Khamis, 5 Ogos 2010

BN/UMNO JOHOR HARUS SEGARA BERTINDAK JIKA MAHU KEKAL SEBAGAI KUBU KUAT

Assalamualaikum.
Aku dapat info dari orang dalam PAS. PAS Negeri Johor sedang giat berkempen secara senyap di kawasan pengundi majoriti Melayu yang wakil rakyatnya bukan Melayu. PAS negeri sangat perihatin dengan kehendak pengundi Melayu di kawasan tersebut. Ayat yang di gunakan ialah BN tidak akan meletakkan calon Melayu kerana menghormati kuota dan tradisi, hanya satu cara mendapatkan calon Melayu dengan mengundi PAS.

Propaganda ini sebenarnya telah menarik hati ramai pengundi tegar BN di kalangan orang Melayu untuk mencuba. Mereka juga merayu kepada pengundi supaya memberi peluang untuk mereka membuktikan bahawa kawasan majoriti Melayu memang selayaknya wakil rakyat adalah dari kalangan Melayu. Walaupun pengundi tegar BN dari kalangan orang Melayu ini sedar memilih wakil rakyat dari parti pembangkang tidak memberikan kebaikan kepada mereka namun mereka bertekad untuk mencuba juga pada PRU 13 akan datang kerana PERMINTAAN MEREKA SECARA BAIK TIDAK DI TUNAIKAN OLEH BADAN PERHUBUNGAN BN NEGERI PADA SETIAP KALI PILIHANRAYA UMUM.

Kerajaan BN Negeri Johor di bawah kepimpinan Dato’Hj.Abdul Ghani Othman harus melihat dan bertindak segera jika mahu Negeri Johor kekal sebagai kubu kuat BN pada PRU 13 nanti. Jika perkara ini di ambil mudah dan sambil lewa, pasti kerusi pembangkang di Dewan Undangan Negeri akan bertambah. MB perlu memastikan wakil rakyat- wakil rakyat bukan Melayu di kawasan Majoriti Melayu memainkan peranan dan tanggungjawab menjaga kepentingan Melayu dan selalu turun padang berjumpa masyarakat bukan hanya menghantar wakil.Masalah rakyat perlu cepat dan segera di selesaikan.

Antara DUN yang menjadi medan propaganda tersebut ialah;
1. N3 : Pemanis, Melayu 54.34%, Penyandang BN-MCA.
2. N9 : Gambir, Melayu 55.14%, Penyandang BN-MIC
3. N21 : Parit Yaani, Melayu 56.90%, Penyandang BN- MCA
4. N31 : Kahang, Melayu 71.39%, Penyandang BN-MIC
5. N33 : Tenggaroh, Melayu 80.04%, Penyandang BN-MIC
6. N43 : Permas, Melayu 53.41%, Penyandang BN-MIC
7. N54 : Pulai Sebatang, Melayu 60.28%, Penyandang BN-MCA

Manakala untuk Parlimen pula mereka menumpukan kepada;
1. P148 : Ayer Hitam, Melayu 56.39%, Penyandang BN-MCA
2. P151 : Simpang Renggam Melayu 54.51%, Penyandang BN-MCA
3. P165 : Tanjung Piai, Melayu 50.16%, Penyandang BN-MCA.

Aku juga di fahamkan PAS akan meletakkan calon-calon yang muda dan mempunyai pendidikan Agama dari Mesir dan Jordan untuk menjadi calon di kawasan tersebut, sebagai umpan kepada orang-orang Melayu yang menjadi majoriti di situ, manakala DAP akan membantu memujuk orang-orang Cina agar menyokong calon PAS ini.

BN Johor juga harus melihat kemungkinan pengabungan MCA dan Gerakan  dengan DAP selepas pilihanraya 13, manakala MIC akan bersekududukan dengan PKR. Waktu itu kita sudah tiada masa.

2 ulasan:

Megat Alam Gempita berkata...

Memang betui ini antara masterplans mereka. UMNO /BN Johor perlu bertindak segera.

naDim'IQ berkata...

dah lama bro taktik ni digunakan, tp blom TERLAMBAT utk BERTAHAN & MENYERANG!!

PAKATAN HARAM pimpinan BABI (Bro Anu Bin Ibra) kalah TERUK di alam CYBER sejak pertengahan 2009.. nasib BAIK berpihak pada KERAJAAN MELAYU coz lebih banyak BLOGERS pro BN muncul & MENYERANG spywar PAKATAN HARAM..
bila menyedari mereka TIDAK lagi releven utk MELAYU BANDAR maka kerja2 MENAWAN BANDAR diserahkan pada DAPigs..
taktik PEROSAK ISLAM & MELAYU plak..
photostat RISALAH FITNAH banyak2, wat CERAMAH FITNAH di KG2 MELAYU & TAMAN PERUMAHAN yg MAJORITInya MELAYU berpendapatan RENDAH & SEDERHANA.. senang nak BANGKITkan kemarahan & SENTIMEN anti-BN..
Dato' Khalid & KP Norazam wat Xtau je???