Sabtu, 26 Februari 2011

PAS KAWASAN PASIR GUDANG DECLARE DIA SAJA JAMAAH ISLAM, JEMAAH LAIN TIDAK ISLAM


Salam.
Ramai Jamaah Solat Jumaat di Masjid-Masjid “terpilih” sekitar Pasir Gudang (terpilih oleh beruk-beruk dan orang suruhan) menerima satu risalah memujuk orang yang bersembahyang Jumaat tadi menyokong dan menyertai PAS.

  1. Apapun aku ucap tahniahlah kepada beruk-beruk dan orang suruhan nie kerana lebih pentingkan edar risalah pecah belahkan umat Islam daripada sembahyang Jumaat.
  2. Tahniah lah kepada usaha PAS kawasan Pasir Gudang dalam usaha menarik balik penyokong-penyokong Jamaahnya, yang telah lari disebabkan keputusan Pucuk Pimpinan PAS menerima DAP kafir harbi sebagai sahabat karib perjuangan.
  3. Satu usaha PAS kawasan Pasir Gudang untuk memastikan setiap ceramahnya di Pasir Gudang akan menghasilkan “uncang kainnya” penuh.
  4. Satu usaha memberitahu Jamaah Jumaat tadi bahawa masih wujud lagi PAS Kawasan Pasir Gudang.

Ada empat sebab aje kenapa wajib menyokong dan menyertai PAS dalam risalah itu berserta dengan empat dalil aje.  

4 sebab itu ialah. 1.Setiap orang islam wajib menyertai dan menyokong Jamaah Islam.2. PAS adalah Jamaah Islam 3. Dasar,Perlembagaan dan Praktik PAS menepati Jamaah Islam yang di jelaskan dalam Al Quran dan hadith. 4. Tidak menyertai dan menyokong jemaah Islam adalah kesalahan besar di sisi Allah.
4 Dalil pula ialah. 1. ayat al-quran surah ali-Imran ayat 104:”Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan,menyuruh kepada maruf dan mencegah dari yang munkar;mereka adalah orang-orang yang beruntung”. 2. Umar al-khattab pernah berkata:”tiada Islam tanpa Jamaah…..”3.Al-Hadith : “sesiapa yang memisahkan dirinya daripada Jamaah,maka terlucutlah ikatan Islam dari lehernya”.4.Al-hadith: “ sesiapa yang meninggalkan ketaatan dan Jamaah,lalu ia mati.Maka matinya adalah mati jahiliah.

Itulah 4 sebab dan 4 dalil menyeru orang Melayu Islam Pasir Gudang menyokong dan menyertai PAS.

JOM kita ramai-rami sertai PAS dan Sokong PAS kalau dapat jawab perkara berikut.
  1. Kena masuk ke Jamaah Islam yang berguling-guling atas jalan raya tidak redha ujian allah, Kena masuk ke Jamaah Islam yang kerja memaki hamun sedara se islam, Kena masuk ke Jamaah Islam yang meredhakan kalimah allah di guna agama krestian. Kena masuk ke Jamaah Islam yang sembahyang dua Imam, Kena masuk ke Jamaah Islam yang menentukan masuk syurga masuk neraka atas tafsiran sendiri. Kena masuk ke Jamaah Islam  yang menjual ayat-ayat al-quran untuk kepentingan politiknya.
  2. PAS saja ke Jamaah Islam, UMNO bukan Islam ke, sedangkan dalam perlembagaan UMNO menetapkan beragama Islam antara syarat menjadi ahli UMNO. Jamaah UMNO semua Jamaah Islam. Syarat jadi ahli PAS macamana?.Ahli Kelab Penyokong PAS bukan ahli PAS ke?.
  3. Dasar,Perlembagaan dan Praktik PAS yang mana menepati  apa yang di jelaskan dalam Al-Quran dan Hadith yang tidak di lakukan oleh UMNO. Apa yang UMNO tidak buat ialah Pecah belahkan Umat Islam melalui ideologi Agama untuk tujuan politik seperti Pas, UMNO tak mengharamkan saudara seagama macam PAS melalui Fatwa Hj. Hadi. UMNO perintah negara ikut piagam Madinah, PAS perintah Kedah dan Kelantan ikut suka Menteri Besar dia.
  4. Al-maulana Ustaz PAS yang mana pula yang mengajar atau memberitahu tidak masuk Jamaah PAS adalah kesalahan besar atau antara dosa-dosa besar di sisi Allah.?. Mengarut betulah kau orang nie. aku tak nak sesat macam kau oranglah.....dosa yang paling besar di sisi allah adalah mensyirikkan nya macam yang orang PAS lakukan, taksub kepada pemimpin hingga sanggup bersengkongkol dengan kafir Harbi, sanggup langgar perintah allah, menuduh allah mencarut,menyamakan allah dengan mahluk. Memesongkan makna ayat al-quran sebagai modal politik memecahbelah kan ummah.

Untuk menjawab bab 4 Dalil tu, nasihat aku, lain kali kalau nak ceduk hadith tu tulislah sekali siapa perawinya jangan main dengar cakap pemimpin PAS yang berselindung sebalik serban dan baju labuh kemudian jaja sebagai hadith. Kalau setakat tulisan main hentam ikut suka mulut dan ati inilah jadinya . Maka jadilah Jamaah PAS yang merasakan dianya lebih Islam dari orang lain, yang merasakan puak-puak dia sahaja yang akan memenuhi syurga Allah.

Tiada ulasan: