Rabu, 13 Jun 2012

MANIFESTO PAS JOHOR UNTUK PRU 13

Awas anak negeri Johor, dengan berbekalkan angan-angan untuk bertanding di 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 56 kerusi DUN keseluruhan, (itu pun kalau mendapat izin dari rakan sekutu PKR dan DAP), Pesuruhjaya PAS Johor telah pasang angan angan menjanjikan 20 meter padu air percuma untuk kegunaan domestik kepada rakyat dan mengurangkan cukai bagi hartanah kediaman kos rendah dan sederhana. Turut dicadangkan, pemberian bantuan RM1,000 kepada anak Johor daripada keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah yang dapat memasuki institusi pengajian tinggi dan mewujudkan Tabung Anak Emas iaitu setiap anak yang lahir di negeri ini akan menerima RM1,500 apabila mencapai usia 18 tahun.

Apalah punya manifesto kolot asik-asik cadangan untuk ngabiskan perbendaharaan negeri aje, buatlah manifesto macamana nak tambah majukan negeri jadi negeri termaju dalam Malaysia ke, cadangkan tadbir urus lebih baik untuk masa depan rakyat yang lebih selamat dan sejahtera ke, atau cadangkan Negeri Johor negeri pertama buat undang-undang Hudud ke setelah Kelantan gagal. Baru lah nampak gah ada semangat nak takluk Johor. Apalah punya manifesto macam tu,tak de identiti langsung lebih kurang sama macam manifestoPakatan Pembangkang Selangor masa PRU 12, manifesto  budak lepasan Tadika Pasti lagi baik kot.
 
Apa pandangan anda?.
 

Tiada ulasan: