tak
Kira Kaum, Mesti Bersatu. Bersatu Kita Kuat, Bercerai Kita Runtuh. Saya Tidak Akan Lupa Hari Bersejarah Ini Sampai Bila-Bila".

Titah DYMM Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar,

Sultan & Yang Dipertuan Bagi Negeri & Jajahan Takluk Johor Darul Takzim.
10/06/2012 @ 2.30 Petang,Istana Pasir Pelangi Johor

Khamis, 7 Jun 2012

KHALID BERAHIM BAKAL DI TENDANG DARI KERUSI MB SELANGOR

Ulasan tergagap-gagap MB Selangor berkaitan dengan keputusan PTPTN untuk membekukan sementara Pinjaman kepada pelajar-pelajar baru UNISEL bakal menCELAKAkan diri sendiri. Kerana ulasan tersebut sangat bertentangan dengan keinginan nafsu serakah Ketua Umum PKR yang mahu memberi pendidikan Percuma kepada rakyat. Silap-silap Khalid bakal hilang kerusi MB.

Dalam ulasannya Khalid Berahim kata "Kerajaan Persekutuan atau Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak berhak menyekat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar baru Universiti Selangor (Unisel)",

Apa pasal tak berhak pulak kalau mereka dah dapat pendidikan Percuma.Kau nak lawan imam besar kau ke Khalid,  Itukan lebih baik daripada berhutang dengan PTPTN?.

Khalid berkata, "perbadanan tersebut bertanggungjawab untuk menyediakan pinjaman kepada semua pelajar seluruh negara. “Kerajaan Persekutuan dan kementerian tidak ada hak untuk menghentikan (pinjaman).ia adalah berkaitan tanggungjawab sosial. Dengan menyekat pelajar untuk mendapat pendidikan dan pinjaman, ini bermakna kerajaan tidak bertanggungjawab atau tidak menjalankan tugas,” katanya.

Kah....kah.....,kah.. lucu sungguh pandangan peribadi Khalid nie, baru sekat PTPTN pelajar Unisel dah sebut pasal tanggungjawab sosial, selama nie puak-puak mereka tidak pernah fikir pasal keadilan dan tanggungjawab sosial pun bila mencadangkan pendidikan percuma untuk semua dan menghasut peminjam PTPTN tak payah bayar hutang.

Selasa, 5 Jun 2012

MUZAKARAH DUA TOK GURU


Demi kelangsungan Politik PAS dan demi menghuraikan kePENINGan kepala hotak kedua-dua tok guru dalam PAS nie, elok juak-juak PAS  mengusahakan satu  Muzakarah antara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Moga dengan muzakarah itu akan menyelesaikan masalah;

1.Dulu Nik Abdul Aziz membantah cadangan Abdul Hadi untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan bersama UMNO.

2.Sekarang Abdul Hadi menentang cadangan Nik Abdul Aziz untuk bermuzakarah bersama UMNO..


3.Abdul Hadi yang mengakui Pas tidak boleh menjanjikan syurga kepada mereka yang mengundi parti itu dalam pilihan raya.

4.Nik Abdul Aziz yang mempertahankan pendirian undi Pas masuk syurga.

5.Abdul Hadi menegaskan jawatan PM  mesti disandang orang Melayu 

6. Nik Aziz kata tidak kisah mana-mana kaum asalkan individu berkenaan beragama Islam.

7. " Justeru pada saya,adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa bentuk hubungan sekalipun" - Nik Aziz 22/2/2012.

8. Pendekatan kita (ialah) boleh bekerjasama dan berniaga dengan bukan Islam (termasuk Yahudi) tetapi ia mestilah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis, - Abdul Hadi Awang 17/3/2012.

Selasa, 29 Mei 2012

JANJI DAP - HAPUSKAN HAK MELAYU.

DAP bersama sama dengan PKR dan PAS berkerja keras untuk menghapuskan keistimewaan MELAYU. Jika BN kalah tiada lagi keistemewaan anak bangsa yang selama ini mereka nikmati.

 1. Anak Melayu dapat Biasiswa melanjutkan pelajaran keluar negara
nilai est; ( RM400,000) DAH BERATUS RIBU PELAJAR MELAYU KERAJAAN
BN HANTAR KELUAR NEGARA.
2. Sekolah Asrama Penuh untuk anak melayu hampir 90%.
3. MRSM untuk anak melayu 100%
4. Amanah Saham Bumiputra 100% untuk melayu sahaja
5. discount beli rumah (7%-10%) untuk melayu saja.
6. Kontral kelas F untuk melayu sahaja 100%.
7. Kontrak dan tender khas untuk bumiputra sahaja 100%.
8. Kontrak /tender harga 10% previlage untuk kontraktor
Melayu berbanding bukan melayu. ( Dasar kerajaan nak bantu melayu).
9. Masuk Universiti UiTM untuk bumiputra sahaja. 100%
yuran yang sangat rendah, hampir percuma.
10. Koata Melayu untuk penempatan Universiti awam.
11. Yuran Universiti Awam yang terlalu rendah, kalau IPTS yuran
est RM20,000--RM30,000 setahun.
berapa ramai orang melayu mampu hantar anak ke IPTS ini?
12. Buat institute untuk Melayu,
a. ILP, b. Politeknik, c. IKBN, d. Giat MARA. e. MSI. f. JMTI, g. BMI,
h. IKM, i. YPM, dan macam macam lagi semua untuk melayu.
13. Bantuan pembiayaan kewangan MARA, CGC untuk peniaga Melayu.
14. Macam macam lagi bantuan lain untuk orang orang kampung, TEKUN,
dan sebagainya.
15. Membena banyak Masjid dan Surau seluruh negara.
16.Naikkan elaun untuk Imam-Imam RM750 seluruh negara.
17.Naikkan elaun guru-guru Kafa RM 800,
18.Naikkan elaun ke RM100 untuk guru guru takmir
19.Naikkan Elaun Pengerusi JKK ke RM800.

REKOD SURIRUMAH PALING KAYA DI MALAYSIA


Semasa zaman Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, surirumah ini di beritakan mempunyai kekayaan berupa wang di dalam akaun sebanyak lebih RM 7 juta ringgit tidak termasuk harta tetap yang lain. wow Kaya sungguh..

KDN PERLU UBAH PARADIGMA

Menarik untuk bincangkan dan di realiasasikan, tapi adakah pasukan think-tank kerajaan sedia ada dan pembuat dasar mampu melihat perkara ini sebagai satu subjek yang penting?.


Naib Canselor Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU), Tan Sri Prof. Datuk Dzulkifli Abdul Razak berkata, model pembangunan negara sekarang ketinggalan 150 tahun ke belakang kerana dalam banyak bidang kita hanya menumpukan soal menyelesaikan masalah yang timbul (countermeasure) bukan bagaimana mengelak masalah itu dari berlaku (Preventive). Beliau mengambil contoh bidang  kesihatan, Kerajaan banyak menghabiskan perbelanjaan untuk menyediakan Hospital-hospital untuk merawat penyakit tetapi kurang dalam meluaskan penyampaian kesihatan kepada semua peringkat masyarakat, dengan menjalankan promosi gaya hidup sihat bagi  meningkatkan kesihatan serta pencegahan penyakit.

Menariknya jika pandangan Datuk Dzulkifli ini di lihat dalam konteks perhimpunan Bersih 1,2 & 3. Kerajaan di lihat seolah-olah lebih selesa menyelesaikan masalah yang telah berlaku akibat ketiga-tiga demonstrasi bersih itu daripada mencegah berlakunya PEMBERONTAKKAN Bersih 1,2 & 3. Jika kerajaan dari awal bertindak tegas terhadap penganjur perhimpunan Bersih itu maka sudah pasti tidak akan ada Bersih 2 & Bersih 3 yang memburukkan negara di mata dunia.

Persoalannya mampukan menteri yang bertanggungjwab melakukan tindakkan pencegahan (preventive)? Lebih -lebih lagi setelah akta ISA di mansuhkan, Tanya menteri KDN.

Ahad, 20 Mei 2012

DASAR NEGARA SELEPAS PAKATAN PEMBANGKANG BERKUASA?

Mana-mana pengundi yang memberi undi kepada Pakatan Pembangkang pada PRU 13, bermakna mereka menghalalkan semua dasar dan kemahuan Pakatan Pembangkang untuk. 
1. Melaksanakan tuntutan IFC 
2. Mengiktiraf negara Israel 
3. Meminda perlembagaan terhadap perkara berkaitan LBGT yang di katakan dah lapuk. 
4. Tidak mengizinkan agama Islam sebagai agama Persekutuan
5. Hak keistemewaan orang melayu di mansuhkan 
6. Tiada lagi negera berparlimen Raja berpelembagaan di ganti dengan Republik. 
6.Isu murtad tidak boleh di bangkitkan. 
7. Negara mengikut telunjuk yahudi. 
8. Perkahwinan sejenis tidak menjadi kesalahan 
9. Pemimpin tidak bermoral di lantik jadi PM. 
10. Hal ehwal agama islam akan di jaga oleh bukan ahlinya.

Sabtu, 19 Mei 2012

LAGI BUKTI NIK AZIZ NYANYUK

Hujan tidak, Ribut tidak tetiba Rabu lalu Nik Aziz menyatakan persetujuannya agar Pas membuka pintu untuk bermuzakarah dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk UMNO. Terus di sambut golongan Awarinas dalam PAS sebagai taktik UMNO nak laga-lagakan pakatan pembangkang, inilah bangangnya pemimpin PAS yang buka mulut Nik Aziz tapi UMNO di persalahkan.

Hari ini Mudalilul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat yang satu masa dulu kata Nabi Muhammad S.A.W masa kecilnya sama seperti mamat-mamat lain di kampung-kampung, mencadangkan muzakarah bersama UMNO diadakan sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dan UMNO perlu mematuhi beberapa perkara yang akan ditentukan oleh Pas sekiranya ingin bersatu dan mencapai kesefahaman.

"Kalau UMNO nak bersatu (dengan Pas), tukar dasar kebangsaan dia, bubuh (letak) Islam. Bukan buat keputusan secara berseorangan, tetapi perlu buat secara rasmi bahawa UMNO tukar dasar kebangsaan kepada Islam. "UMNO kena terima Pas sekali dengan pakatan (pembangkang). Bila UMNO dah ubah dasarnya, mereka kena bersama dengan pakatan,".

Pening betul lah Nik Aziz nie, dah nyanyuk gamaknya.Baru nak ber muzakarah dah nak mintak UMNO masuk PAS, dah nak mintak UMNO terima pakatan. Bahalol betul. Kalau niat ikhlas buatlah muzakarah betul-betul cara Islam rungkaikan titik persamaan antara PAS dan UMNO, buangkan titik perbezaan kalau ikhlas nak tengok orang melayu Islam bersatu sebagai Ummah. 


SAY NO TO LGBT

Tahniah kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan membenarkan sebarang program yang melibatkan seorang pendukung gay, biseksual dan transeksual (LGBT), Irshad Manji diadakan di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pihaknya memandang serius terhadap perkara itu dan meminta semua jabatan agama di setiap negeri menghalang sebarang program melibatkan wanita itu daripada berlangsung.

Beliau berkata Manji, 48, akan datang ke negara ini bagi tujuan melancarkan buku terbarunya bertajuk "Islam, Liberty and Love" yang dipenuhi unsur penghinaan terhadap Islam serta perjuangannya dalam mempertahankan cara hidup sebagai seorang lesbian."Kerajaan amat memandang serius terhadap ideologi yang dibawa oleh Irshad Manji dan implikasinya terhadap umat Islam di negara ini,"

Manji merupakan seorang muslim berfahaman liberalismie, pluralisme dan feminisme dan dia merupakan pendukung LGBT di peringkat antarabangsa. Dia pernah mengarang sebuah buku yang menimbulkan kegelisahan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia bertajuk "The Trouble With Islam Today" yang mengandungi idealisme sama seperti penulis novel "The Satanic Verses", Salman Rushdie. - BERNAMA

Jumaat, 18 Mei 2012

INGATAN UNTUK BANGSA MELAYU

.
Banyak kebenaran tentang apa yang di perkatakan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia ke 4, Tun Dr.Mahathir bin Mohamad tentang sikap orang cina di Malaysia hari ini, menurut Tun M, pengaruh kumpulan ekstremis di kalangan orang Cina menjadi penghalang kepada orang cina lain untuk sokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

OrangMelayu Islam tak kira fahaman politik apa pun kena baca dan faham ulasan Tun Mahathir di bawah

Ditanya mengenai sokongan masyarakat Cina terhadap MCA yang dilihat berkurangan, Mahathir memberitahu, kaum tersebut merasakan undi mereka menjadi penentu kemenangan kepada BN.
 
"Itu adalah sifat yang ada pada mereka. Kalau Pulau Pinang boleh dikuasai Cina, kenapa tidak tempat lain. Justeru, sekiranya undi orang Melayu pecah tiga, undi Cina menjadi penentu dan kesedaran itu mereka mahu memainkan peranan lebih besar,"

Rabu, 9 Mei 2012

CULIK KETUA WANITA UNTUK JADI CALON?

Ketua Wanita MIC Pasir Gudang , K.Sundari di lapurkan oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris telah diculik seorang wanita ketika bersembahyang di sebuah kuil di Plentong pada 10.30 malam 5 Mei lalu dan dibawa ke suatu tempat terpencil sebelum dikatakan ditampar, ditendang dan diugut.

Sundari mendakwa penculik berkenaan yang disertai dua lagi wanita dan seorang lelaki memaksanya menurunkan tandatangan dan nombor kad pengenalan di atas tiga keping kertas bersaiz A4 selain mengambil wang tunai RM170 daripadanya. Menurut Sundari lagi tujuan penculikannya adalah untuk memaksa beliau meletakkan jawatan sebagai ketua Wanita MIC Pasir Gudang.

Apa lah punya pariah orang yang menculik, merancang dan mengarah culik itu. Apa yang susah sangat kalau nak suruh dia letak jawatan pun buat lah undi tak percaya ke, AGM tergempar ke, apa lah punya bodoh. Takut KSundari jadi saingan untuk menggantikan  MM Samy di DUN Permas ke?.

Janganlah wujudkan budaya samseng untuk menjadi wakil rakyat. Apa pun aku tak nak ulas panjang-panjang biarlah Pihak Polis jalankan siasatan. Tentu K.Sundari boleh namakan musuh-musuh politiknya atau orang yang selalu mengancamnya supaya letak jawatan. Rasakan lah kau nanti.

Selasa, 1 Mei 2012

NASIB TENAGA PENGAJAR SEK. AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR TERBELA

PAS Johor Khasnya dan PAS pusat amnya terkunci mulut dengan usaha berterusan dan Istiqamah seorang wakil Rakyat dari UMNO untuk memperkasakan Institusi pendidikan Agama Islam di Negeri Johor. Bukti yang menunjukkan perjuangan Islam UMNO lebih baik dari PAS, UMNO berusaha berterusan untuk memperbaiki Syariat demi untuk Syiar Islam berbeza dengan PAS yang hanya melaungkan Syiar Islam tanpa usaha-usaha untuk memertabatkan syariat Islam terlebih dahulu.

Datuk Zainal Abidin Othman (Adun Endau) yang juga Exco Agama Islam Negeri Johor dalam komennya berkenaan 426 orang guru agama negeri Johor yang di serap ke gred GDA 29 yang di siarkan akhbar Berita Harian , memberitahu bahawa kerajaan BN sebenarnya tidak pernah meminggirkan tenaga pengajar atau guru-guru Agama Islam kerajaan Johor malah sentiasa menjaga kebajikan mereka. Antara yg dilaksanakan: 1) menghantar 1,500 guru yg memenuhi kelayakkan ke Instutut Perguruan samada milik KPM/UTM untuk mendapatkan Diploma Pendidikan. Dengan demikian, mereka layak mendapat gaji ikut tahap Diploma. 2) Kerajaan telah bersetuju melaksanakan sistem kenaikkan pangkat menggunakan konsep 'time-based'. Justeru, setelah berkhidmat 10 tahun berpeluang naik pangkat. 3) Guru2 yg mengajar di pendalaman/pulau menerima elaun tambahan sehingga RM1,000. Inilah Kerajaan Kebajikan yg baik yang menjaga kebajikan guru yg mencurahkan bakti kepada anak bangsa.

Menurut beliau lagi, bukan sahaja guru-guru sekolah agama kerajaan Johor, guru-guru dan sekolah SAR juga dibantu samada melalui Majlis Agama Islam Johor atau Kerajaan Pusat melalui Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM). Kita sedang berusaha, sekiranya dapat izin untuk mendaftar sekolah rakyat dengan KPM melalui Sekolah Agama Bantuan Kerajaan(SABK). Sekiranya berjaya, ini satu lagi pembelaan kepada SAR dimana mereka iaitu sekolah, guru dan murid akan memperolehi segala kemudahan yg di nikmati oleh sekolah dibawah KPM.

Masalah sekolah Agama negeri Johor ini pernah di keluarkan dalam blog ini Memperkasa Sek.Agama Negeri Johor

LAGI TROJAN HORSE DALAM PAKATAN PEMBANGKANG

MPG nak ucapkan tahniah kepada Presiden UMNO dan seluruh kepimpinannya kerana berjaya meletakkan seekor lagi "TROJAN HORSE" kedalam kandang Pakatan Pembangkang.

Kehadiran Abdul Kadir Sheikh Fadzil di harapkan dapat menggantikan tempat Zahid Ibrahim, Mantan Menteri Penerangan semasa era Tun Abdullah Ahmad Badawi ini di harapkan dapat memberi penerangan kepada semua pengikut Pakatan Pembangkang apa yang telah kerajaan BN buat selama ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir sedih dengan sandiwara politik Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang memilih berada di pentas pembangkang untuk mengkritik kerajaan. Musa yang juga adik kepada Abdul Kadir menyelar sikap abangnya yang pandai berdolak-dalik semata-mata untuk menyokong pembangkang dan memburukkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Wahai Musa, hang tok sah lah nak risau kat abang hang tu....dia warga tua yang dah puas hidup selesa sekarang masanya dia nak balas jasa UMNO dan BN biarlah dia duduk dalam Pakatan Pembangkang tu, mesti ada sesuatu yang akan dia lakukan nanti.