Selasa, 8 Februari 2011

PENDEMO ANTI HOSNI MUBARAK SEBENARNYA SEKUTU KUAT ISRAEL

Mereka yang melancarkan protes anti Mubarak di kedutaan Mesir Kuala lumpur baru -baru ini di sahkan sebagai sekutu kuat ISRAEL. Pada demo itu pemimpin PAS, PKR dan beberapa NGO yang berhimpun di kedutaan Mesir di Kuala Lumpur bagi menyerahkan memorandum menuntut agar regim Hosni Mubarak berundur antara mereka yang kelihatan adalah AJK PAS Pusat Mohamad Sabu,  Adun Kota Damansara Dr Nasir Hashim, Ketua Pemuda Nasruddin Hassan Tantawi dan juga ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusof.

Pemerhati politik antarabangsa memaklumkan bahawa rusuhan di Mesir sengaja di adakan supaya Hosni Mubarak tidak melantik anaknya Gamal Mubarak sebagai penganti Presiden, Gamal di katakan tidak begitu pro kepada Amerika dan Israel, melihat situasi itu satu gerakan menghuru-harakan Mesir di rancang dengan bertopengkan Perjuangan Rakyat, maksud sebenarnya ialah untuk memberikan tekanan kepada Hosni Mubarak supaya melantik Omar Suleiman sebagai Naib Presiden. Omar Suleiman yang juga bekas ketua perisikan Mesir adalah orang yang paling rapat dengan ISREAL  demikan menurut laporan risikan yang telah di bocorkan.

Ini bermakna dengan kejatuhan Hosni Mubarak cengkaman ISREAL dan sekutunya Amerika keatas bumi Mesir makin bertambah kuat bila Omar Suleiman menjadi Presiden. Dan bermakna mereka yang bersengkongkol dan membodohkan diri berdemo di Panas terik Matahari mendesak Hosni Mubarak berundur adalah merupakan Penyokong ISREAL

Tiada ulasan: