Khamis, 19 Ogos 2010

TINDAKAN PENCEGAHAN MESTI DI LAKUKAN UNTUK MENJAGA KEPENTINGAN AWAM,KEAMANAN DAN KESTABILAN - KDN TUNGGU APA LAGI.



Salam,  aku sempat melayari http://neutraldaily.blogspot.com/2010/08/operasi-lalang-bakal-berulang.html dan amat tertarik dengan komen dari penulis yang menamakan dirinya Burung Merbok, terhadap tajuk Operasi lalang bakal berulang ? di sini aku copy kan komen Burung Merbok ini untuk di kongsi bersama pengunjung melayupasirgudang.blogspot.

Burung Merbok says:
1. Jika 'OPs Lalang' perlu dilakukan sekali lagi demi untuk menyekat segala "KETERLALUAN", ia perlu disokong oleh semua pihak ; oleh semua rakyat yang inginkan kestabilan dan keharmonian di negara ini.

2. Yang tidak setuju akan mengatakan bahawa "Ops Lalang" ini adalah helah kerajaan untuk terus berkuasa dengan menenggelamkan suara demokratik rakyat. Tetapi mesti diingat bahawa istilah 'demokratik'adalah sebenarnya permainan dan helah sesetengah golongan dissident setiap kali bertindak menentang kerajaan walaupun sampai berani mencabar Perlembagaan !!!

3. Begitulah juga dengan puak yang mahu menghapus ISA. Hanya yang sedar bahawa tindakan jahat mereka boleh mengundang tindakan melalui ISA sahaja yang menuntut AKTA ini dihapuskan. Yang tidak berniat jahat, tak terfikir pun bahawa ISA itu Akta yang ekstremis, draconian atau zalim !!! Negara-negara lain termasuk Singapura dan Amerika Syarikat mempunyai ISA mereka sendiri ; pre-emptive measures must be instituted to maintain public order, peace and stability.

4. Jika Akta Hasutan dilaksanakan dengan tegas dan berani, mungkin perangai gelojoh sesetengah pihak dapat dibendung daripada awal. Tindakan keterlaluan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab inilah yang menjadi punca kemusnahan kestabilan politik di negara ini. Diseru kepada pihak yang berwajib agar berani 'walk the talk' dan ambil tindakan terhadap sesiapa pun yang berani mencabar ! Justeru diingat, cabaran mengundang cabaran ! Jika berani sangat untuk mencabar, maka terimalah padahnya apabila tindakan diambil, samada dalam bentuk satu lagi 'Ops Lalang' !

5. Masa untuk berlembut dan berhati-hati sudah berlalu. Kumpulan ekstremis tak pernah berhenti dengan niat mereka, jauh sekali memperlahankan agenda. Seperti yang diketahui oleh mereka yang peka dan sedar, musuh negara berada di antara kita dan mereka ini mengambil berbagai wajah yang sebenarnya boleh mengelirukan kita.Dan tindakan mereka pun berbagai bentuk ; dari yang lembut dan halus kepada yang kasar dan terang-terangan.
Pihak berkuasa pasti sudah kenali mereka ini dan tahu objektif gerak-geri mereka. Soalannya, mahukan tindakan dilambat-lambatkan ? Bukankah tindakan tegas mengikut lunas undang-undang juga satu bentuk pencegahan kepada kelangsungan biadab, kurang-ajar, tidak bertamaddun,ekstremis dan cabaran melampau ???

6. Jika sungguhnya ada usaha untuk "menulis semula Perlembagaan" dan dengan usaha ini akan mencetuskan huru-hara di negara ini, elok sangatlah pihak berkuasa mula siasatan bersungguh-sungguh untuk (1) mempastikan kesahihan berita ini (2)jika sahih, mengenalpasti puak yang bertanggungjawab (3) tahan mereka untuk disiasat dengan TELITI 'without fear or favour' tanpa mengambilkira status atau jawatan dan (4) mengenakan hukuman yang setimpal jika didapati bersalah.

7. Mungkin dalam keadaan yang sedemikian, tindakan pre-emptive lebih berhasil dan diperlukan. Lebih-lebih lagi apabila kita sendiri dapat melihat bagaimana prosedur dan sistem perbicaraan boleh dilewat-lewatkan dengan pelbagai helah teknikal, adegan-adegan yang tak 'reasonable'dan sebagainya. Kata orang " Justice delayed is Justice denied ".

8. Jadi, Ops Lalang ke, ISA ke ...teruskan sahaja, asalkan KESTABILAN POLITIK, KEAMANAN NEGARA dan PERPADUAN KAUM dapat dikekalkan ! Bagi mereka yang masih mahu berdegil dan masih mahu menjadi PENCABAR, bersedialah menerima hukuman yang setimpal !!!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

AKU RASA NAK BALING SAJA KDN DAN HISHAMUDDIN LEMBIK TU DENGAN TELUR BUSUK.BIAR RETI SIKIT.SILEMBIK TU TAK FAHAM FAHAM BAHASA.

AGAKNYA KALAU MAK BINI DAN ANAK BERANAK DIA KENA LENYEK BARU LE NAK FAHAM.